Berhijrah ke luar KL

Salam.

Hijrah. Rasanya anda tahu apa maksud hijrah. Secara harfiahnya, hijrah bermaksud berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain.

Mungkin kalian dapat teka. Ya, aku dan keluargaku dah berhijrah ke tempat baru. Kalau dulu, aku merantau ke Australia menemani isteri belajar. Sekarang, bila dah kembali, aku berhijrah dari Kuala Lumpur ke Ipoh, Perak.

ipoh-sign-hollywood

Nampak ironi bukan? Ya. Aku pun kadang-kadang terfikir, pelik sungguh keputusan aku untuk tinggal di luar Kuala Lumpur.

Secara rasminya, aku sekarang dah jadi penduduk Ipoh, Perak.

Sebenarnya, aku telah berfikir tentang hijrah ini sebelum pulang ke Malaysia lagi. Banyak juga sebab-sebabnya. Antaranya ialah:

1. Bekerja sendiri

Bila bekerja sendiri, aku boleh pilih nak bekerja di mana. Tak semestinya kerja di KL. Rezeki Allah ada di seluruh pelusuk dunia. Memang betul, peluang perniagaan lebih banyak di KL. Tapi di Ipoh pun apa kurangnya, bukan?

2. Kaum kerabat

Kebanyakan kaum kerabat sebelah ibuku berada di Perak. Berjumpa pun semasa balik cuti raya. Mungkin ini peluang terbaik untuk aku merapatkan silaturrahim dengan mereka?

3. Nak ada perasaan balik kampung

Ibubapaku dan mertuaku duduk di KL. Bila semua dah duduk di KL, dah tak ada perasaan balik kampung kalau beraya di KL. Kalau turun KL dari Ipoh, trafik tak seteruk orang nak balik kampung luar KL.

4. Ingin perasaan seperti di Newcastle

Bila dua tahun tinggal di Newcastle, bandar yang ‘laid-back’ dan tenang, tak seperti Sydney yang sibuk, aku rasa aku ingin terus menikmati perasaan tersebut sekembalinya nanti. Dua tahun tak perlu menghadap traffic jam, kenapa aku perlu tinggal di KL kalau ada pilihan lain?

5. Mencabar keupayaan diri

Ini merupakan soalan prinsip. Adakah aku boleh hidup di luar KL? Adakah aku boleh hidup berdikari seperti dulu (zaman Newcastle).

Rasanya itu saja yang aku boleh berkongsi kali ini. Bermulalah lembaran baru dalam hidup aku. Hijrah 1435H.

(Gambar kredit The Dollhouse Diaries)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *