Pasca PRU 13

Salam.

Rasanya tak sah kalau aku tak tulis sesuatu pasal pilihanraya baru-baru ini. Setiap orang punyai pandangan dan juga analisa tersendiri. Antara analisa yang panjang dan sesuai dengan jiwa aku, anda boleh baca di blog APG.

Demam menjelang pilihanraya
Ya, tepat sekali. Aku bukan demam pilihanraya yang itu. Tapi ini betul-betul demam panas, selsema dan batuk. Antara faktor aku jatuh sakit adalah mungkin disebabkan oleh cuaca hujan sepanjang minggu. Tapi aku lebih suka katakan ini adalah kaffarah dari Allah, untuk membersihkan dosa yang bertimbun dalam diri ini.

Mengundi
Seperti pilihanraya terdahulu, aku telah menjalankan tanggungjawab dengan membuang undi di Sekolah Agama Aziziah di AU1. Isteriku telah mengundi di sebuah sekolah di Rawang pada sebelah pagi. Selepas zohor, kami menuju ke Keramat dan seterusnya singgah di rumah ibubapaku selepas itu. Disebabkan oleh pengaruh dadah (ubat), aku mengundi dalam keadaan khayal, sehinggakan tidak dapat mengingat dengan jelas parti mana telah aku pangkah.

Sedikit pandangan peribadi
1. Menang kalah pilihanraya adalah aturan Allah. Allah telah memutuskan BN untuk menang kali ini. Walaupun banyak unsur yang diragui, tapi BN tetap menang. Aku berpendapat, kalau Allah nak menangkan PR, SPR buat macam mana sekali pun, PR tetap akan menang.

2. Sunatullah majoriti mudah. Mungkin yang ni PR terlepas pandang bagaimana BN menggunakan kerusi Parlimen di Sabah & Sarawak untuk mengekalkan kerajaan pusat. Maksudnya, kalau PR nak tumbangkan BN, kena alihkan fokus, terutama di luar bandar dan juga Malaysia Timur.

3. Perkauman hanya tinggal sejarah. Jika diperhati, parti-parti dalam PR adalah parti untuk semua kaum. Yang ini baru dikatakan parti 1Malaysia. Walaupun BN adalah gabungan parti yang 1Malaysia, tapi teras BN sendiri terdiridaripada  parti yang memperjuangkan perkauman. Tapi masih jelas kelihatan kaum mana yang dominan dalam parti-parti tersebut. Cuma apabila perkauman ditolak ketepi, hasilnya ialah kemenangan. Itulah Syariatullah.

Kesimpulan: Ini kali lah tak punya makna jika kita tidak menurut sunatullah dan syariatullah .

Sekian dahulu coretan PRU 13, jumpa lagi dalam artikel seterusnya.

2 thoughts on “Pasca PRU 13”

  1. bn dan pr adalah sama.pragmatisme.bukan sistem islam.hanya sistem islam saja yg adil .sistem lain akan pasti gagal

    1. Setuju. Suatu hari nanti Islam akan kembali ditegakkan. Persoalannya adakah kita akan turut serta dalam menaikkan Islam ini atau kita sekadar memerhati..

Leave a Reply to zul Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *