5 Tips Membina Pengalaman Sebagai Graphic Designer

Salam.

Dalam banyak-banyak keyword yang tiba di blog aku, ini yang paling menarik dan memberi idea untuk entri kali ini.

Aku nak jadi graphic designer tapi tiada pengalaman

Aku nak kongsikan beberapa tips dari pengalaman aku, bagaimana nak dapatkan pengalaman dalam graphic design.

1. Buat kerja amal untuk program
OK. Ni bukan buat kerja amal bantu anak yatim atau feed the homeless. Maksud di sini buat kerja graphic design secara percuma. Ketika masih di universiti, aku rajin masuk persatuan dan sertai program-program di universiti. Apabila rakan-rakan yang lain tahu aku ada kelebihan untuk membuat design, maka aku selalu ‘digunakan’ untuk membuat design poster, banner untuk promosi program.

Bacaan berkaitan: 15 Design Jobs for University Events

Ketika itu, aku menganggap tugasan itu penting. Bukan untuk mendapatkan upah. Tetapi untuk menambah koleksi portfolio. Disamping itu, aku juga dapat memperbaiki skill dalam graphic design.

Banner program terbaru yang aku buat untuk IKRAM Kuala Kangsar.

Banner program terbaru yang aku buat untuk IKRAM Kuala Kangsar.

2. Tawarkan servis percuma kepada ahli keluarga & kawan-kawan
Siapa lagi yang tahu anda boleh buat design kalau bukan ahli keluarga dan kawan-kawan yang rapat dengan anda? Jika ada syarikat abang atau makcik anda yang memerlukan design business kad, tawarkan perkhidmatan anda untuk design business card ataupun apa saja business stationery seperti letterhead, sampul surat dan lain-lain.

3. Buat projek peribadi
Kalau dah tak ada program dan tak ada ahli keluarga yang nak guna servis anda dan anda ada banyak masa lapang, maka janganlah membuang masa tersebut begitu saja. Fikirkan dan buat satu projek peribadi. Cuba tengok inspirasi yang banyak di internet. Contoh yang aku suka ialah di Abduzeedo. Anggap ini projek suka-suka untuk anda test skill dalam Photoshop ataupun Illustrator.

Anda boleh tengok projek peribadi dan suka-suki aku di akaun Deviantart.

4. Kumpulkan dan bina portfolio
Akhir sekali, kerja yang telah anda siapkan itu hendaklah disimpan dan dimasukkan dalam portfolio anda. Dulu aku ada template untuk portfolio. Apabila sudah ada projek disiapkan, aku akan masukkan dan susun dalam portfolio.
print_portfolio_7_o
Anggaplah portfolio ini koleksi pengalaman anda menghasilkan kerja graphic design. Kerja graphic design ini tak perlukan pengalaman bekerja. Tetapi kalau anda ada koleksi portfolio hasil kerja yang terbaik (yang membuatkan orang lain rasa kagum), sudah cukup untuk mendapatkan perhatian bakal majikan.

5. Kumpul pengalaman di syarikat percetakan kecil-kecilan
Kebiasaannya syarikat pengiklanan atau firma design yang terkenal akan mencari pekerja yang ada pengalaman. Tetapi kalau anda boleh bersabar, anda bekerjalah dulu dengan syarikat percetakan kecil-kecilan di sekitar kawasan perumahan anda untuk menimba pengalaman.
kedai-percetakan-gombak

Memang gaji tak banyak, mungkin sekitar RM1200 – RM1500 sebulan. Tapi itulah nilai untuk mendapatkan pengalaman setahun pertama bekerja sebelum anda boleh membina sebuah portfolio dengan hasil kerja anda untuk mendapatkan peluang bekerja di syarikat yang menawarkan gaji yang lebih baik.

Kesimpulan
Aku rasa aku dah menjawab persoalan yang dicari oleh pembaca blog aku. Tetapi yang penting sekali dalam membina pengalaman dan portfolio tersebut, anda perlulah berusaha untuk menghasilkan artwork yang terbaik dan kreatif. Aku mungkin akan menulis panduan menyediakan portfolio pula di masa akan datang. Jangan lupa langgan RSS feed supaya tidak ketinggalan.

4 thoughts on “5 Tips Membina Pengalaman Sebagai Graphic Designer

    • Terima kasih saudara Amirul. Bagi saya, kalau tak jadi graphic designer full time pun, banyak manfaat jika kita reti buat graphic design. Contohnya boleh hasilkan bahan yang grafik untuk blog dan sebagainya.

      Terima kasih sudi komen. ;)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>