Ulasan Widget Android Waktu Solat Pilihan

Salam Ramadhan Kareem buat semua pembaca.

Aku dah lama nak berkongsi tentang app waktu solat untuk telefon android. Setelah mencuba beberapa app, barulah aku berkesempatan untuk membuat ulasan widget dalam kategori ini.

Ciri-ciri pilihanku

Setiap orang ada citarasa tersendiri. Aku juga mencari apakah app waktu solat yang terbaik, sesuai dengan penggunaan aku ketika bekerja dan juga di luar. Antara faktor utama ialah penggunaan widget.

Aku lebih suka menggunakan widget untuk melihat terus waktu solat, daripada perlu membuka app untuk mengetahui waktu solat. Itu juga tujuan asal aku buat skin Rainmeter untuk lihat waktu solat pada desktop dengan pantas. Mari kita lihat satu persatu, bagaimana rupa widget app waktu solat.

widget-waktu-solat1

Prayers Times – Design Angles

muslimpt
Aku gunakan app ni ketika masih berada di Australia. App ni menggunakan sistem waktu antarabangsa. Bila aku pulang ke Malaysia, aku dapati kebanyakan waktu lari dengan agak banyak.

Antara fungsi yang aku sangat sukai pada app ini ialah kebolehan untuk menukar mod Vibrate secara automatik ketika waktu solat. Maksudnya, kalau aku solat berjemaah di masjid atau surau di awal waktu, aku tak perlu risau untuk tukar mode senyap. App ni akan mengubah settings tersebut secara automatik. Agak terkilan juga jika ringtone berbunyi ketika sedang solat di masjid.

Bila aku dah pulang ke Malaysia, aku bercadang untuk mencuba app yang menggunakan waktu solat yang dikeluarkan oleh JAKIM. Di Australia tiada badan Islam yang memantau waktu solat, tapi di Malaysia ada. Aku pun mula mencari app yang dibangunkan oleh anak tempatan.

MySolat – Creativate

mysolat
Ini merupakan antara app yang popular. App ini juga ada widget besar dan kecil. Aku suka widget yang kecil tu tetapi kadangkala app ni tidak simpan data secara automatik. Versi ketika ulasan ini ditulis, data waktu solat perlu dimuat turun secara manual.

Waktu Solat Malaysia – Noorzaini Ilhami

mpt
Atau dalam bahasa Inggerisnya Malaysia Prayer Times, dibangunkan oleh Noorzaini. Turut mengintegrasikan data lokasi masjid dari Foursquare. Paparan yang ringkas dan minimalis. Hadir dalam tiga bentuk widget, original, besar dan kecil. App ini tiada azan, maka pengguna perlu mencari MP3 azan secara manual jika mahukan azan dimainkan. Design widget dan app ini wajar dipuji tambahan dibangunkan oleh pembangun perseorangan.

widget-waktu-solat2

SoftNET Waktu Solat

softnet
Ini app waktu solat yang baru dilancarkan pada bulan Julai 2013 oleh SoftNET. Dulu aku juga pernah ada satu idea jika waktu solat ini ditunjukkan dalam bentuk visual seperti jam analog. Daripada widget yang disediakan, untuk versi kali ini, aku rasa ada sedikit kekurangan dari segi rekabentuk UI. Ini termasuk dari segi pemilihan font dan warna tema, yang mana aku rasa perlu diperbaiki oleh pembangunnya. Selain itu widget ini mengambil terlalu banyak ruang iaitu 2×3 petak. Mungkin 2×2 sudah cukup.

Solat Malaysia

solatmalaysia
App Solat Malaysia ialah satu-satunya app sumber terbuka (open source) yang ada di pasaran. Kod sumber turut dikongsi di GitHub supaya programmer lain boleh menyumbang kepakaran masing-masing untuk menjadikan app ini lebih menarik. Widget yang mengambil ruang 2×2 petak ini adalah sangat ringkas dengan memaparkan waktu solat sahaja.

Waktu Solat – Awislabs

widget-waktu-solat3
App Waktu Solat ini pula menampilkan sebuah widget bersaiz 2×3 dengan rekabentuk yang ringkas. Terdapat juga butang ‘Refresh’ di situ. Bagi aku, saiznya agak besar. Mujur aku boleh resize widget tersebut menggunakan skin Nova Launcher.

Widget pilihan

Untuk ketika ini, aku memilih Waktu Solat Malaysia / Malaysia Prayer Times (MPT) sebagai widget pilihan untuk mengetahui waktu solat di Malaysia. Widget ini memenuhi citarasaku dari segi rekabentuk yang ringkas, pilihan font yang moden serta menggunakan ruang 4×1 dengan optimum.

Apakah pula widget waktu solat pilihan anda? Kongsikan di dalam ruang komen berikut.

6 thoughts on “Ulasan Widget Android Waktu Solat Pilihan

  1. naem.ismail says:

    salam adlan,
    thanks for sharing this.
    as i installed this one apps, from store, just simply installed,
    alhamdulillah it detect malaysia’s time prayer,
    but then what made me disappointed is the adhan also available in shiah version and i believe it is not from malaysian developer. therefore i installed this quite interesting apps named iman from adiman
    https://itunes.apple.com/my/app/iman/id507445641?mt=8

    • Salam Naem.ismail. Not a problem, just sharing my thoughts and opinions.
      There are plenty of apps and sometimes its hard to choose the best one. I also switches from one app to another.
      I’ve heard about the Iman app before but didn’t get the chance to try it because I’m not using an iPhone.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>