Cadangan untuk penambahbaikan perkhidmatan keretapi elektrik ETS

Sejak keretapi elektrik ETS membuka laluan sehingga ke Padang Besar pada bulan Julai yang lepas, blog aku mendapat trafik yang steady sebab aku pernah tulis pasal cara membeli tiket secara online.

Tak menulis panjang, aku cuma nak kongsikan sedikit pengalaman yang aku rasa mungkin berguna untuk panduan bakal penumpang ETS.

Kaedah pembayaran boleh guna kad kredit/debit, Maybank2U dan juga Bank Simpanan Nasional (BSN)

ktm-ets-card-credit-maybank
Dulu cuma boleh pakai M2U saja kalau nak beli secara online, sekarang dah boleh pakai kad kredit / debit. Tak kisah la anda menggunakan kad dari bank mana. Asalkan ada logo Visa atau Mastercard, bolehlah digunakan. Tahniah aku ucapkan kepada ETS sebab memudahkan urusan pembelian tiket secara online ni.

Banyak aduan pasal transaction yang gagal

Ini antara pengalaman pahit aku dengan ETS ni. Bila buka dalam website, keretapi tu masih ada banyak kekosongan. Bila dah pilih kerusi, buat pembayaran melalui M2U dan duit telah ditolak, masuk balik ke website ETS, tiba-tiba keluar transaction gagal. Sungguh menyakitkan hati. Bukan aku saja, tapi dah ramai yang mengadu pasal masalah ini.

Leceh betul nak refund

refund-email-ktm-ets
Disebabkan terdesak nak beli train hari tersebut, maka aku pun terus ke kaunter dan maklumkan pasal kegagalan transaction tersebut walaupun wang dah ditolak. Manager tu pun bersetuju untuk memberikan refund kembali ke akaun bank aku dalam masa 10 hari tapi dah masuk 2 bulan aku masih tak dapat refund.

ETS kerap sangat tukar jadual

Kalau anda pengguna yang kerap, anda akan perasan pertukaran jadual sejak ETS mulakan laluan baru mereka. Hari tu, aku dengan penuh keyakinan pergi ke stesen nak beli tiket jam 10 pagi. Sekali jadual lain. Sakit hati sungguh, terpaksa tukar plan dengan menaiki bas untuk ke KL.

Penyampaian maklumat yang lemah

Satu-satunya cara nak dapat maklumat terbaru mengenai ETS secara online adalah melalui website KTMB sendiri. Agak menyedihkan kerana pada zaman media sosial ni, pihak KTMB tidak menggunakan media sosial dengan berkesan untuk memberi makluman terbaru mahupun menjawab pertanyaan pelanggan.

Pihak Dezeek Media turut menyediakan perkhidmatan consultancy berkaitan CRM dan strategi media sosial kepada klien yang berminat. Hubungi segera!

Kesimpulannya, ETS ni ada banyak potensi sebagai pilihan untuk pengguna khususnya dari Ipoh dan KL untuk memudahkan perjalanan. Aku harap pihak KTMB boleh menerima cadangan yang aku tulis secara terbuka ni. Majulah ETS untuk negara!

Kredit: Gambar dari Wikipedia.

3 thoughts on “Cadangan untuk penambahbaikan perkhidmatan keretapi elektrik ETS”

  1. Penah jugak terjadi “transaksi tidak berjaya” ni..Nasib baik call terus ke bank & buat aduan. Dalam seminggu dah dapat refund balik.

  2. Walaupun tak dapat pasang penghawa dingin di KL Sentral, sekurang-kurangnya pasanglah ‘air cooler kerana cuaca begitu panas. TQ

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *