Aku seorang ayah

523995_10200951242047932_99531667_n
Salam.

Sukacitanya aku nak memaklumkan kepada anda semua bahawa aku kini telah menjadi seorang ayah, ataupun abah.

Alhamdulillah anak perempuanku telah dilahirkan pada jam 9.48pm di Hospital Selayang pada hari Sabtu lepas, 30 Mac 2013. Nama bakal diumumkan hari ketujuh nanti ya!

Setelah 9 bulan isteriku mengandungkan anak kami, Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Bayi kami telah selamat dilahirkan secara normal. Syukur tak terhingga pada Allah atas nikmat ini.

Kini statusku telah berubah, daripada seorang suami kepada seorang ayah. Nampaknya kehidupan berkeluarga ini memang takkan sama lagi seperti dahulu. Banyak perubahan dan pengorbanan perlu aku lakukan.

InsyaAllah, doakan kami berjaya mengharungi alam berkeluarga ini, demi mendidik dan mentarbiyah anak kami menjadi insan yang berguna kepada agama, ummah dan negara.

6 thoughts on “Aku seorang ayah”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *