App untuk mengira anggaran perkahwinan – Bajet Kahwin

Salam.

Memperkenalkan projek aplikasi web kahwin pertamaku, BajetKahwin, sebuah kalkulator untuk mendapatkan anggaran perbelanjaan kahwin anda dengan mudah.

Idea Asal

Idea asal aku bangunkan aplikasi web ni setelah aku dapati agak ramai orang yang berminat dengan infografik perkahwinan orang Melayu di Malaysia.

Selepas tu aku terfikir, bagaimana kalau aku buat infografik bajet kerja kahwin? Tapi setiap orang punyai kemampuan yang berbeza. Oleh itu, aku putuskan untuk buat sesuatu yang lebih fleksibel dan interaktif.

Cabaran

Untuk pengetahuan anda, projek ini mula dibangunkan pada bulan Disember 2012. Ketika itu aku masih di Australia dan agak sibuk kerana aku dalam proses untuk mengemas barang untuk pulang ke Malaysia.

app-icon2Niat asalnya nak lancarkan pada penghujung 2012. Tapi Allah sebaik-baik perancang. Setelah pulang ke Malaysia, banyak pula hal yang perlu diuruskan. Terpaksa tangguhkan beberapa minggu.

Setelah mengemaskkan coding, rekabentuk antaramuka dan logo, dapat juga aku menyiapkan aplikasi mini ni pada bulan Mac 2013.

Dengan lafaz ‘Bismillahirahmanirrahim’, aku merasmikan aplikasi web sulung dari Dezeek Media, BajetKahwin.my versi 1.0.

bk-home

bk-lelaki

Responsif

Selain dari itu, ini juga merupakan kali pertama aku meneroka Twitter Bootstrap. Anda juga boleh mencuba aplikasi ini di dalam telefon pintar dan juga tablet anda.

bk-responsif

Tips: Anda juga boleh ‘Add to Home Screen’ jika berminat untuk meletakkan logo BajetKahwin pada telefon/tablet anda.

Gambar pada website tersebut diambil dari gambar majlis perkahwinanku.

Jika anda ada adik-beradik ataupun kenalan yang bercita-cita untuk mendirikan rumah tangga, sila kongsi dan hebahkan mengenai aplikasi ni kepada mereka. Terima kasih!

BACA ARTIKEL:   4 Pelan Broadband Malaysia Yang Berbaloi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *