[Video] Cara Nak Masukkan Lokasi Bisnes ke Google Maps

Kalau anda nak pelanggan, klien atau penyewa senang cari lokasi anda, pastikan lokasi ada di Google Maps dan Google My Business.

Kebanyakan customer akan cari produk atau servis yang dekat dengan lokasi mereka.

Yang biasa orang cari macam kedai makan, kedai buku, kedai fotostat, workshop kereta, homestay dan sebagainya.

Baca juga: Cara untuk masukkan lokasi dalam WhatsApp

Google Maps – Android

Jika anda menggunakan telefon Android dari sebarang jenama seperti Huawei, Samsung, Oppo, Vivo atau Xiaomi, biasanya app Google Maps sudah tersedia. Anda tak perlu install app tersebut dari Google Play.

Tetapi jika anda tidak ada app tersebut, anda boleh download app Google Maps dari Google Play Store.

Google Maps – iOS

Bagi pengguna iPhone, app Google Maps biasanya tidak ada secara default. Apple hanya akan install Apple Maps sebagai aplikasi navigasi rasmi Apple.

Anda boleh download app Google Map di App Store.

Panduan memasukkan lokasi di Google Maps

Disebabkan data lokasi dalam Google Maps dan Waze sama, saya nak tunjukkan cara nak masukkan lokasi kedai korang dalam Google Maps.

  1. Buka app Google Maps
  2. Anda boleh taip ‘Add a missing’ nanti akan muncul option ‘Add a missing place to Google Maps’.
  3. Taip nama kedai atau pejabat anda. Anda perlu cari nama bisnes anda terlebih dahulu supaya nak elakkan berlaku ‘duplicate’ listing di Google Maps.
  4. Jika tiada nama bisnes anda, anda boleh tekan “Add a missing place to Google Maps”
  1. ā€ˇMasukkan nama, lokasi dan kategori yang sesuai. Boleh juga masukkan info lain seperti no telefon, waktu operasi, website dan gambar.
  1. Tekan butang Send
  2. Pilih ‘Submit Anyway’ jika memang tiada listing yang sama. Google nak elak duplicate listing.

Ni cara paling senang sebab anda boleh buat pakai phone saja.

Tapi lepas dah masuk dalam listing, pastikan anda “Claim listing” tu. Kalau tak selagi listing tu takde owner, ada orang boleh sailang.

Contohnya dia tukar nombor telefon, letak gambar tak sesuai, review tak best yang akan jejaskan reputasi bisnes korang.

Nanti saya tunjukkan cara nak claim listing ni.

LIKE dan SHARE kat kawan korang yang belum ada listing dlm Google Maps.

Mahu penyewa berebut-rebut menempah homestay anda?
Jutawan Homestay

24 thoughts on “[Video] Cara Nak Masukkan Lokasi Bisnes ke Google Maps”

    1. Biasanya Google akan hantar email, maklumkan jika ada orang lain yang nak ‘edit information’ pada maklumat business kita. Kita diberi masa 2-3 hari untuk sahkan maklumat tu. Kalau kita tak buat apa-apa, Google akan approve secara automatik.

      Pastikan check email setiap hari supaya elak daripada kena sailang.

  1. macam mana nak register lokasi yg boleh keluar terus dari list current location semasa kita nak tag location dalam whatsapp……dah cuba dlm foursquare tp tak jadi….

  2. Tuan,
    Saya 1st time buat marking Google maps utk perniagaan saya, Lpstu sy perasan saya salah marking utk lokasi, dan ada beberapa typing errors, saya dah edit beberapa kali n send tp still yg sama.. Mcmner ya saya nk delete terus marking tersebut, dah cuba buat dan letak reasons tp still sama.. Tkasih tuan

  3. Assalammualaikum tuan, jika kedai tersebut dah ade di google maps & waze (owner lama) bagaimana plk cara kita utk edit?

  4. saya dah setting lama
    tapi tahun lepas bila nak share location kat wasap customers dia x kua nama kedai. kalo bukak manual waze n map ada . bila share kat wasap dia x kua. kenapa ya tuan

  5. berapa lama masa kena tggu untuk marking kedai untuk keluar dlm google maps?sebab sya buat dua kali dah tapi takda kluar ape2.mohon bantuan

  6. Bang mcm mna nak delete location yg kita dah buat tu..sy nak hilangkn dri google maps so bila org cari dah tak keluar dkt maps

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *