Belajar Copywriting: Elak Lakukan 5 Kesilapan Ini

Belajar copywriting merupakan antara perlaburan bijak untuk diri sendiri tidak kiralah siapa pun anda, baik dropshipper atau pun pemilik sesuatu bisnes. Copywriting yang baik dapat menukarkan tulisan kepada jualan! Begitulah pentingnya belajar copywriting ini. Sebelum meneruskan artikel ini, biar saya jelaskan terlebih dahulu apa itu copywriting.

Copywriting ialah teknik menulis ayat jualan atau promosi yang mampu membuat prospek anda berminat dan seterusnya membuat mereka membeli produk anda. Copywriting amat penting dalam sesuatu bisnes kerana ianya diibaratkan sebagai first impression kepada pelanggan sebelum meneruskan pembelian.

Caption yang seakan-akan robot dan tidak menarik sudah tentu membuatkan bisnes anda tenggelam dalam jutaan kolam perniagaan yang wujud hari ini. Sudah nampak tak kenapa pentingnya belajar copywriting?

Jika ya, mari terus membaca untuk mengetahui 5 kesilapan yang anda perlu elakkan dalam copywriting.

Belajar copywriting 1: Elak headline yang hambar

Headline merupakan perkara pertama yang dilihat oleh pelanggan selepas gambar. Jika headline anda hambar, pelanggan pun tiada mood untuk teruskan membaca. Perkara yang boleh anda lakukan untuk menyerlahkan headline anda adalah dengan membuat ayat yang simple dan direct, menggunakan HURUF BESAR dan bermain dengan kata kunci yang unik dan memberi impak.

Ayat headline anda tidak perlu panjang, cukup 3-5 perkataan yang member informasi kepada pelanggan tentang produk yang anda tawarkan. Cuba berikan satu keunikan di dalam ayat anda agar audiens tertarik. Atau gunakan perkataan yang memberi impak dan senang untuk diingati pelanggan. Anda juga disarankan untuk memasukkan kelebihan terhebat produk anda untuk mempengaruh pelanggan terus membaca caption anda.

BACA ARTIKEL:   Ini Apa Yang Aku Dapat Dari Kelas Marketing 'Elite Marketer Genesis Project' (EMGP)

Belajar copywriting 2: Jangan buat ayat terlalu panjang

Setiap perkataan yang anda pilih patut memberi value kepada caption anda. Membuat ayat yang panjang boleh tetapi jangan bazirkan ruang dengan perkataan yang tidak perlu. Fikiran ayat yang tepat untuk mendorong pembeli memahami produk atau servis yang anda tawarkan.

Menulis caption yang bijak dan kelakar adalah sangat digalakkan tetapi perlu anda ingat bahawa setiap caption perlu mencapai goal iaitu untuk mendapatkan jualan. Sudah tentu kita mahukan senyuman di bibir pelanggan sewaktu meraka membaca tetapi elak daripada terlalu melarikan fokus pelanggan dari membeli.

Belajar copywriting 3: Hindari tidak kenal pelanggan

Rahsia copywrite ialah dengan memahami diri pelanggan. Antara perkara yang boleh di ambil tahu ialah mengapa prospek mahu mendapatkan produk ini? Apa permasalahan yang mungkin mereka hadapi? Bagaimana emosi mereka jika tidak mendapatkan solusi?

Jika anda memberi perhatian kepeada persoalan ini, anda sudah 50% boleh membuat copywriting yang baik. Saranan saya, senaraikan masalah dihadapi pelanggan, senarai kelebihan produk, ciri-ciri produk dan juga manfaat produk kepada pengguna. Di sini, anda telah memberikan info secukupnya kepada prospek.

Belajar copywriting 4: Jangan merendah-rendahkan pelanggan

Walaupun copywrite anda nampak bagus dan engaging tetapi jangan sesekali menggunakan nada yang merendahkan pelanggan. Tidak kiralah sehebat mana pun produk anda, tetapi jika anda tidak menghormati pelanggan dalam nada berjual beli, pembeli mungkin bertawar hati. Ingat pelanggan anda cumalah manusia biasa yang ingin mencari penyelesaian dalam permasalahan mereka.

Begitu juga terhadap persaing-persaing lain. Tidak perlu menggunakan nada sinis atau sarkastik untuk nampak lebih gah. Jika kena caranya, pembeli tentunya terpikat untuk mendapatkan produk anda.

BACA ARTIKEL:   10 Lagu Nasyid Tokoh dalam Sejarah Islam

Belajar copywriting 5: Elakkan terlupa Call-To-Action

Setelah penat bercerita tentang produk, kelebihan dan sebagainya, jangan lupa untuk call-to-action. Ya, arahkan prospek untuk bertindak. Bagaimana prospek boleh mendapatkan produk anda ini? Whatsapp? Website? Semuanya terpulang kepada anda. Cuma pastikan arahan tersebut tepat dan mudah.

Kesimpulannya,

Seni copywriting ini luas dan perlu dipelajari untuk mendapat rentaknya. Jika anda rasa ingin belajar lebih lanjut tentang copywriting, saya sarankan anda untuk mendapatkan KITAB COPYWRITING SANTAI daripada June Mohd Som.

Klik gambar untuk terus mendapatkan e-book anda.

Tidak salah untuk menambah value di dalam diri dengan belajar skil copywriting ini. Dunia hari ini berjalan terlalu pantas, jadi kita harus sentiasa menambahbaik ilmu di dada agar tidak ketinggalan .

Baca lebih lanjut tentang digital marketing di sini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *