Apa Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Servis Grab & Uber di Negeri Perak

Tak tau nak gembira ke tak dengan gabungan Grab & Uber ni. Ya, aku memang pengguna kedua-dua servis ride sharing ni. Sebelum aku cerita pasal ‘gabungan’ ni, jom kenali dulu apa itu Uber & Grab.

ASAL USUL

Uber ni asal dari California, US pada tahun 2009 oleh Travis Kalanick dan Garrent Gamp. Grab pula asal dari Malaysia (dulu MyTeksi) pada tahun 2012 oleh Anthony Tan dan Tan Hooi Ling.

Dua-dua ride sharing service ni memang bersaing dari segi harga, servis, UI/UX, promosi dan pelbagai lagi.

Aku bukanlah seorang driver Grab mahupun Uber. Tapi aku ada kawan yang mencari rezeki dengan platform ni. Aku pun tahu serba sedikit apa pengalaman seorang driver, kejar insentif itu ini, sebab reject job bila passenger panggil, average income sehari dan lain-lain.

Nak diskaun RM3 guna Grab? Daftar akaun Grab dan klik di sini.

KELEBIHAN

Antara yang aku suka dengan Uber ialah driver diorang tak banyak complain. Datang pickup passenger dan hantar dengan taat. Kalau Grab lain pula. Driver boleh pilih job tu sebab dia tahu jarak, berapa RM dapat, dapat bayar cash ke credit.

PAYMENT CASH or CARD?

Aku pun berniaga. Aku tahu la kebanyakan orang prefer dapat cash. Yela. Senang la nak pakai duit pergi isi minyak, bayar makan lunch atau dinner. Aku sendiri suka guna card sebab lagi memudahkan. Kalau bayar cash nanti leceh driver nak kena bagi duit kecil lagi.

KAWASAN LIPUTAN SERVIS

Uber mula beroperasi di Ipoh hujung tahun 2016. Grab pun tak lama lepas tu. Awal tahun 2017 memang seronok sebab driver pun tak ramai dan ramai driver dapat banyak trip.

Ipoh pula bandar yang kecil. Paling jauh pun cover sampai Sungai Siput. Trip dalam bandar pun tak sampai RM10.

Sampai tahun 2018, Grab & Uber masih lagi tak beroperasi di Taiping dan Kuala Kangsar. Padahal dua bandar ni pun ramai juga penduduk dan bandar yang ada tarikan sendiri.

Cameron Highland pun antara pusat peranginan yang paling dekat dengan Ipoh. Kalau drive dari Simpang Pulai cuma 1.5 jam saja. Tapi tu lah masalahnya, Cameron Highland ni dah kira luar kawasan. Kalau driver hantar passenger ke sana boleh tapi dah sampai atas sana terpaksa la balik kereta kosong.

Driver sendiri pun dilema kalau kena hantar tempat yang bukan ‘hotspot’. Kalau kat Lembah Klang, kebanyakan tempat memang ramai passenger. Lepas hantar je, mesti bersambung2 request tu. Tak sempat nak ‘offline’ ada je job masuk.

PERIHAL DRIVER

Di Ipoh, majoriti driver ialah orang Melayu dan India dan penumpang ialah Cina. Jarang dapat driver Cina, tak seperti di Penang dan KL.

TOPIK SEMBANG DENGAN DRIVER

Selalu juga aku bersembang dengan driver. Kalau anda nak tahu apa nak sembang dengan driver, boleh guna skrip berikut:

  • Tinggal di mana?
  • Dah berapa lama jadi driver?
  • Buat full time ke part time?
  • Sebelum ni kerja apa?
  • Berapa trip dapat sehari?
  • Berapa banyak average income sehari?
  • Banyak dapat insentif?
  • Ada ke ambil job outstation?

Kenapa nak kena bersembang? Supaya driver tu tak boring. Ada driver memang rajin bersembang. Dah sampai destinasi tapi cerita pun tergantung. Tapi ada driver yang pendiam. Aku tak kisah pun.

RATING & REVIEW

Mungkin tak semua tapi pernah juga dapat driver Grab yang agresif siap minta aku bagi rating 5 bintang supaya dia dapat insentif.

Aku pun tak pasti kenapa nak kejar sangat rating tapi kalau driver bawa kereta dengan berhemah dan selamat, jaga kereta bersih dan wangi.

Cara aku bagi rating simple je. By default memang aku bagi 5 bintang. Yang selalu tak dapat 5 bintang ni, antara puncanya ialah:

  • kalau kereta dia bau tak best (macam bau rokok)
  • cara pemanduan tak selamat – contoh dia tak pakai phone holder dan tak guna handsfree untuk check Waze/Maps
  • driver yang cerita pasal dia je, tak reti ajak penumpang bersembang sekali

Aku rasa sebab tu kot aku sampai sekarang masih lagi jadi passenger 5 bintang.

BERBALOI KE JADI DRIVER?

Sebenarnya kalau nak jadi driver ni, sama macam buat bisneslah. Kena kira kos keseluruhan tahunan & bulanan termasuklah maintenance kereta, petrol, insuran, road tax dan paling penting berapa income kita sejam.

Jika anda berminat untuk mendaftar sebagai driver Grab secara online, aku OK je. Takde masalah.

Lepas aku kaji dan buat kiraan, rate sejam memang sangat menyedihkan. Tak semua driver mampu kira kos ni dengan baik.

Contoh kalau ada yang income bersih dapat RM100 sehari. Sebulan tolak cuti rehat 5 hari, maybe dalam RM2500 sebulan. Itu bersih lepas tolak komisen 20%.

RM2500 tu sebenarnya belum lagi tolak kos maintenance seperti dinyatakan.

RM2500 x 12 = RM 30,000 setahun.
Kos minyak, contohnya RM40 sehari, sebulan RM1,000, setahun RM 12,000. Belum lagi masuk kos installment kereta, servis kereta seperti tukar minyak hitam, insuran dan road tax. Info terbaru driver juga perlu buat caruman SOCSO tapi berapa % je agaknya betul2 buat caruman?

Agaknya berapa average rate per hour driver?

Sehari RM100 – RM40 (minyak) = RM 60
RM 60 / 8 jam = RM 7.50 / jam.

Agak-agak berbaloi tak? Kos-kos lain tu pandai-pandai lah korang kira. Ni mungkin fakta yang Grab & Uber takkan beritahu driver.

APA ULASAN TERHADAP ‘GABUNGAN’ GRAB & UBER?

Secara bahasa bisnesnya, Grab bukanlah bergabung dengan Uber. Grab telah mengambil alih operasi Asia Tenggara Uber & Uber akan mengundurkan diri daripada beroperasi di Asia Tenggara mulai 8 April 2018.

Sebagai balasannya, Uber mendapat 27.5% saham dalam Grab dan CEO Uber akan menjadi ahli lembaga pengarah Grab.

Faham tak apa maksudnya?

Maksudnya bila Uber ada saham dalam Grab, Uber tak perlu la susah payah nak bekerja, buat promosi itu ini, biar je Grab yang fikirkan dan jalankan aktiviti bisnes.

Cukup masa, Uber dapat la dividen dari keuntungan setiap tahun tu. Best ke best?

ADAKAH INI JADI MONOPOLI?

Aku nampak bila Grab dah tak perlu bersaing dengan gergasi macam Uber ni, Grab mestilah happy, kan?

Kalau dulu bila bersaing, harga Grab memang lagi rendah dari Uber. Even kat Ipoh sendiri sangat murah base rate dia.

Itu sebab bersaing, aku risau bila tak bersaing, mungkin rate naik. Dah takde pilihan, terpaksa la juga guna Grab je. Ipoh bukannya ada public transport yang efisien macam di KL. Kalau ambil teksi atau kereta sewa, harga memang double.

Agaknya adakah ini akan beri peluang kepada startup seperti EZcab, MULA, MyCar, Quulo untuk masuk industri ride sharing ni? Tunggu dan lihat. Bukan mudah nak bersaing dengan gergasi.

KESIMPULAN

Servis macam Grab & Uber ni memang bisnes yang takde 10 tahun dahulu. Bisnes ini bisnes yang menggugat industri (disruptive). Masa depan nanti aku nampak memang kalau boleh ada driverless car yang selamat lagi baik. Syarikat kereta sendiri pun risau kalau tak ramai orang beli kereta. Semoga driver di luar sana boleh memberikan khidmat yang terbaik kepada pelanggan anda.

Ni dulu pengalaman aku menggunakan servis Grab & Uber sepanjang 2 tahun ni. Korang suka naik Grab ke Uber? Jom kongsi pengalaman korang di bawah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *