travel

Tips travel: Elak Lakukan 5 Perkara ini ketika bercuti

Travel atau melancong merupakan aktiviti yang digemari ramai. Bukan sahaja dapat menenangkan fikiran, ia juga mampu menambah pengalaman yang tidak dapat diperoleh di mana-mana.

Namun begitu, travel boleh menjadi sesuatu yang merunsingkan jika ianya tidak dirancang dengan baik. Jadi dalam entri kali ini, saya akan menyenaraikan perkara-perkara yang perlu dielakkan jika anda inginkan percutian yang bebas tekanan.

Pertama:Membawa terlalu banyak barang

Bagasi yang berlebihan boleh menjadi beban kepada diri sendiri(sumber: Unsplash)

Sememangnya ketika travel kita ingin kelihatan cantik dan bergaya. Berkobar untuk nampak menawan berlatarkan Eiffel Tower misalnya. Tetapi berpada-padalah dalam membawa salinan pakaian dan cuba membawa pakaian yang sesuai dan senang untuk padan antara satu sama lain.

Bukan apa, bayangkan jika anda membawa bagasi yang banyak. Ianya bukan sahaja menyusahkan anda ketika check in bag di lapangan terbang malah jika perlu ke AirBnb atau hotel yang terlatak di kawasan berbukit, pasti anda menyesal dengan pilihan anda untuk membawa bagasi yang banyak itu.

Selain itu, tinggalkan barang remeh seperti mandian,syampu, sterika dan tuala mandi kerana kebanyakan AirBnB dan hotel menyediakan peralatan tersebut. Jika anda membawa barang-barang tersebut ianya hanyalah memberatkan bagasi anda

Kedua: Terlalu mengikut jadual perjalanan

Sumber: Unsplash

Membuat itenerari adalah sebuah langkah bijak yang bagus dan patut dicontohi. Namun, anda perlu memberi ruang dan fleksibiliti untuk perkara yang tidak dijangka. Contohnya, hari hujan dan tidak dapat ke sesuatu lokasi, tertinggal bas pada jam yang dirancang, atau hari tersebut ialah hari cuti umum di kawasan tersebut.

BACA ARTIKEL:   10 Lagu Nasyid Tokoh dalam Sejarah Islam

Perkara-perkara ini boleh membuatkan anda merasa murung dan kecewa. Lebih-lebih lagi jika anda tidak mempunyai plan B. Jadi relakskan diri anda dan cuba hargai setiap momen. Tidak mengapa jika anda tidak dapat menjelajah tempat yang sudah anda senaraikan tetapi jadilah spontan dan nikmati perkara yang tersedia untuk anda pada hari itu.

Ketiga: Tukar matawang di airport

Ini adalah perkara yang boleh dibuat tetapi agak merugikan. Hal ini kerana jika anda menukar matawang atau currency di airport, cukai yang dikenakan agak tinggi dan rate tukaran juga rendah. Jadi adalah lebih baik sekiranya anda membuat tukaran matawang di kawasan bandar.

Jadi adakah saya maksudkan tidak perlu tukar duit langsung?

Perlu, cuma memadai jika anda hanya menukar sedikit wang terlebih dahulu untuk menampung kos pengangkutan dan hotel. Anda juga boleh membuat pilihan lain seperti Bigpay, mengeluarkan duit dari ATM tempatan, dan menggunakan kad kredit.

Ke-empat: Terlalu sibuk dengan media sosial

Sumber: Unsplash

Dalam era ini, setiap orang ingin mengabadikan kenangan dan momen indah dalam bentuk digital. Di tangan sentiasa tersedia dengan telefon pintar dan juga kamera. Walaupun kita teruja untuk merakam momen-momen indah, tetapi janganlah pula kita terlalu sibuk hingga tidak dapat menghargai sebepenuhnya keindahan yang terbentang di depan mata. Mungkin kita berfikir bahawa satu hari nanti kita pasti dapat melihat kembali kenangan yang telah direkodkan itu. Tetapi realitinya tiada yang dapat menandingi perasaan ketika travel itu sendiri.

Kelima: Membuat tempahan last minute

Membuat tempahan di hujung waktu amat perlu dielakkan bagi yang ingin segera melegakan fikiran dan menggembirakan poket. Lebih lebih lagi tiket pengangkutan, Tiket penerbangan misalnya, jika dibeli lebih awal amatlah murah tetapi jika tidak harga boleh meningkat berlipat ganda.

BACA ARTIKEL:   6 Cara Bina Personal Branding di Twitter dengan Hypefury (2023)

Contohnya tiket AirAsia dari Kuala Lumpur ke Sarawak jika dibeli awal berharga RM 150 tetapi jika dibeli sehari dua sebelum penerbangan tiket boleh mencecah hingga RM 1000! Ini lebih lebih lagi pada musim pecutian dan perayaan.

Begitu juga dengan hotel dan lain-lain. Harga kebanyakannya lebih murah jika anda telah membuat tempahan atas talian. Namun, jika anda terlalu sibuk dan tiada masa untuk membuat tempahan-tempahan ini, banyak pakej lengkap yang ditawarkan oleh Travelook dan Agoda.

Anda hanya perlu membawa bagasi dan minda yang tenang kerana semuanya telah diuruskan. Klik di sini untuk memilih pakej yang bersesuaian untuk anda.

Jika anda ingin memandu sendiri kereta sewa, anda boleh hubungi penyedia servis tersebut. Contohnya anda boleh hubungi kereta sewa Kuala Terengganu yang menyediakan pelbagai model.

Kesimpulannya,

Semoga tips ini membantu anda untuk menikmati percutian yang bebas tekanan. Baca lebih lanjut tips travel ke Australia di sini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *