11 Kolej Swasta di Ipoh Perak untuk sambung belajar

Anda mencari senarai kolej swasta di Ipoh, Perak? Tidak mengapa walaupun tak dapat tempat di universiti awam. Mungkin antara sebabnya kuota dah penuh atau tidak memenuhi kelayakan.

Jangan risau.

Di Ipoh sahaja ada pelbagai bidang dan kolej swasta yang anda boleh mohon walau dengan minima 3 kredit sahaja. Teruskan membaca untuk mengetahui 11 kolej swasta di Ipoh,Perak.

Kolej swasta di Ipoh, Perak untuk lepasan SPM

Kita mulakan senarai untuk lepasan SPM dahulu.

1. Kolej Teknologi Perak / Institut Teknologi Perak

Kolej Teknologi Perak atau juga dikenali sebagai Institut Teknologi Perak yang terletak di Greentown Square ini telah ditubuhkan dari tahun 1977. Antara kursus yang ditawarkan ialah diploma sains komputer, pengurusan penghotelan, kulinari dan IT. Mereka juga menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam bidang Automasi Perindustrian, Sistem Komputer, Lukisan Pelan Senibina, Penyediaan and Pembuatan Makanan, Operasi Servis Makanan & Minuman serta Pembuatan Pastri.

2. Quest International University Perak

QIUP menawarkan pelbagai program sama ada asasi, diploma mahupun ijazah sarjana muda. Terdapat 69 kursus yang ditawarkan termasuklah farmasi, kulinari, kejuruteraan, pendidikan awal kanak-kanak, komunikasi, dan perniagaan. QIUP mempunyai 8 sesi pengambilan pelajar dalam masa setahun iaitu pada bulan Januari, Mac, April, Mei, Julai, September, Oktober dan juga November. Anda boleh melayari laman web rasmi Quest International University di sini.

BACA ARTIKEL:   6 Cara Bina Personal Branding di Twitter dengan Hypefury (2023)

3. Sunway College Ipoh

Kredit: EasyUni

Kolej Sunway Ipoh merupakan antara institusi yang terkenal. Ia adalah sebahagian daripada Kumpulan Pendidikan Sunway yang dimiliki oleh Yayasan Jeffrey Cheah. Kursus yang ditawarkan di sana adalah seperti Perakaunan & Kewangan, Sains Tulen, Pengurusan Perniagaan, Sains Komputer dan Seni Kreatif & Reka Bentuk. Yang seronoknya, penginapan yang disediakan tidak kurang 5 minit dari kolej dengan anggaran kos serendah RM690. Dapatkan maklumat terkini di sini.

4. Olympia College Ipoh

Olympia College Ipoh merupakan salah satu dari enam kampus yang terdapat di Malaysia iaitu di Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Penang, Johor Bahru dan Kuantan. Ia menawarkan kursus pendek, diploma dan ijazah sarjana muda. Kursus yang ditawarkan adalah seperti pengurusan perhotelan, pengajian peniagaan dan IT & komunikasi, Baca lebih lanjut di sini.

5. Cosmopoint College Ipoh

Kolej yang ditubuhkan sejak tahun 1998 ini terletak di Jalan Sultan Idris Shah dan dilengkapi dengan perpustakaan, ruang pelajar, studio grafik, fotografi dan mutimedia. Kampus tersebut menempatkan dalam anggaran 400 orang pelajar dan mempunyai populasi yang pelbagai. Antara program-program diploma yang ditawarkan adalah pengurusan pejabat, pengurusan perniagaan, multimedia dan banyak lagi. Layari laman web rasmi di sini.

6. TAJ International College Ipoh

Taj International College menawarkan 9 kursus antaranya diploma Perakaunan, diploma Pengurusan Automotif dan diploma Pengurusan Kecantikan. Menurut bacaan saya, program ini adalah selama 3 tahun. Program mereka telah disahkan oleh MQA dan menerima 5-star rating oleh MyQuest dan diiktiraf oleh JPA. Jangan risau jika anda mempunyai masalah kewangan kerana mereka menyediakan bantuan kewangan sama ada dalam bentuk PTPTN, Tabung Simpanan pendidikan Negeri Perak dan Baitulmal Negeri Perak. Baca lebih lanjut di sini.

BACA ARTIKEL:   5 Langkah Masuk Kerja Kerajaan Melalui SPA

7. Kolej Polytech Mara (KPTM) Ipoh

KPTM Ipoh, Kolej Poly-Tech MARA Ipoh
Kredit: OrangPerak

KPTM Ipoh merupakan salah satu daripada 9 kampus yang terdapat di seluruh negara. Ianya terletak di lokasi strategik iaitu di Wisma SSI, kawasan tumpuan bandar Ipoh. KPTM menawarkan 6 program peringkat diploma antaranya Diploma in Animation, Diploma in Multimedia, Diploma in Game Design, Diploma in Digital Marketing dan Diploma in Teaching Of English As A Second Language (TESL). Baca lebih lanjut di sini.

8. PIA The College of Art & Design

Jika anda mempunyai minat yang mendalam terhadap seni, anda patut meletakkan PIA College sebagai salah satu pilihan anda. Terletak di Jalan Permaisuri Bainun, kolej ini telah bertapak selama 30 tahun dan juga dikenali sebelum ini dengan nama Perak Institute of Art. Antara program diploma yang ditawarkan ialah kursus graphic design, interior design, multimedia dan perindustrian automotif. klik laman web rasmi PIA College di sini.

9. Era Technology Communication Art & Design

Era Technology Communication Art & Design menawarkan program profesional yang menjamin graduannya tempat dalam sektor rekaan grafik. Multimedia graphic design, interior architecure, webpage design and development, creative commercial illustration dan video production merupakan antara diploma yang ditawarkan di samping kursus jangka pendek yang terdapat disitu. Layari laman web rasmi mereka di sini.

10. HAAZA Centre of Excellence

Haaza Centre of excellence ialah akademi kulinari yang menyediakan kursus bidang kepakaran seperti kursus seni kulinari, pembuatan pastri dan penyediaan dan pembuatan makanan. Anda akan memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia setelah tamat kursus. Hubungi mereka di Facebook.

Sementara itu, untuk mereka yang berminat untuk sambung belajar dalam MBA atau Master di kolej swasta di Ipoh, anda boleh juga belajar di institusi berikut:

BACA ARTIKEL:   10 Lagu Nasyid Tokoh dalam Sejarah Islam

11. Open University Malaysia (OUM) Ipoh

Kredit: OUM Perak

Open University Malaysia merupakan pilihan ramai untuk menyambung pembelajaran postgraduate. Fleksibiliti yang ditawarkan merupakan kelebihan lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunya pekerjaan sepenuh masa. OUM terdapat di setiap negeri di Malaysia kecuali Perlis. Menariknya, OUM menawarkan kemasukan APEL iaitu jika anda tidak mempunyai syarat akademik yang mencukupi, anda boleh menggunakan pengalaman kerja yang terkumpul untuk memohon. Boleh baca lebih lanjut di sini.

Sememangnya,

Terdapat banyak kolej swasta di Ipoh yang boleh anda pilih. Pilihlah alma mater pilihan anda dan yang penting ialah semangat ingin belajar dan tidak mudah berputus asa. Baca tentang 5 Tips Untuk Lulus Ujian Bahasa Inggeris MUET di Universiti di sini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *