Disebalik infografik mengenai Isra Mi’raj

isramiraj-behind

Salam.

Dalam entri yang lepas, aku telah menyiapkan sebuah design infografik Islami yang kedua, selepas infografik mengenai amalan di bulan Zuhijjah pada tahun lepas. Infografik terbaru ini pula mengenai perjalanan Rasulullah ﷺ sempena Isra Mi’raj.

Mengapa dalam bahasa Inggeris?

Infografik kali ini menggunakan bahasa Inggeris kerana aku ingin menyampaikan mesej kepada lebih ramai orang di luar sana khususnya masyarakat Muslim di luar Malaysia.

Selain itu, Islamographic pernah menolak infografik Zulhijjah aku kerana mereka tidak faham bahasa Melayu.

Mengapa berbentuk segi empat sama?

Kebanyakan infografik yang penuh dengan maklumat direka dengan panjang dan pengguna perlu scroll dari atas ke bawah.

Infografik ini direka supaya ia dapat mencapai lebih ramai orang dengan mudah khususnya yang menggunakan media sosial seperti Facebook dan Instagram.

infografik-fb-theatre

Di Facebook, apabila infografik itu panjang dan ditonton dalam bentuk ‘Photo Viewer’, tulisan menjadi sangat kecil dan sukar untuk dibaca. Oleh itu, bila rekabentuknya segi empat sama, ia lebih sesuai. Begitu juga jika aku ingin promosi dalam Instagram yang akan mengerat (baca:crop) gambar menjadi segi empat sama.

Masjid Al-Aqsa yang sebenar

Terdapat dua masjid di Al-Aqsa iaitu Dome of the Rock dan Masjid Al-Aqsa. Mengikut pemerhatian aku, ramai orang yang keliru mana satukah Masjid Al-Aqsa yang sebenar. Oleh sebab itu dalam infografik ini, aku membuat illustrasi Masjid Al-Aqsa yang sebenar, supaya masyarakat dapat membezakan antara dua ini.
aqsadomeMedia Barat memang sengaja menipu umat Islam dengan menggambarkan Dome of the Rock sebagai Masjid Al-Aqsa kerana mereka kini berusaha untuk merobohkan masjid tersebut demi membina Solomon’s Temple.

Jika anda sukakan infografik tersebut, sila kongsikan dan sebarkan. Butang Share, Tweet, Pinterest sudah disediakan.

Jika anda ada sebarang cadangan topik untuk aku hasilkan infografik, sila kongsikan di dalam ruangan komen. Kalau boleh, sertakan sekali link URL untuk info tersebut. Terima kasih!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *