Pengalaman bersama Business Network International (BNI) Chapter Pioneer Perak sejak 2019

Masih ingat lagi hujung 2017 saya pernah hadiri meeting BNI. Tapi masa tu belum bersedia jadi ahli sebab bisnes belum stabil.

Time tu pasrah jela kalau dah ada company printing join.

Awal tahun 2019 saya dapat job buat sistem web & mobile based. Dari situ saya berjumpa dengan Stephen, salah seorang app developer kat Ipoh. Rupanya beliau adalah ahli BNI. (Beliau pun rupanya pernah tempah name card dengan Printar)

Ada beberapa kali beliau ajak join meeting BNI ni. Tapi tak join pun. Akhirnya lepas BNI Open Day di Hotel Weil pada bulan November, saya pun nekad nak join juga.

So tanggal 12 Disember 2019, secara rasminya saya pun join BNI Pioneer Chapter.

Dapat juga saya daftar bawah bisnes printing!

Dalam Chapter ni, saya seorang saja Melayu Muslim yang ada. Maksudnya sayalah first Melayu yang join BNI di Perak ni.

P/s: Lama dah tak pakai tali leher ni. Last masa konvo 10 tahun lepas.

Dah sebulan dengan Business Network International atau lebih mudah dikenali sebagai BNI. Bukan bini ye..

Di Perak baru ada 4 chapter (kumpulan). 1 English speaking dan 3 chinese speaking .

Dalam chapter yang saya sertai ni, ada hampir 50 orang bisnes owner yang positif, friendly & supportive.

Saya bangun pukul 5 pagi sebab meeting bermula jam 630am.

Alang2 dah bangun awal, boleh la subuh berjemaah di masjid. Paling dekat masjid hospital.

Selain itu, di hotel tu sendiri di tingkat 4, surau disediakan di aras yang sama dengan meeting BNI.

Ada 18 agenda meeting. Antara yang menarik ialah presentation 30 saat oleh setiap member. Ala pitch elevator la.

Lepas tu ada weekly presentation dari 2 orang ahli. Yang ni dalam 6-8 minit.

Part paling best ialah I have session. Di sini lah moment paling unik dalam BNI dimana setiap member akan announce referral / peluang buat job yang telah diberikan kepada member lain.

Lepas meeting, sesi paling best ialah sesi breakfast buffet pula. Boleh teruskan networking/sembang2 sambil bincang projek dll.

Semalam memang saya mention pasal boleh bangun 5 pagi tu. Tapi bukan la setiap hari.

Kira cukup la masa untuk persiapan diri dan perjalanan ke lokasi by pukul 6.30 pagi.

Tapi saya serius!

Khususnya untuk bisnes owner sekitar Ipoh, jika berminat hadiri preview then kita boleh breakfast sama2. Meeting pada setiap hari Khamis pagi. Klik butang di bawah untuk terus WhatsApp saya.


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *