[Konsep] Kad Waktu Solat untuk Google Now

Salam.

Jika anda pengguna Android Jelly Bean, anda pasti sudah mendapat kemaskini untuk menggunakan aplikasi Google Now.

Google Now ialah sebuah inovasi pintar yang dibangunkan oleh Google, yang akan memberi info, peringatan dan cadangan berkaitan dengan aktiviti pengguna. Contoh yang sedia ada ialah cuaca, peringatan mesyuarat, cadangan peta ke rumah dari lokasi sekarang dan pelbagai lagi.

s3-google-now-card-prayer
Aku juga ada satu idea yang menarik khususnya untuk pengguna yang beragama Islam. Kad ini dinamakan Kad Solat ataupun Prayer Card. Secara kasar, kad ini akan memberikan info mengenai waktu solat dan juga tempoh masa ke waktu solat yang seterusnya.

google-now-prayer-card

Kad ini akan menggunakan teknologi geo-lokasi, dan terus memaparkan waktu solat mengikut lokasi pengguna. Sangat bermanfaat jika anda selalu melancong ke negara orang!

Aku tak pasti lagi jika Google ada membuka API untuk membolehkan para pembangun untuk menambah kad di Google Now. Tapi jika ia dapat direalisasikan, sudah pasti ia sangat bermanfaat.

Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Surah Al-Ankabut 29:45

Inilah baru dikatakan telefon pintar!

2 thoughts on “[Konsep] Kad Waktu Solat untuk Google Now

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>