Kenapa aku menulis blog dalam Bahasa Inggeris?

Salam.

Perhatian: Ini ialah entri pertama aku tulis dalam bahasa Melayu di AK.

Apa khabar pembaca budiman? Mungkin anda terkejut sikit sebab seperti yang dikatakan dalam entri sebelum ni, aku memang bercadang untuk tulis blog ni dalam bahasa ibunda bahasa Melayu. Mungkin bukan sepenuhnya, bergantung kepada topik yang bersesuaian.

OK. Aku nak berkongsi sedikit info, kenapa aku mula tulis dalam bahasa Inggeris.

1. Nak perbaiki penulisan dalam bahasa Inggeris.
Sejak zaman sekolah lagi, cikgu sering ingatkan murid-murid, kalau nak perbaiki bahasa Inggeris, kita hendaklah menulis, membaca dan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Walaupun dah habis sekolah, aku masih ikut lagi nasihat cikgu tu.

Kalau tengok balik penulisan aku dari tahun 2003 tu, memang agak kelakar. Grammar pun bersepah. Sedar tak sedar dah hampir 10 tahun aku menulis blog!

2. Konon nak jana duit dengan Google Adsense
Dulu, kalau nak guna Google Adsense, Google syaratkan blog tu kena guna bahasa Inggeris sebagai pengantarnya. Aku rasa sebab dulu, rata-rata pengiklan di Adsense ni, guna bahasa Inggeris dalam iklan. Oleh itu, kalau aku tulis dalam bahasa Melayu, alamatnya tak keluarlah iklan Adsense. Tapi sekarang dah ramai pengiklan guna bahasa Melayu, dengan Nuffnang lagi. Tak perlu dah Google.

Maka, bila dah tengok situasi dunia internet yang terkini, tiada masalah kalau aku nak teruskan menulis dalam bahasa Melayu. Antara sebabnya:

1. Aku dapati banyak trafik yang search guna Google Images. Yang ni terbukti bila aku cuba balik guna keyword tu, tapi blog aku tiada dalam first page Web, tapi dalam first page Images.

2. Kadang-kala aku jumpa juga keyword bahasa asing. Contohnya bahasa Russia (abjad Russia ni pelik sikit). Dah la blog aku ni guna bahasa Inggeris dan Melayu. Aku buat kesimpulan, Google yang canggih ni akan translate keyword dan cari bahan walaupun guna bahasa lain.

3. Ubah fokus. Dulu aku fokus nak jana duit dengan blog dengan iklan bagai. Kali ni, aku nak fokus dengan kandungan blog. Niche topik ialah ilmu berkaitan rekabentuk, tutorial, dakwah, tazkirah dan kreativiti. Tahukah anda, menulis blog itu juga satu ibadah?

4. Meninggalkan dunia freelance. Tapi sekarang aku kerja full-time dengan bekerja sendiri. Dulu tujuan beli domain dan blog ni sebab nak tunjukkan portfolio kerja freelance aku secara professional. Tapi bila aku ada bisnes sendiri ni, secara automatiknya segala hasil kerja aku ni bakal menjadi hakmilik syarikat.

Oleh itu, diharap penjenamaan semula ni akan memberi nafas baru dan menaikkan semangat aku untuk menulis dengan lebih rajin.

5 thoughts on “Kenapa aku menulis blog dalam Bahasa Inggeris?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>