Freelance Website Designer di Ipoh, Perak

Kepada sesiapa yang memerlukan freelance website dan graphic designer di sekitar Ipoh, Perak, aku adalah orang yang anda cari. Sedikit ayat untuk mempromosi diri sendiri.

Servis #1 – Website design

Untuk makluman anda, dah banyak website aku cipta untuk klien. Ada yang kosnya murah, ada yang mahal, ada yang bayar habis, ada yang lari tanpa membayar. Aku dah buat website sejak di bangku sekolah lagi, di universiti dan secara aktifnya buat freelance sejak tahun 2009.

Servis #2 – Graphic design

Aku juga berpengalaman dalam menghasilkan graphic design untuk bahan promosi seperti banner, flyer, poster di samping bahan pejabat seperti business card. Aku lebih suka menggunakan Adobe Illustrator berbanding Photoshop.

Portfolio

Cakap banyak pun tak guna. Oleh itu, mari aku kongsikan slideshow hasil kerja terkini yang telah aku hasilkan sejak 12 bulan yang lepas.

Hidayah Centre Foundation - bimbingan kepada muallaf Ariha Products - jual kurma Palestin iLuvQuran - program tahfiz kepada semua peringkat umur Sri Saujana Marketing - syarikat penerbit buku Synergy Spirit - syarikat pemasaran minyak enjin Wifi Selangorku - app mobil berasaskan peta Yayasan Generasi Muda - sumbangan & bantuan kepada anak muda Restu Rezeki Bakery House - produk bakeri majlis perkahwinan MyClub - laman sosial tempatan My Cameron Highlands - direktori penginapan Kor Kesihatan DiRaja - portal Tentera Darat Malaysia TrafficBuzz - app berasaskan trafik dan peta
<
>
Yayasan Generasi Muda - sumbangan & bantuan kepada anak muda

Kenapa perlu guna servis aku?

Selain daripada pengalaman lebih 5 tahun dalam bidang ini, aku juga boleh menguruskan sesebuah projek website dengan berkesan. Dari mula projek, paperwork dan yang penting sekali, hasil yang professional dan siap dalam masa yang ditetapkan. Yang paling menarik, servis aku ini memang sesuai untuk bajet anda.

Berapa biasa caj?

Seperti ayat sebelum ni, aku caj pada kadar yang berpatutan. Website ni ada macam-macam jenis. Kalau website basic, aku boleh caj dengan harga yang rendah. Tak sampai RM500 pun, yang penting cantik dan berfungsi.

Tapi kadang-kadang, anda punyai citarasa dan aspirasi yang tinggi untuk website, maka aku akan cuba untuk memberikan harga yang berpatutan dengan servis. Anda dapat apa yang anda bayar. Kalau anda nak buat website ikut fasa-fasa pun boleh. Mungkin website mula-mula tu simple, fasa seterusnya boleh tambah lagi features yang canggih dan seterusnya.

Kalau nak jumpa di luar Ipoh? Contohnya KL?

Zaman sekarang ni kan dah ada internet. Kita boleh sembang dengan WhatsApp, Skype, Google Hangout. Tapi kalau nak juga bersua muka untuk bincang dengan serius, aku boleh turun ke KL tapi kena buat appointment awal-awal ya?

Akhir kata, jika anda mencari seseorang yang berpengalaman dan berbakat serta kreatif, hubungi aku di talian 018-3659264. Kalau nak WhatsApp, kena simpan nama dulu. Letaklah ‘Adlan Website‘ supaya tak keliru dengan Adlan yang lain. Isikan borang untuk dapatkan quotation di sini (website business aku). Jangan lupa ‘Add to Bookmark’ dengan browser anda.

Wassalam.

2 thoughts on “Freelance Website Designer di Ipoh, Perak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>