Cloud storage atau dalam bahasa mudahnya merupakan server untuk menyimpan file dan backup secara ‘cloud’ dan perlu sync menggunakan internet.
Saya sudah mencuba dan menggunakan beberapa sistem cloud storage yang ada di pasaran. Berikut saya nak kongsikan apakah faktor yang perlu dan diambil kira sebelum anda boleh upgrade kepada servis berbayar.
Table of Contents / Kandungan
Faktor pemilihan
Tujuan – peribadi atau bisnes?
Kebanyakan provider ada fungsi untuk berbeza tujuan. Untuk tujuan peribadi atau perniagaan. Lain pengguna lain objektifnya nak simpan file dalam cloud ni.
Untuk tujuan peribadi biasanya gambar-gambar yang banyak. Untuk tujuan bisnes lagi penting sebab dokumen bisnes ni sangat penting untuk rujukan di masa hadapan.
Khususnya yang berkaitan dengan dokumen kewangan, resit, invois, quotation dan sebagainya.
Untuk tujuan bisnes, biasanya setiap user akan dikenakan caj secara berasingan. Lagi ramai staf, maka lagi tinggi caj bulanannya.
Nak pakai seorang atau berkongsi?
Untuk tujuan peribadi, boleh kongsi akses dan guna bersama ahli keluarga. Sementara untuk tujuan bisnes, ada juga fungsi perkongsian sesama rakan sekerja dan juga untuk klien.
Berapa ruang yang diperlukan?
Lagi besar ruang yang diperlukan, lagi mahal harga yang perlu dibayar setiap bulan. Boleh mulakan dengan pelan paling murah terlebih dahulu.
Jenis & saiz file & dokumen yang ingin disimpan
Jika anda bekerja dalam bidang industri kreatif, working file untuk Photoshop, Illustrator dan sebagainya memang sangat besar. Jika anda suka ambil gambar menggunakan high resolution dari telefon atau kamera DSLR juga. satu gambar juga lebih dari 2MB.
Tapi untuk file dokumen pejabat seperti Word, Excel biasanya tak berapa besar. File PDF biasanya besar jika ada gambar high-resolution yang tidak compress untuk tujuan web.
Backup untuk akses selalu atau archive selamanya?
Ada file yang kita perlu akses dari masa ke masa. Ada juga file yang tak perlu nak akses dah. File projek yang sudah siap, completed. Case-closed. Tak perlu nak belek sangat. Tapi perlu simpan. Di hujung artikel saya ada kongsikan mengenai AWS S3 Glacier untuk tujuan ini.
Bajet – bulanan atau tahunan
Berapa yang anda sanggup bayar? Biasanya kalau anda terus bayar upfront setahun, anda boleh dapat penjimatan 2 bulan free. Biasanya perlu link dengan kad debit/kredit supaya caj akan ditolak setiap bulan.
Senarai Penyedia Servis & Harga
Sebagai gergasi dalam internet, pasti setiap orang ada akaun Google untuk yang dibuat dari Gmail yang terus link kepada pelbagai servis Google
Google One
Google Drive untuk kegunaan peribadi
Bayaran bulanan serendah RM 8.49 dan perlu dibayar setahun RM84.99 sekaligus untuk ruangan sebesar 100GB.
Google Workspace
Dulu dikenali sebagai G-Suite. Termasuk Google Drive- untuk kegunaan bisnes & perlu link dengan domain.
Setiap staf perlu daftar secara berasingan. Jika ada 5 email akaun untuk staf, maka RM 20 x 5 = RM 100 sebulan.
Pembayaran hendaklah menggunakan kad kredit. Kad debit atau prabayar seperti BigPay tidak dibenarkan.
Dropbox
Dropbox merupakan antara yang popular dan saya juga menggunakan sejak 2009 lagi.
Individual Plan
Nak extra space untuk Dropbox?
Anda boleh gunakan fungsi affiliate pada Dropbox. Kongsikan link affiliate anda pada kenalan anda yang belum ada akaun Dropbox.
Setiap akaun baru yang berjaya, anda akan dapat 500MB. Maksimum anda boleh dapatkan ialah 16 GB.
Dropbox Business Plan
Microsoft OneDrive
Bagi pengguna komputer Windows 10, secara default aplikasi OneDrive sudah siap install. Anda hanya perlu login menggunakan akaun Microsoft / Live anda. Anda juga akan terus dapat OneDrive Basic 5 GB untuk permulaan.
For Home
For Business
Asus WebStorage
Laptop pertama yang saya beli ialah jenama Asus pada tahun 2009. Dari situ lagi saya mula mengetahui mengenai produk dari Asus ini. Disebabkan masih baru, Asus menawarkan harga yang agak berbaloi serendah RM 170 untuk 1 TB.
Apple iCloud
Yang ini memang khas untuk pengguna produk Apple seperti iPhone, iPad, komputer yang menggunakan macOS.
Jika anda menggunakan iPhone, internal storage memang tak cukup. Anda perlu backup juga ke iCloud. Di sinilah Apple buat duit dimana setiap bulan anda pasti akan bayar untuk servis iCloud ini.
Amazon Web Storage (AWS)
Yang ni lebih kepada pengguna yang lebih advance. Perlu setup dengan perisian third party seperti MSP360 (dulu dikenali sebagai CloudBerry)
Dengan AWS, anda hanya perlu bayar ikut apa yang anda gunakan sahaja. Pay-Per-Use.
Saya sendiri menggunakan S3 Glacier untuk tujuan arkib, projek-projek yang sangat lama, file assignment zaman universiti dulu-dulu. Nak buang sayang tapi nak simpan, makan storage dalam hard disk. Walaupun external, ada risiko file tersebut akan corrupt.
Jadual Perbandingan Harga
Nilai matawang asing telah ditukarkan 1 USD = RM 4.10. Harga untuk pelan setahun
Provider | Akaun asas | 100 / 300 GB | 1 TB | 2 TB |
---|---|---|---|---|
Google One | 15 GB percuma | RM 84.99 | – | RM 429.99 |
Google Workspace | 30 GB – RM 240 seorang | |||
Dropbox Individual | 2 GB percuma | – | – | RM 491 |
Dropbox Business | 3 TB – RM 815.75 | |||
OneDrive Home | 5 GB percuma | RM 108 | RM 269 | |
OneDrive Business | RM 252 seorang | |||
Asus WebStorage Personal | 5 GB percuma | 200 GB – RM 104.51 | RM 163.96 | RM327.92 |
Apple iCloud | 5 GB percuma | 200 GB – RM 142.80 | RM 478.80 |
Kesimpulan
Semoga artikel ringkas mengenai perbandingan harga cloud storage ini dapat membantu anda membuat keputusan dalam memilih dan melanggan servis yang sesuai dengan keperluan anda. Masing-masing ada kelebihan kekurangannya.
Daripada jadual di atas, tak dinafikan Asus Webstorage antara yang paling murah di pasaran. Dan itulah servis yang saya gunakan buat masa sekarang.
Kredit gambar FreePik – Macrovector