Bersara dari dunia freelance

Salam.

Sukacita, aku kini mengumumkan persaraan awal dari dunia freelance.

Kenapa? Sebab aku ada cita-cita yang lebih besar. Langkah pertama yang perlu aku ambil ialah meninggalkan dunia freelance.

Tapi buat freelance pun berbaloi, boleh dapat extra income!

Benar. Buat freelance ni banyak kelebihan tapi banyak juga kekurangannya.

Beginilah. Memang aku dah tinggalkan dunia freelance, tapi bukan tinggalkan terus. Aku kini naiktaraf dengan bekerja sendiri, sepenuh masa dengan menubuhkan sebuah perniagaan yang sah.

Aku dah berkecimpung dalam dunia freelance ni sejak tahun 2008 lagi, dari zaman universiti. Kemudian aku terus buat freelance selepas tamat pengajian dan juga menggunakan hasil dari freelance ni untuk menampung kos perkahwinan.

Bila aku merantau ke Australia, aku masih lagi buat kerja freelance di sebuah syarikat pengiklanan yang kecil. Aku rasa 4 tahun pengalaman bekerja secara sambilan ni dah cukup untuk tahu secara umum apa yang perlu dibuat.

Aku sendiri dapat rasakan banyak kekurangan buat kerja freelance ni antaranya:

  1. Susah nak dapatkan projek yang besar seperti tender kerajaan atau swasta.
  2. Mungkin boleh nampak profesional tapi tak cukup ‘profesional’
  3. Sesetengah klien atau prospek beranggapan freelancer tak boleh bagi komitmen penuh.
  4. Susah nak siapkan projek secepat mungkin. Hal ni berlaku sebab tak cukup masa.

Sukacitanya, aku nak mengumumkan aku sudah menubuhkan perniagaan dan berdaftar dengan SSM pada bulan Januari, seminggu selepas aku pulang dari Australia. Benar, aku memang dah rancang dari awal. Tak nak bertangguh lagi.

Kalau aku balik Malaysia, dan mula kerja dengan orang, selagi itulah aku takkan menubuhkan perniagaan ni.

Antara kelebihan bekerja sendiri:

  1. Ada masa siang hari untuk tumpukan kepada projek
  2. Boleh jadi majikan atau bos
  3. Boleh janjikan komitmen kepada klien.
  4. Boleh bekerja di rumah atau dimana saja.
  5. Tiada stress untuk mengadap kesesakan lalulintas ataupun LRT.

Aku sebenarnya bukanlah bercita-cita untuk terus buat kerja rekabentuk grafik dan website, aku bercita-cita untuk menjadi seorang usahawan dan peniaga yang berjaya.

Tapi, langkah ini masih jauh. Masih banyak yang perlu aku usahakan.

Doakanlah semoga perniagaan aku akan berkembang dan berjaya. InShaAllah..

8 thoughts on “Bersara dari dunia freelance

    • Terima kasih. Asyik tak sempat2 je bro. Tunggu la lepas Ramadhan ke.. time raya ke.. time open house ke.. time ada kenduri kahwin dak studio ke.. Insyaallah soon ;)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>