60 Hari Bersama Puteri Sulungku Iman

Salam.

Aku sepatutnya menulis entri bila genap sebulan tapi terlepas deadline pula. Mungkin tajuk ni lebih menarik sebab dah banyak perkara yang berlaku dalam 60 hari berbanding 30 hari.

Nama diberi Iman

Kami memutuskan untuk menamakan puteri kami Iman bt. Ahmad Adlan. Iman bermaksud percaya dan yakin atau dalam Bahasa Inggerisnya membawa maksud yang hampir sama dengan perkataan ‘Faith’. Ia mempunyai maksud yang kuat dan padat. Satu perkataan sahaja dipilih supaya nama panggilannya ialah namanya sendiri.

Walaupun di kalangan kawan kami ramai memberi nama anak yang ada 2-3 perkataan serta ejaan yang unik, tapi kami pilih nama yang ringkas dan bermakna. Tambahan, aku membayangkan bila Iman pergi ke luar negara untuk sambung belajar, lebih senang urusannya nanti kerana namanya pendek.

Cukur jambul

Antara sunnah yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. ialah memberi nama, cukur rambut dan aqiqah pada hari ketujuh. Tak sangka aku berpeluang untuk mencukur rambut anak sendiri.

Urusan bayi (baby duties)

Mungkin inilah fokus utama untuk entri ini. Bermula dari memandikan, menyusu, mendodoikan dan bermain dengan anak. Betullah orang kata, bila dah ada anak ni, kita seolah-olah tiada masa untuk diri sendiri.

Dahsyat juga kan?

feeding-iman

Aku juga ada baca dalam buku keibubapaan, dimana bakal ibubapa dikehendaki membeli barang keperluan untuk bayi sebelum bayi dilahirkan lagi. Bila isteri aku sedang berpantang di rumah, akulah yang kena keluar beli barang di pasaraya.

Pengorbanan

Bila dah jadi seorang ayah, maka banyak juga perkara yang memerlukan pengorbanan. Dari segi wang ringgit, memang banyak yang sudah dihabiskan untuk membeli barangan bayi. Dari segi masa, banyak masa diambil untuk menguruskan bayi. Tapi aku sentiasa memujuk hati aku, inilah harga yang perlu dibayar untuk membesarkan insan yang bakal menjadi penyejuk di mata serta anak yang solehah.

Hikmah ada anak

Banyak rupanya hikmah bila kita dikurniakan dengan anak jika difikirkan dengan betul. Antaranya, melatih diri menjadi lebih sabar bila menguruskan bayi. Selain itu, bila kita berusaha untuk mendodoikan atau menenangkan anak dengan berzikir, kita pun dapat pahala.

Tapi yang paling penting sekali, bila dah ada anak ni, barulah aku rasa diriku menjadi lelaki yang sempurna. Dulu mungkin bila dah mendirikan rumah tangga, aku rasa hidup ni dah lengkap. Tapi bila dah ada anak, peluang menjadi bapa melengkapkan lagi hidup dan memberikan satu pengalaman yang mematangkan diri ini.

Sekian dulu coretan seorang bapa baru. Sehingga berjumpa lagi.

2 thoughts on “60 Hari Bersama Puteri Sulungku Iman”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *