8 perkara perlu anda tahu tentang tren ETS Platinum 2015

Mulai Julai 2015, ETS telah memperkenalkan laluan baru ke utara dari Ipoh ke Butterworth, Pulau Pinang dan juga terus ke Padang Besar, Perlis. Jadual perjalanan juga sudah beberapa kali di tukar sejak Julai sehingga awal 2016. Koc ini juga dikenali sebagai ETS Platinum.

Selama ini, jika aku menaiki train dari Ipoh ke KL, aku akan naik train yang asal. Tetapi baru-baru ini, aku nak balik ke Ipoh dari KL dan aku pun membeli tiket KL-Butterworth. Aku jangkakan train tersebut pasti akan singgah di Ipoh.

Setibanya aku di platform untuk menaiki tren di KL Sentral, aku tergamam sebab ini adalah kali pertama aku akan menaiki train yang baru, masih 6 bulan sejak ia memulakan perkhidmatannya.

Seperti artikel sebelum ini, aku nak kongsikan beberapa perkara yang aku dapati sedikit berbeza khususnya dari segi layout di dalam koc ETS Platinum 2015 ini.

  1. Susunan kerusi yang sedikit berbeza antara koc. Ada yang menghadap ke tengah, dan ada yang menghadap bertentangan.
  2. Ada meja di tengah dan juga di hujung. Sesuai jika travel bersama keluarga atau rakan-rakan. Kalau nak makan atau guna laptop pun lebih selesa dengan meja yang besar.
  3. Ada ruang meletak bagasi di hujung. Supaya lebih kemas dan boleh susun secara bertingkat bagasi penumpang yang berat.
  4. Ada dua set TV tambahan di dalam koc. Anda kini boleh menonton ‘wayang bisu’ secara lebih dekat.
    ceiling-mount-tv-ets
  5. Soket ditengah-tengah antara dua kerusi. Tak perlu berebut kerusi sebelah tingkap lagi.
    ets-train-power-outlet-charge
  6. Tiada lagi kehilangan tenaga elektrik. Boleh caj gajet anda tanpa terputus bekalan elektrik.

Bagaimana susunan kerusi dalam ETS?

Mungkin anda susah nak bayangkan apa yang aku maksudkan. Berikut ialah sebuah lagi infografik yang aku reka khas untuk para pembaca blogku khususnya yang ingin mengetahui bagaimana kedudukan dan susun atur / layout di dalam koc ETS 2015.

BACA ARTIKEL:   4 Pelan Broadband Malaysia Yang Berbaloi

ets-layout-seat-2015

Aku cuma naik koc A saja. Kalau aku sempat naik koc lain, aku akan update dengan infografik yang lain. Semoga anda boleh buat pilihan yang tepat kalau nak tempah tiket secara online. Ada orang yang pening kalau sepanjang perjalanan jalan reverse.

Tambahan sesi soal jawab ETS.

Kalau anda tengok iklan ETS, dengan boleh letak laptop la, dengan Wifi lagi, macam best.

Berapa agaknya saiz meja lipat di belakang kerusi tu? Agaknya muat ke nak letak laptop?

Ini ialah perbandingan saiz apabila aku letak MacBook Air 11” di atas meja tersebut. Muat-muat je. Maksudnya, kalau laptop anda ialah 13”, memang terlebih besar dari saiz meja. Elok standby grip getah macam yang digunakan dalam kereta.

macbook-ets-train-table

Saiz Macbook Air ialah 11.8 inci (29.95 cm) x 7.56 inci (19.2 cm).

Laju ke Wifi ETS tu?

Aku tak sempat nak buat test sebab nak buka website SpeedTest sendiri pun, tak dapat, apatah lagi Facebook. Bukan ramai pun penumpang waktu tu. Tapi kalau setakat nak WhatsApp dan Telegram guna phone, tiada masalah. Guna data plan pun lagi laju!

Kesimpulan

Tren ETS 2015 ni memang banyak beza dengan yang sebelum ni. Aku harap pihak ETS boleh terus menambahbaik mutu perkhidmatan ETS dan juga meningkatkan jumlah perjalanan khususnya yang ETS Silver. Jimat sikit!

Pastikan anda dah standby jika nak berhenti di Ipoh. Sebelum ni, Ipoh stesen last. Maka tren akan berhenti terus di Ipoh. Tapi sebab ni tren ke Butterworth. tren cuma berhenti dalam 1 minit saja sebelum berlepas. Mujur aku sempat kemas

Sekian dahulu, 8 perkara yang perlu anda tahu jika menaiki ETS. Kongsikan pengalaman menaiki ETS anda di ruangan komen di bawah ya! Terima kasih!

5 thoughts on “8 perkara perlu anda tahu tentang tren ETS Platinum 2015”

  1. En. Adlan, baru baru ni says baru membeli tiket dari bukit mertajam ke kl untuk ETS gold ni.. Yang I terkejut sebab tempat yang I pilih ni adalah coach A no.15.. Maksudnya di tengah tengah ada meja ke? Sebab kalau ikutkan layout e-ticketing di ktmb jumlah adalah 19 baris tempat duduk Dan yang Encik layout sampai 15 baris je.. Yang mana ye yg betul? Sekian.

    1. Salam Sitisaleha,

      Gambarajah yang saya lukis adalah merujuk kepada koc yang sebenar dan juga koc yang baru (2015). Kalau koc lama, memang sampai 19 baris tempat duduk.

      Elok tanya kepada pihak KTM sendiri, koc yang baru atau lama.

      Terima kasih.

  2. Bos, I naik koc E, nombor seat sama dengan kau punya gambar tapi arah terbalik. Sepatutnya nombor 1 – 8 menghala ke utara dan nombor 9 – 14 menghala ke selatan.
    I tempah ticket ikut kau punya guide tapi silap pula arah seat huhu..

  3. Salam Adlan Khalidi, Kalau berkesempatan dapatkan Layout utk Koc C baharu, dimana terdapat Café dan Ruang Solat, dan berikan sedikit penerangan penggunaan ruang solat serta kompas arah kiblat yang diletakan didalam ruang tersebut. tak silap saya utk Koc C, terdapat meja diantara kerusi baris 10 dan 11, dimana kerusi baris 11 menghala ke selatan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *