Membuat montaj video dengan After Effects

Salam. Dah lama aku tak menggunakan perisian After Effects ni, tiba-tiba dapat sebuah projek yang memerlukan kepakaranku untuk membuat montaj video dengan After Effects.

Apa itu Adobe After Effects?

Untuk pengetahuan anda, Adobe After Effects ialah piawaian industri penyiaran dalam menghasilkan atau menyunting video. Bahasa mudahnya ialah kalau professional nak edit gambar guna Photoshop, kalau nak edit video kenalah guna After Effects.
fwcii-ft
Semua video yang anda lihat di kaca TV seperti iklan dan trailer filem, dihasilkan dengan After Effects. Jika ada sedikit elemen dan objek 3D berpusing-pusing, ia dihasilkan dengan perisian 3D seperti Cinema4D.

Membuat montaj video pelancaran dengan After Effects

Untuk perhatian anda, ini ialah video yang telah aku bertungkus lumus hasilkan sepanjang minggu lepas. Video ini dihasilkan sempena pelancaran First World Congress On Integration And Islamicisation Of Acquired Human Knowledge di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.





Ringkas sahaja, kan? Tetapi nak membuatnya memerlukan kesabaran dan ketelitian yang tinggi. Mujurlah laptop Acer yang menggunakan Intel i3 mampu untuk render video ni. Aku menggunakan versi CS4 walaupun Adobe sudah melancarkan versi Creative Cloud (CC) baru-baru ini.

Kalau ada rezeki, aku mungkin nak beli MacBook Pro supaya dapat membuat video dengan lebih pantas dan produktif.

P/S – Tiba-tiba aku rasa bersemangat untuk buat video tutorial After Effects pula. Adakah anda berminat nak belajar?

51 thoughts on “Membuat montaj video dengan After Effects”

  1. Pingback: Perkembangan terkini : AdlanKhalidi

  2. Salam,
    Bro sy berminat dengan template ae ni, boleh sy dapatkan…sy kena buat montaj tapi tgh pening sekarang ni….sy tertarik dgn template yang tuan ada..

    1. Salam.En adlan, saya nak create organization chart menggunakan adobe after effects.Saya cari tutorial tak jumpa.Boleh tak suggest apa2 tutorial.Terima Kasih

    2. Salam. Saya cadang saudari gabungkan buat carta organisasi tu menggunakan Adobe Illustrator. Kemudian, buat animasi menggunakan After Effect. Cuba cari tutorial berkaitan ‘illustrator in after effects’. Terima kasih.

    1. hello encik Gunavathi.

      Secara mudahnya untuk buat video montaj, saudara boleh menggunakan software editing video seperti Cyberlink PowerDirector (Windows) ataupun iMovie (Mac). Kalau nak lebih advance, boleh gunakan software Adobe After Effects.

  3. Salam. Nak tanya, harga standard untuk DVD original Adobe Creative Suite dgn After Effects ni selalunya berapa ya abang rasa kalau jual kat kedai2 komputer?

    1. Nak belajar buat montaj, antara caranya:
      1. Belajar dari pakar, orang yang bekerja dalam industri
      2. Belajar dengan membaca atau menonton video tutorial di Youtube etc.
      3. Ambil kelas / kursus pendek di kolej yang menawarkan.

  4. salam sifu.saya memg berminat dengan program ini.Kalu blh tuan kongsi kursus yg ada untuk belajar buat montage pkai ae ni.nk beli dengan audiojungle pn tetap kn blajar jgk.hope tuan dpt shre.syukran

    1. Terima kasih Hafiz. InsyaAllah kalau berminat nak belajar, saya cadang nak buat kursus berkaitan pembinaan montaj tak lama lagi. Nanti saya akan maklumkan dalam blog dan Facebook.

  5. Salam tuan,

    Saya banyak download template AE ni. Tapi saya tak tahu dari mana nak mula adjust template tersebut. Boleh tuan kongsi tips.

    Saya juga berminat dengan video montage yang tuan hasilkan. Boleh tak share teplate video tersebut. Saya bekerja dengan NGO kebajikan. Dan NGO kami terlibat kerjasama dengan NGO Islam Antarabangsa. Harap tuan dapat kongsikan

    1. Salam.

      Biasanya boleh baca panduan / manual / documentation yang disediakan dalam dalam file template yang didownload.

      Saya minta maaf saya tak boleh sharekan template video montage yang telah saya hasilkan. Tapi InsyaAllah saya boleh ajarkan jika tuan berminat nak tahu cara edit template AE.

      Terima kasih.

  6. rahman abdullah

    Salam saudara..saya student mascom dari uum..saya mmg cuba cari & belajar buat montaj sndiri…kalau blh saudara kongsi la ckit lagi cara buat montaj ni…blh sy bljar jgk..hehe….ada fb..blh sy follow kt fb..lgi senang 🙂

    1. Salam saudara. Kalau berkesempatan saya akan kongsi cara-cara buat montaj ya. Sekarang ni agak sibuk dengan pelbagai projek. Maaf sangat.
      Terima kasih.

    1. Kalau guna Macbook, kena guna software versi Mac OS. After Effect ada, Sony Vegas takde. Kalau pakai Mac, biasanya guna Final Cut Pro atau paling basic guna iMovie.

  7. Salam tuan,

    Saya nk buat video montaj gabungkan gambar dan video. Boleh tuan suggest software apa yang sesuai saya gunakan?

  8. mohd rosli mohd nor

    Assalm tuan…sy tgh pening untuk buat dept punya montage..selit gambar dan tajuk dan ada lah nk variasi yg cggih cggih sikit..sy pkai aver i3 jer skrg..bole bg pendapat tak software apa?nmpk di internet semua berbayar ..

    1. Wassalam. Kalau nak buat montage, kebanyakan software memang kena beli. Ataupun download versi trial yang percuma 30 hari ataupun diletakkan watermark.

      Kalau versi online, boleh cuba Animoto.com (free plan 14 hari).

  9. Salam Tuan. Masih buat video montaj lagi? 😊 Nak tanya, biasa berapa rate video montaj (yang menggunakan After Effects) yang Tuan caj untuk 1 minit?

Leave a Reply to gunavathi Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *