Isu pergerakan keluar masuk (flow) masjid dan surau

Pernahkah anda pergi ke sesebuah surau atau masjid yang kecil kemudian berasa pelik apabila ingin mencari tandas, ruang wuduk dan juga ruang solat? Terasa seperti laluan yang digunakan oleh lelaki dan perempuan adalah sama dan seperti tidak ada pengasingan? Aku dan isteriku sudah beberapa kali mengalami masalah apabila singgah ke surau atau masjid yang asing.

Inilah tujuan aku menulis entri kali ini supaya masyarakat di luar sana khususnya arkitek yang bakal membina surau dan masjid boleh memahami masalah kecil yang sedikit sebanyak mempengaruhi susun atur dan layout sesebuah surau dan masjid.

Kebanyakan masjid tak menekankan aspek pergerakan keluar masuk (flow) jemaah sehingga seringkali berlaku pertembungan antara jemaah lelaki dan perempuan. Tambahan pula apabila sesebuah masjid itu dah diubahsuai dan dibesarkan.

Sebuah masjid di Newcastle, Australia

Ini hanyalah pendapat kami berdua, selaku pengguna akhir (end-user). Aku juga selalu berbincang dengan isteriku selaku graduan bidang senibina. Aku pula sangat gemar mengkaji berkaitan pengalaman pengguna (user experience – UX) dan faktor manusia (human factor).

Analisa

Hasil analisa daripada beberapa masjid dan surau yang kami lawati, termasuklah di Australia dan Malaysia, ada dua faktor utama yang menyebabkan aliran / flow keluar masuk masjid tidak kemas dan membolehkan pertembungan kedua-dua jantina. Di Malaysia, antaranya berpunca dari rekaan yang telah diubahsuai. Kalau di Australia, kebanyakan masjid asalnya adalah gereja yang dikekalkan rekaan asalnya.

Anda boleh merujuk carta aliran di bawah untuk mendapatkan idea yang lebih jelas.
flow-masuk-masjid

Sebelah kiri ialah flow yang berlaku di sesetengah masjid/surau di Malaysia dan Australia.

Sebelah kanan pula ialah cadangan untuk masjid/surau yang kecil. Dalam design masjid/surau elok diadakan pengasingan bukan saja dalam ruang solat, tapi bermula dari pintu masuk masjid lagi. Begitu juga halnya dari pintu masuk ke tempat wudhu dan seterusnya ke ruang solat.

Maksudnya di sini, apabila sepasang suami isteri masuk ke masjid, mereka boleh mencari arah untuk ke ruang wuduk dan ruang solat tanpa perlu berselisih sesama sendiri.

Antara kelebihannya termasuklah:

  • kaum wanita juga kaum lelaki akan berasa lebih selesa dan lebih privasi
  • kaum wanita akan rasa lebih selamat apabila tahu kaum lelaki takkan menghampiri ruang mengambil wuduk & tandas wanita
  • masing-masing boleh fokuskan hati untuk beribadah sebab tak perlu menundukkan pandangan; kesucian ibadah akan terpelihara

Mungkin bagi sesetengah orang ini hanyalah isu kecil. Bagi aku, adalah lebih baik seseorang itu dapat hadir ke masjid dengan keadaan yang tenang dan selesa. Apabila mereka dah suka dan jatuh hati dengan masjid, mereka akan rasa dekat dan suka untuk datang ke masjid secara konsisten.

Nota: Gambarajah ini hanyalah untuk tujuan rujukan aliran sahaja dan tidak mengikut skala. Tak semestinya anda kena buat layout masjid/surau seperti di atas.

Kebanyakan masjid yang besar dan luas biasanya tak mempunyai masalah sebegini sebab memang ada banyak pintu masuk. Masjid besar ni lain pula masalahnya.

Apa pula pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen.

Nantikan entri seterusnya mengenai permasalahan susun atur masjid.

4 thoughts on “Isu pergerakan keluar masuk (flow) masjid dan surau”

  1. selalunya isu laluan ‘masuk bersama’ ni terjadi di surau2 tmn perumahan….
    slalu juga dlm satu2 taman perumahan tu – surau / masjid yg paling last skali di bangunkan, kdg2 sampai 3-4 tahun tggu baru satu2 kariah taman tu dapat surau / masjid kat kawasan mereka…. tu pon lepas dpt kawasan yg tak strategik atau tak mesra trafik / environment…

    maka berlakulah permasalahan spt tu.. lpas 4-5 tahun surau / masjid mula sesak, maka upgrading proses (tambah ruang solat, tambah tpt wuduk, dll) kdg2 mnambahkan lg aliran trafik jemaah yg tak teratur… wallahu’alam

    1. Terima kasih atas perkongsian saudara.

      Memang banyak trend sebegitu, bila dah ramai penduduk mahukan surau / masjid di sesebuah kawasan, barulah ia dibina. Semoga arkitek/kontraktor masjid boleh berfikir dengan lebih teliti bila nak bina masjid di masa hadapan. Kadang-kadang terfikir, kalau arkitek ni bukan jenis yang selalu ke masjid, beliau belum tentu dapat fahami masalah pengguna di masjid.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *