Digital Marketer Malaysia Reaksi Kepada Movie The Social Dilemma (Bahagian 2)

Bertemu lagi kita dalam bahagian kedua, reaksi kami terhadap movie ‘The Social Dilemma’ yang ditayangkan di Netflix.

Jika anda belum menonton bahagian pertama, anda boleh tonton reaksi bahagian pertama sebelum kita bersambung ke bahagian kedua.

Mari kita lihat apakah topik pada bahagian kedua filem ini.

Isu polarisasi dan berita palsu

Bagaimana polarisasi ini berlaku?

Ini yang dinamakan recommendation dan suggestion daripada teknologi kecerdasan buatan (artificial intelligence) dan algorithm yang direka supaya anda akan berterusan mendapat info yang anda cari, video yang anda suka tonton dan sebagainya.

Adakah ia berkaitan dengan sesetengah pihak membayar kepada media sosial ini?

Ini dibicara oleh pakar mengenai kononnya pihak Russia telah memaparkan berita palsu mengenai Amerika Syarikat. Begitu juga ketika kempen pilihanraya presiden U.S, Donald Trump pada masa itu, pihak yang menyokong Trump akan berterusan melihat kempen dan kebaikan yang dilakukan olehnya.

Search Engine Result

Ini merupakan topik kegemaran saya. Memang saya banyak mengulas berkenaan topik ini. Apabila anda membuat carian, adakah anda mendapat maklumat yang sama seperti kawan anda?

Kemungkinan besar tidak.

Google memaparkan hasil carian berdasarkan konteks anda, browsing history, lokasi dan pelbagai lagi faktor-faktor lain.

Adakah digital marketer pekerjaan yang beretika?

Kalau tanya kami, sudah semestinya!

Terpulang kepada marketer itu sendiri, adakah beliau akan mempromosikan produk dengan teknik pengiklanan yang patuh syariah dan tidak melampaui batas.

Sekian sahaja sedikit perkongsian dari kami. Video reaksi kami yang pertama.

Rasanya nak buat lagi video sebegini untuk drama atau movie yang berkaitan dengan pemasaran, pengiklanan dan bisnes.

Jemput untuk follow dan subscribe channel Adlan Khalidi di Youtube. Jumpa lagi!

BACA ARTIKEL:   Digital Marketer Malaysia Reaksi Kepada Movie The Social Dilemma (Bahagian 1)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *