AdlanKhalidi https://adlankhalidi.com Malaysian Digital Marketer Fri, 17 Jan 2020 07:37:58 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=5.3.2 3867404 Pengalaman bersama Business Network International (BNI) Chapter Pioneer Perak sejak 2019 https://adlankhalidi.com/business-network-international-bni-chapter-pioneer-perak/ https://adlankhalidi.com/business-network-international-bni-chapter-pioneer-perak/#respond Fri, 17 Jan 2020 07:37:01 +0000 https://adlankhalidi.com/?p=6274 Masih ingat lagi hujung 2017 saya pernah hadiri meeting BNI. Tapi masa tu belum bersedia jadi ahli sebab bisnes belum stabil. Time tu pasrah jela kalau dah ada company printing join. Awal tahun 2019 saya dapat job buat sistem web & mobile based. Dari situ saya berjumpa dengan Stephen, salah seorang app developer kat Ipoh. …

Pengalaman bersama Business Network International (BNI) Chapter Pioneer Perak sejak 2019 Read More »

(Visited 5 times, 1 visits today)

The post Pengalaman bersama Business Network International (BNI) Chapter Pioneer Perak sejak 2019 appeared first on AdlanKhalidi.

]]>
Masih ingat lagi hujung 2017 saya pernah hadiri meeting BNI. Tapi masa tu belum bersedia jadi ahli sebab bisnes belum stabil.

Time tu pasrah jela kalau dah ada company printing join.

Awal tahun 2019 saya dapat job buat sistem web & mobile based. Dari situ saya berjumpa dengan Stephen, salah seorang app developer kat Ipoh. Rupanya beliau adalah ahli BNI. (Beliau pun rupanya pernah tempah name card dengan Printar)

Ada beberapa kali beliau ajak join meeting BNI ni. Tapi tak join pun. Akhirnya lepas BNI Open Day di Hotel Weil pada bulan November, saya pun nekad nak join juga.

So tanggal 12 Disember 2019, secara rasminya saya pun join BNI Pioneer Chapter.

Dapat juga saya daftar bawah bisnes printing!

Dalam Chapter ni, saya seorang saja Melayu Muslim yang ada. Maksudnya sayalah first Melayu yang join BNI di Perak ni.

P/s: Lama dah tak pakai tali leher ni. Last masa konvo 10 tahun lepas.

Dah sebulan dengan Business Network International atau lebih mudah dikenali sebagai BNI. Bukan bini ye..

Di Perak baru ada 4 chapter (kumpulan). 1 English speaking dan 3 chinese speaking .

Dalam chapter yang saya sertai ni, ada hampir 50 orang bisnes owner yang positif, friendly & supportive.

Saya bangun pukul 5 pagi sebab meeting bermula jam 630am.

Alang2 dah bangun awal, boleh la subuh berjemaah di masjid. Paling dekat masjid hospital.

Selain itu, di hotel tu sendiri di tingkat 4, surau disediakan di aras yang sama dengan meeting BNI.

Ada 18 agenda meeting. Antara yang menarik ialah presentation 30 saat oleh setiap member. Ala pitch elevator la.

Lepas tu ada weekly presentation dari 2 orang ahli. Yang ni dalam 6-8 minit.

Part paling best ialah I have session. Di sini lah moment paling unik dalam BNI dimana setiap member akan announce referral / peluang buat job yang telah diberikan kepada member lain.

Lepas meeting, sesi paling best ialah sesi breakfast buffet pula. Boleh teruskan networking/sembang2 sambil bincang projek dll.

Semalam memang saya mention pasal boleh bangun 5 pagi tu. Tapi bukan la setiap hari.

Kira cukup la masa untuk persiapan diri dan perjalanan ke lokasi by pukul 6.30 pagi.

Tapi saya serius!

Khususnya untuk bisnes owner sekitar Ipoh, jika berminat hadiri preview then kita boleh breakfast sama2. Meeting pada setiap hari Khamis pagi. Klik butang di bawah untuk terus WhatsApp saya.


(Visited 5 times, 1 visits today)

The post Pengalaman bersama Business Network International (BNI) Chapter Pioneer Perak sejak 2019 appeared first on AdlanKhalidi.

]]>
https://adlankhalidi.com/business-network-international-bni-chapter-pioneer-perak/feed/ 0 6274
5 Perkara Anda Perlu Tahu Mengenai Perak Startup Festival 2019 https://adlankhalidi.com/mengenai-perak-startup-festival-2019/ https://adlankhalidi.com/mengenai-perak-startup-festival-2019/#respond Thu, 14 Nov 2019 15:10:55 +0000 https://adlankhalidi.com/?p=6228 Perak Startup Festival (PSF) merupakan acara julung-julung kalinya diadakan di negeri Perak Darul Ridzuan. Saya sendiri sangat teruja kerana sepanjang bermastautin di Perak (lebih 6 tahun) akhirnya ada juga satu program yang meraikan usahawan muda khususnya yang popular dengan bisnes startup. Hujung minggu ini akan jadi sangat padat dengan pengunjung di sekitar lokasi program sebab …

5 Perkara Anda Perlu Tahu Mengenai Perak Startup Festival 2019 Read More »

(Visited 146 times, 1 visits today)

The post 5 Perkara Anda Perlu Tahu Mengenai Perak Startup Festival 2019 appeared first on AdlanKhalidi.

]]>
Perak Startup Festival (PSF) merupakan acara julung-julung kalinya diadakan di negeri Perak Darul Ridzuan.

Saya sendiri sangat teruja kerana sepanjang bermastautin di Perak (lebih 6 tahun) akhirnya ada juga satu program yang meraikan usahawan muda khususnya yang popular dengan bisnes startup.

Hujung minggu ini akan jadi sangat padat dengan pengunjung di sekitar lokasi program sebab bukan hanya ada PSF, tetapi juga ada Pangkor Dialogue dan Perak International Expo (PIEX) di Kompleks Sukan MBI di Ipoh!

OK, mari kita mulakan dengan 5 perkara yang mungkin anda belum tahu.

Penganjur utama PASAK & PJ Startup Festival

Kalau anda perasan dari segi poster PSF ini tak lari jauh dengan design PJ Startup Festival.

Ya, memang orang yang sama yang membawa idea ini kepada PASAK. Takpe. Bagi peluang. Lepas ini semoga PASAK boleh conduct sendiri event ini dengan 100% bakat anak tempatan.

Dulu team ini bergerak dibawah PEKA atau Pusat Kerjaya Amanjaya.

Lepas bertukar kerajaan negeri dari BN ke PH, PeKA yang berada dibawah portfolio Modal Insan – YB Howard, menjenamakan semula sebagai PASAK ataupun nama penuhnya Pusat Aspirasi Anak Perak.

Tak perlu nak sembang politik atau isu perkauman, tapi saya kagum dengan team yang menguruskan PASAK. Tahniah kepada YB Howard sebab berjaya membentuk pasukan yang mantap!

Pada bulan Ramadan yang lepas juga, team sukarelawan PASAK, bawah En. Zul turut bersama-sama GEMA Perak dalam progam MySaveFood Ramdan di Medan Gopeng.

Lokasi & cara ke sana

Anda boleh guna Google Maps atau Waze ‘Arena Badminton Perak’

Anda boleh juga gunakan Grab dengan mendapatkan kadar tambang yang murah. Gunakan kod GRABPIEX.

Dengan kod ini anda akan mendapat kadar tambang RM5 untuk 2 kali. Elok pergi carpool bersama rakan-rakan atau family supaya boleh jimat kos perjalanan pergi dan balik.

Aktiviti sepanjang 3 hari

Berikut ialah tentatif program sepanjang 3 hari PSF berlangsung.

Sangat padat dengan pelbagai pengisian khususnya forum dengan topik-topik tertentu.

Nak tengok padat ke tak, ada forum yang menampilkan sehingga 5 orang panelis (tak termasuk moderator), tetapi forum ini dijalankan dalam masa 60 minit.

Ikut matematik saya, sorang cuma boleh bercakap 5 minit dan buat 2 pusing. Lepas tu Q & A.

Kesian juga kalau panelis yang datang dari jauh tapi cuma boleh bercakap tak sampai 15 minit pun.

Senarai Peserta Pameran Booth Exhibition

Berikut ialah senarai exhibitor dan juga pelan layout. Saya tak pasti apakah maksud warna petak tersebut. Mungkin kategori atau jenis syarikat dan agensi.

Kalau tekaan saya tepat, warna kuning itu mungkin bermaksud syarikat atau startup yang berasal dari Perak.

Sebab warna yang lain merupakan syarikat dan agensi yang agak terkenal

Ini merupakan kali pertama saya menyertai sebagai exhibitor!

Ya. Inilah sebab yang paling penting kenapa saya sanggup tulis satu artikel di blog ini.

Printar Ipoh (sebuah startup dalam bidang marketing) buat julung-julung kalinya menyertai aktiviti sebegini.

4 minggu sebelum PSF ini, saya lekas-lekas mendaftar sebagai exhibitor.

Untuk makluman, jutaan terima kasih diucapkan kepada PASAK sebab memberi peluang menyertai acara ini secara percuma. Kami hanya perlu bayar deposit berjumlah RM200 sahaja.

Tak lupa juga kepada penaja-penaja lain seperti Sunway, Redone dan Vive yang menjadikan acara ini satu realiti.

Booth Printar Ipoh bernombor 34 dan terletak menghadap pentas utama.

Selama ini saya dah biasa buka booth bersama NGO seperti Pemuda GEMA Perak untuk acara Ipoh Car Free Day. Tapi kali ini lain macam sikit keseronokannya.

Penutup

PSF ini merupakan acara yang sangat menarik bagi saya. Di sinilah tempatnya untuk membina jaringan dan networking dalam perniagaan. Kalau dapat buat sales, bersyukur. Dapat tambah kenalan, lagi baik.

Saya sangat seronok dan teruja untuk 3 hari ini. Nantikan update-update spontan saya di Instagram dan Facebook story! Jumpa anda di sana!

Semoga acara ini akan diteruskan pada tahun akan datang. Kita perlukan lebih ramai bakat dan startup untuk terus berkembang maju!

Kredit: Facebook Perak Startup Festival

(Visited 146 times, 1 visits today)

The post 5 Perkara Anda Perlu Tahu Mengenai Perak Startup Festival 2019 appeared first on AdlanKhalidi.

]]>
https://adlankhalidi.com/mengenai-perak-startup-festival-2019/feed/ 0 6228
11 Kolej Swasta di Ipoh Perak untuk sambung belajar https://adlankhalidi.com/belajar-kolej-swasta-ipoh-perak/ https://adlankhalidi.com/belajar-kolej-swasta-ipoh-perak/#respond Sun, 07 Jul 2019 17:08:51 +0000 https://adlankhalidi.com/?p=6192 Anda mencari senarai kolej swasta di Ipoh, Perak? Walaupun mungkin tak dapat tempat di universiti awam. Mungkin antara sebabnya kuota dah penuh atau anda tak layak. Jangan risau. Di Ipoh sahaja ada pelbagai bidang dan kolej swasta yang anda boleh mohon walau dengan minima 3 kredit sahaja. Kolej swasta di Ipoh, Perak untuk lepasan SPM …

11 Kolej Swasta di Ipoh Perak untuk sambung belajar Read More »

(Visited 134 times, 1 visits today)

The post 11 Kolej Swasta di Ipoh Perak untuk sambung belajar appeared first on AdlanKhalidi.

]]>
Anda mencari senarai kolej swasta di Ipoh, Perak? Walaupun mungkin tak dapat tempat di universiti awam. Mungkin antara sebabnya kuota dah penuh atau anda tak layak.

Jangan risau.

Di Ipoh sahaja ada pelbagai bidang dan kolej swasta yang anda boleh mohon walau dengan minima 3 kredit sahaja.

Kolej swasta di Ipoh, Perak untuk lepasan SPM

Kita mulakan senarai untuk lepasan SPM dahulu.

1. Kolej Teknologi Perak / Institut Teknologi Perak

Kolej pengurusan, kulinari dan IT.

2. Quest International University Perak

3. Sunway College Ipoh

4. Olympia College Ipoh

5. Cosmopoint College Ipoh

6. TAJ International College Ipoh

7. Kolej Polytech Mara (KPTM) Ipoh

8. PIA The College of Art & Design

9. Era Technology Communication Art & Design

10. HAAZA Centre of Excellence

Sementara itu, untuk mereka yang berminat untuk sambung belajar dalam MBA atau Master, anda boleh juga belajar di institusi berikut

11. Open University Malaysia (OUM) Ipoh

(Visited 134 times, 1 visits today)

The post 11 Kolej Swasta di Ipoh Perak untuk sambung belajar appeared first on AdlanKhalidi.

]]>
https://adlankhalidi.com/belajar-kolej-swasta-ipoh-perak/feed/ 0 6192
5 Tips Untuk Upgrade Kerjaya Freelance Designer Supaya Nampak Lebih Professional https://adlankhalidi.com/tips-freelance-designer-professional/ https://adlankhalidi.com/tips-freelance-designer-professional/#respond Thu, 25 Oct 2018 16:12:51 +0000 https://adlankhalidi.com/?p=6054 Assalamualaikum dan salam sejahtera GM! Dalam seminggu ni banyak betul post berkenaan isu ‘FREELANCE’. Ada masa sedikit ni, aku nak kongsi beberapa point yang mungkin agak berguna pada semua designer untuk ‘upgrade’ career design korang. 1 – Tukar title dari ‘Freelance’ kepada ‘Design/Creative Consultant’: Maksud dan tujuan asal ‘Freelance’ adalah satu kerja yang dibuat di …

5 Tips Untuk Upgrade Kerjaya Freelance Designer Supaya Nampak Lebih Professional Read More »

(Visited 1,090 times, 1 visits today)

The post 5 Tips Untuk Upgrade Kerjaya Freelance Designer Supaya Nampak Lebih Professional appeared first on AdlanKhalidi.

]]>

Assalamualaikum dan salam sejahtera GM!

Dalam seminggu ni banyak betul post berkenaan isu ‘FREELANCE’. Ada masa sedikit ni, aku nak kongsi beberapa point yang mungkin agak berguna pada semua designer untuk ‘upgrade’ career design korang.

1 – Tukar title dari ‘Freelance’ kepada ‘Design/Creative Consultant’:

Maksud dan tujuan asal ‘Freelance’ adalah satu kerja yang dibuat di luar waktu kerja full-time untuk duit poket sampingan. Secara automatik tugas freelance menjadi tanggapan ‘murah’ kepada customer untuk mendapatkan khidmat tertentu berbanding pergi syarikat grafik/printing.

‘Consultant’ atau ‘Creative/Design Consultant’ pula memainkan peranan lebih serius dan ‘mahal’ kepada pelanggan sebab mereka akan mengharap khidmat anda lebih bernilai sebab anda perlu menasihat, membimbing dan memberi hasil berkualiti. Secara tak lansung anda membantu menyelesaian masalah customer tak kira dengan menaikan lagi image company atau diorang dapat lebih banyak job dari hasil design anda.

2 – Cas Mahal berbanding cas murah

Ramai designer fikir cas mahal dengan alasan sebab bayaran study mahal, komputer mahal dan sebagainya. Tanggapan ni salah. Korang cas mahal sebab utama adalah servis dan hasil kerja.

Upah design Company Profile RM10,000 – Study company background, interview staff/management, tangkap gambar office/produk, nasihat tentang apa benda nak tulis, bimbing client untuk bagi isi profile berkualiti. Nampakkan profile tu gempak habis supaya client boleh dapat banyak job bila kongsi profile tu dengan potential client dia.

Upah design Company Profile RM500 – harapkan client bagi bahan 100%, korang duduk tukang susun siap je.

Korang kena tunjuk sebab kenapa korang berbaloi dibayar mahal dan client tak perlu pening kepala bagitahu apa nak buat sebabnya korang sendiri setel semua benda. Tujuan asal kita adalah untuk menolong memudahkan urusan client dan bantu bagi bisnes pada diorang. Bila client dapat hasil bagus, semua orang dia jumpa pun puji dan dia rasa bangga. Siapa orang pertama dia akan contact dan bagi lagi banyak job? korang la sebagai designer. Jangan takut cas mahal sekira servis korang terbaik.

3 – Mahirkan banyak software/skill.

Untuk kuatkan pengalaman korang sebagai designer. Kalau sekarang korang cuma tahu design Ai/Psd sahaja, mula tambah skill lain. Belajar fotografi/videografi, Autocad, website/sosial media, asas printing tu memang wajib tahu, 3D/2D/animation. Supaya point saya nombor satu untuk anda jadi creative consultant lebih kuat. Sebab bila client tanya anda boleh buat itu ini, semua anda boleh urus dan bantu selesai masalah.

4 – Bekerjasama dengan pihak ketiga

Anda bekerjasama dengan pihak yang kongsi industri design ni seperti Interior designer, Arkitek, Kontraktor atau Kilang Printing. Sebab utama? Dalam industri design / seni bina ni, Grafik designer adalah satu tugasan asas yang diperlukan semua syarikat. Kebanyakan syarikat besar ni tidak ambil full-time grafik designer sebab perniagaan yang mereka buat bukan setiap hari kena buat grafik. Tapi mereka punyai ramai client yang memerlukan grafik dan satu2 job itu bukan la berharga ratus ringgit tapi beribu.

5 – Asas Bisnes

Point ni sangat penting, korang sebagai freelance/consultant perlu ada ilmu perniagaan walau sikit. ‘Quotation, Invoice, Receipt.’ Tiga benda ni benda kecil je tapi impak besar, kalau korang tak buat memang akan makan diri dan rugi masa untuk berurusan.

Paling utama adalah deposit, ramai yang sanggup buat design tanpa deposit dengan alasan risau client lari. Pertama korang kena ingat kalau korang bagi design draft percuma, client tiada sebarang komitmen terhadap korang. Ibaratnya korang bagi ‘free sample’ pada customer. Macam dekat supermarket tu la, bagi free sample makanan, orang bagi free, makan je! Malah kalau korang tetap pendirian untuk deposit, customer yakin anda lebih profesional dalam melakukan kerja dan bukan terdesak untuk sales.

Dalam dokumen dan urusan penting korang kena nampak professional. Daftar nama company dan daftar account syarikat. Sebabnya tanggapan pertama berurusan tu penting. Bila client nak offer job RM20ribu, tapi tengok guna nama sendiri dan akaun personal. Sebagai satu syarikat memang tidak akan yakin untuk berurusan dengan ‘individu’, lagi2 melibatkan bayaran yang tinggi.

Jadi tu je la, panjang pula menulis..Kalau korang ada point lain nak tambah, silakan komen. aku sekadar kongsi pandangan dan semoga membantu serba sedikit la ye. Selamat ber-Freelance

Kredit: Khairul Anwar Norlan dari FB Group Grafik Malaya

(Visited 1,090 times, 1 visits today)

The post 5 Tips Untuk Upgrade Kerjaya Freelance Designer Supaya Nampak Lebih Professional appeared first on AdlanKhalidi.

]]>
https://adlankhalidi.com/tips-freelance-designer-professional/feed/ 0 6054
Asas Pemasaran Digital Yang Anda Perlu Tahu https://adlankhalidi.com/asas-pemasaran-digital-marketing/ https://adlankhalidi.com/asas-pemasaran-digital-marketing/#respond Wed, 19 Sep 2018 16:51:20 +0000 https://adlankhalidi.com/?p=6049 Pemasaran digital ataupun digital marketing, merupakan salah satu cabang untuk memasarkan jenam, produk dan servis secara dalam talian. Kenapa kena buat pemasaran? Apa beza dengan pengiklanan? Pemasaran ialah satu aktiviti utama dalam sesebuah perniagaan. Setiap jenis perniagaan mempunyai keperluan yang berbeza. Yang ni berdasarkan apakah jenis pelanggan yang mereka perlukan. Setiap kali pergi kelas dan …

Asas Pemasaran Digital Yang Anda Perlu Tahu Read More »

(Visited 688 times, 1 visits today)

The post Asas Pemasaran Digital Yang Anda Perlu Tahu appeared first on AdlanKhalidi.

]]>
Pemasaran digital ataupun digital marketing, merupakan salah satu cabang untuk memasarkan jenam, produk dan servis secara dalam talian.

Kenapa kena buat pemasaran? Apa beza dengan pengiklanan?

Pemasaran ialah satu aktiviti utama dalam sesebuah perniagaan. Setiap jenis perniagaan mempunyai keperluan yang berbeza.

Yang ni berdasarkan apakah jenis pelanggan yang mereka perlukan.

Setiap kali pergi kelas dan seminar, memang ramai orang macam tak pasti siapakah jenis pelanggan ideal mereka.

Kita memang tak boleh jual kepada semua orang. Yang ni terlalu umum. Kita hanya jual kepada orang yang ada masalah dan perlukan produk atau servis kita untuk menyelesaikan masalah mereka.

Kembali kepada topik pemasaran digital.

Zaman sekarang memang zaman IT zaman teknologi. Jaguh sukan dan juga jutawan.. (Eh nyanyi lagu pula)

Kita kena manfaatkan teknologi yang ada untuk memasarkan perniagaan kita.

PERNIAGAAN JENIS APA? B2B atau B2C?

Kalau dah kenalpasti kita jual produk atau servis jenis B2C tau B2B, kita tahu lah kita nak fokus kerja pemasaran yang macam mana.

B2C ialah business to customer. Maksudnya kita jual produk kegunaan orang ramai, produk untuk kegunaan sendiri dan keluarga.

B2B ialah business to business. Maksudnya kita menjual produk yang diperlukan untuk sesebuah perniagaan untuk menjalankan urusan perniagaan setiap hari.

Jenis perniagaan dah jelas, so sekarang kita nak kenalpasti dimanakah mereka berada.

Kebiasaannya, B2C dan produk customer ni senang dijual di.. Facebook, Instagram dan marketplace.

Platform dan media sosial sebegini memang biasanya akan tayang gambar produk dan produk biasanya ada ready stock.

Add to cart, checkout, esok lusa barang patut sampai, melainkan order dari oversea.

Berbeza dengan servis, tak semua servis boleh siap hari yang sama. Kalau gunting rambut, cuci kereta boleh la.

PLATFORM UNTUK B2B

Di Malaysia, ada satu platform media sosial yang sedang meningkat naik iaitu LinkedIn.

Ada ramai professional, CEO, manager yang akan buat profile mereka di LinkedIn dengan bangga untuk letak jawatan mereka.

B2B juga biasanya melibatkan jumlah transaksi yang tinggi.

Oleh itu, sangat penting untuk bina kepercayaan (trust) dengan prospek secara online. Yelah, zaman sekarang ni ramai orang nak scam.

Salah satu cara paling senang nk bina trust bagi sesebuah syarikat, ialah dengan memiliki website sendiri.

Website merupakan satu platform yang penting dan banyak manfaatnya. Ada website untuk tujuan korporat, cerita pasal profil syarikat. Ada juga website untuk tujuan jualan, ecommerce.

Sebut pasal trust, sekarang kebanyakan browser sangat menitikberatkan penggunaan sijil keselamatan atau security certificate.

Yang ni korang boleh tengok pada simbol mangga atau lock di ruangan URL.

CORONG DAN FUNNEL PELANGGAN

Kita kena tahu bila buat perniagaan, biasanya dari 100 orang yang tahu pasal kita, 3 orang saja yang akan beli.

CHANNEL DAN SALURAN PEMASARAN DIGITAL

Yang ni bergantung kepada jenis perniagaan macam sebelum ni. Ada saluran yang berbayar dan ada yang percuma.

Antara salurannya ialah:

– website
– media sosial
– iklan media sosial
– Google Search
– blog
– email marketing
– website directory

(Visited 688 times, 1 visits today)

The post Asas Pemasaran Digital Yang Anda Perlu Tahu appeared first on AdlanKhalidi.

]]>
https://adlankhalidi.com/asas-pemasaran-digital-marketing/feed/ 0 6049
40+ Iklan Raya Aidilfitri 2018 Yang Wajib Anda Tengok Tahun Ini https://adlankhalidi.com/koleksi-iklan-puasa-iklan-raya-aidilfitri-2018/ https://adlankhalidi.com/koleksi-iklan-puasa-iklan-raya-aidilfitri-2018/#respond Sat, 02 Jun 2018 18:19:05 +0000 https://adlankhalidi.com/?p=6013 Iklan Ramadan dan Iklan Raya daripada syarikat dan jenama terkenal di Malaysia. TNB, Petronas, Yeos, Traveloka dll. Jom tonton!

(Visited 2,021 times, 1 visits today)

The post 40+ Iklan Raya Aidilfitri 2018 Yang Wajib Anda Tengok Tahun Ini appeared first on AdlanKhalidi.

]]>
Iklan Ramadan dan Iklan Raya daripada syarikat dan jenama terkenal di Malaysia. Jom layan. Prepare tisu siap-siap.

1. Petronas Misi Riuh Raya


2. Iklan Raya Malaysia Airlines (MAS) 2018 | Ops Lip Lap Raya

3. Iklan Raya Star Media Group – Raya Chin

4. Filem Pendek Raya 2018 – Telekung Siti Khadijah

5. DBKL Raya 2018 – Janji Amin


6. Iklan Raya Tenaga Nasional Berhad (TNB) 2018 – Rumah Epik Fantastik

7. Iklan Raya Lazada

8. KFC – Dendam Adam

9. Iklan Raya Traveloka: Kuih Habuk Mak

10. Ramadan Terbaik Syawal – Yeo’s

11. Iklan Raya Paling Touching – Touch n Go

12. Iklan Raya ERA 2018 – Kad Raya

13. Kau Ingat Jadi Isteri Senang Ke? – Nucifera

14. Iklan Raya DAIKIN 2018

15. Habib Jewels

16. Jalan Cerita Raya 2018 – Toyota

17. S P Setia

18. Samsung – Raya Last Minit

19. Rotan Iklan Raya Bank Rakyat

20. MBSB Bank

21. Iklan Raya 2018 #Abanglongtolong | MaraInc

22. Tanam Cempedak Tumbuh Nangka – Iklan Raya CIMB

23. Iklan Raya Domino’s Pizza Malaysia 2018 | #Mak,AbangTakDapatBalikRaya

24. Sun Life Malaysia – Misi Rescue Raya 2018

25. Watsons Raya #MisiIkhlasAidilfitri

26. Bola Raya AirAsiaGo

27. Wondercheese – Bila Kau Ada 4 Bulan Untuk Hidup

28. Geng Sakat Raya – Yakult Raya 2018

29. Umobile – Raya Bestsama

30. Iklan Raya FMC – Harapan Syawal

31. Semua Tentang Syawal – Iklan Raya AKPK

32. Kembara Raya #FastAndEasy bersama Zainal Abidin dan Afdlin Shauki – Etiqa

33. Iklan Raya Hong Leong Bank 2018 ‘Abah Tak Bagi’

34. Maxis Raya 2018 – Bola Raya

35. Iklan Raya Hari-Hari 2018 – Kantoi Mencuri! – Pusat Pakaian Hari-Hari

36. RHB Raya 2018: Berkat Disulam, Bantuan Diberi

37. #TeamRayaMerah – Prudential BSN

38. Gaya Raya Paling Ori – Filem Pendek Astro Raya 2018

39. #Gamuda Land Raya Video 2018 – #Puasa Tak?

40. Iklan Raya UDA 2018 – Tanda Kasih

41. Kutu Raya – NSTP

42. Iklan Raya Air Anugerah 2018 – Geng, korang balik tak?

43. Iklan Raya 2018 – Jodoh Raya – Dunia Sukan

44. Filem pendek raya Hot FM – Mana Angah? – Hot FM

45. Jika Boleh Diputarkan Masa – Sifu FB Ads

46. Mantera Tundukkan Suami – Cantiqa

47. SAMPAI HATI KAU! – Iklan Raya 2018 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Amacam? Best tak iklan raya tahun ni? Nanti komen sikit iklan mana yang paling korang suka.

(Visited 2,021 times, 1 visits today)

The post 40+ Iklan Raya Aidilfitri 2018 Yang Wajib Anda Tengok Tahun Ini appeared first on AdlanKhalidi.

]]>
https://adlankhalidi.com/koleksi-iklan-puasa-iklan-raya-aidilfitri-2018/feed/ 0 6013
GE14 Pre-election Digital Campaign Analysis https://adlankhalidi.com/ge14-pre-election-digital-campaign-analysis/ https://adlankhalidi.com/ge14-pre-election-digital-campaign-analysis/#respond Sat, 14 Apr 2018 17:47:17 +0000 https://adlankhalidi.com/?p=5997 GE-14 is just around the corner. All political parties have already started their online campaigns especially after the announcement of the manifesto. Whether you like it or not, online media is the best way to market to your audience. Since they want to target specific geographic of audience (read: voters) they can target based on …

GE14 Pre-election Digital Campaign Analysis Read More »

(Visited 1,581 times, 1 visits today)

The post GE14 Pre-election Digital Campaign Analysis appeared first on AdlanKhalidi.

]]>
GE-14 is just around the corner. All political parties have already started their online campaigns especially after the announcement of the manifesto.

Whether you like it or not, online media is the best way to market to your audience. Since they want to target specific geographic of audience (read: voters) they can target based on the user’s location.

BN with their mammoth budget for digital campaign, have been running their ads with Google AdWords. You might notice their campaign all over the web, where they run their Google Display Network ads to promote their manifesto.

When I check the ‘why am I seeing this ads’ option, their target is simple – geographic. They simply target all users in Malaysia to see their ads.

They also have started their Youtube campaign under the channel Gelora Hauz with #namasayanajib and Fakta vs Auta video series.

I can conclude that BN is very smart and creative this time with their ads, trying their best with big budget for brand awareness. The important message to be delivered here is to make people recognize and remember ‘dacing’ when people cast their votes.

On the other side, kudos for Pakatan Harapan (PH) for the strong commitment to fight BN this time by using one name. I have believed since last year that ROS won’t simply approve PH to battle against BN.

This year the strategy is quite clever and they have decided to use one symbol which is the PKR ‘all seeing eye’ in all their campaigns.

For the past 1 week, we know PH component parties don’t have that kind of big budget for extensive digital marketing campaign. That’s not a big deal. Through social media, with the right message (image and content), the messages can go viral and touch people heart more.

PH need to master this technique. I’ve seen one post from a candidate FB page that managed to get more than 900 shares in 1 day, with a status that touches people heart. If you don’t write meaningful piece of article, it won’t get shared easily.

Less than 23 days to the election day, I can’t wait to see how PH can have uniformity and creativity in their digital campaign material.

Unlike in the business world, you can track the number of conversion. We only can know when the election result is announced.

(Visited 1,581 times, 1 visits today)

The post GE14 Pre-election Digital Campaign Analysis appeared first on AdlanKhalidi.

]]>
https://adlankhalidi.com/ge14-pre-election-digital-campaign-analysis/feed/ 0 5997
Apa Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Servis Grab & Uber di Negeri Perak https://adlankhalidi.com/apa-perlu-anda-tahu-servis-grab-uber-perak/ https://adlankhalidi.com/apa-perlu-anda-tahu-servis-grab-uber-perak/#respond Mon, 26 Mar 2018 15:13:21 +0000 https://adlankhalidi.com/?p=5981 Tak tau nak gembira ke tak dengan gabungan Grab & Uber ni. Ya, aku memang pengguna kedua-dua servis ride sharing ni. Sebelum aku cerita pasal ‘gabungan’ ni, jom kenali dulu apa itu Uber & Grab. ASAL USUL Uber ni asal dari California, US pada tahun 2009 oleh Travis Kalanick dan Garrent Gamp. Grab pula asal …

Apa Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Servis Grab & Uber di Negeri Perak Read More »

(Visited 2,056 times, 1 visits today)

The post Apa Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Servis Grab & Uber di Negeri Perak appeared first on AdlanKhalidi.

]]>
Tak tau nak gembira ke tak dengan gabungan Grab & Uber ni. Ya, aku memang pengguna kedua-dua servis ride sharing ni. Sebelum aku cerita pasal ‘gabungan’ ni, jom kenali dulu apa itu Uber & Grab.

ASAL USUL

Uber ni asal dari California, US pada tahun 2009 oleh Travis Kalanick dan Garrent Gamp. Grab pula asal dari Malaysia (dulu MyTeksi) pada tahun 2012 oleh Anthony Tan dan Tan Hooi Ling.

Dua-dua ride sharing service ni memang bersaing dari segi harga, servis, UI/UX, promosi dan pelbagai lagi.

Aku bukanlah seorang driver Grab mahupun Uber. Tapi aku ada kawan yang mencari rezeki dengan platform ni. Aku pun tahu serba sedikit apa pengalaman seorang driver, kejar insentif itu ini, sebab reject job bila passenger panggil, average income sehari dan lain-lain.

Nak diskaun RM3 guna Grab? Daftar akaun Grab dan klik di sini.

KELEBIHAN

Antara yang aku suka dengan Uber ialah driver diorang tak banyak complain. Datang pickup passenger dan hantar dengan taat. Kalau Grab lain pula. Driver boleh pilih job tu sebab dia tahu jarak, berapa RM dapat, dapat bayar cash ke credit.

PAYMENT CASH or CARD?

Aku pun berniaga. Aku tahu la kebanyakan orang prefer dapat cash. Yela. Senang la nak pakai duit pergi isi minyak, bayar makan lunch atau dinner. Aku sendiri suka guna card sebab lagi memudahkan. Kalau bayar cash nanti leceh driver nak kena bagi duit kecil lagi.

KAWASAN LIPUTAN SERVIS

Uber mula beroperasi di Ipoh hujung tahun 2016. Grab pun tak lama lepas tu. Awal tahun 2017 memang seronok sebab driver pun tak ramai dan ramai driver dapat banyak trip.

Ipoh pula bandar yang kecil. Paling jauh pun cover sampai Sungai Siput. Trip dalam bandar pun tak sampai RM10.

Sampai tahun 2018, Grab & Uber masih lagi tak beroperasi di Taiping dan Kuala Kangsar. Padahal dua bandar ni pun ramai juga penduduk dan bandar yang ada tarikan sendiri.

Cameron Highland pun antara pusat peranginan yang paling dekat dengan Ipoh. Kalau drive dari Simpang Pulai cuma 1.5 jam saja. Tapi tu lah masalahnya, Cameron Highland ni dah kira luar kawasan. Kalau driver hantar passenger ke sana boleh tapi dah sampai atas sana terpaksa la balik kereta kosong.

Driver sendiri pun dilema kalau kena hantar tempat yang bukan ‘hotspot’. Kalau kat Lembah Klang, kebanyakan tempat memang ramai passenger. Lepas hantar je, mesti bersambung2 request tu. Tak sempat nak ‘offline’ ada je job masuk.

PERIHAL DRIVER

Di Ipoh, majoriti driver ialah orang Melayu dan India dan penumpang ialah Cina. Jarang dapat driver Cina, tak seperti di Penang dan KL.

TOPIK SEMBANG DENGAN DRIVER

Selalu juga aku bersembang dengan driver. Kalau anda nak tahu apa nak sembang dengan driver, boleh guna skrip berikut:

  • Tinggal di mana?
  • Dah berapa lama jadi driver?
  • Buat full time ke part time?
  • Sebelum ni kerja apa?
  • Berapa trip dapat sehari?
  • Berapa banyak average income sehari?
  • Banyak dapat insentif?
  • Ada ke ambil job outstation?

Kenapa nak kena bersembang? Supaya driver tu tak boring. Ada driver memang rajin bersembang. Dah sampai destinasi tapi cerita pun tergantung. Tapi ada driver yang pendiam. Aku tak kisah pun.

RATING & REVIEW

Mungkin tak semua tapi pernah juga dapat driver Grab yang agresif siap minta aku bagi rating 5 bintang supaya dia dapat insentif.

Aku pun tak pasti kenapa nak kejar sangat rating tapi kalau driver bawa kereta dengan berhemah dan selamat, jaga kereta bersih dan wangi.

Cara aku bagi rating simple je. By default memang aku bagi 5 bintang. Yang selalu tak dapat 5 bintang ni, antara puncanya ialah:

  • kalau kereta dia bau tak best (macam bau rokok)
  • cara pemanduan tak selamat – contoh dia tak pakai phone holder dan tak guna handsfree untuk check Waze/Maps
  • driver yang cerita pasal dia je, tak reti ajak penumpang bersembang sekali

Aku rasa sebab tu kot aku sampai sekarang masih lagi jadi passenger 5 bintang.

BERBALOI KE JADI DRIVER?

Sebenarnya kalau nak jadi driver ni, sama macam buat bisneslah. Kena kira kos keseluruhan tahunan & bulanan termasuklah maintenance kereta, petrol, insuran, road tax dan paling penting berapa income kita sejam.

Jika anda berminat untuk mendaftar sebagai driver Grab secara online, aku OK je. Takde masalah.

Lepas aku kaji dan buat kiraan, rate sejam memang sangat menyedihkan. Tak semua driver mampu kira kos ni dengan baik.

Contoh kalau ada yang income bersih dapat RM100 sehari. Sebulan tolak cuti rehat 5 hari, maybe dalam RM2500 sebulan. Itu bersih lepas tolak komisen 20%.

RM2500 tu sebenarnya belum lagi tolak kos maintenance seperti dinyatakan.

RM2500 x 12 = RM 30,000 setahun.
Kos minyak, contohnya RM40 sehari, sebulan RM1,000, setahun RM 12,000. Belum lagi masuk kos installment kereta, servis kereta seperti tukar minyak hitam, insuran dan road tax. Info terbaru driver juga perlu buat caruman SOCSO tapi berapa % je agaknya betul2 buat caruman?

Agaknya berapa average rate per hour driver?

Sehari RM100 – RM40 (minyak) = RM 60
RM 60 / 8 jam = RM 7.50 / jam.

Agak-agak berbaloi tak? Kos-kos lain tu pandai-pandai lah korang kira. Ni mungkin fakta yang Grab & Uber takkan beritahu driver.

APA ULASAN TERHADAP ‘GABUNGAN’ GRAB & UBER?

Secara bahasa bisnesnya, Grab bukanlah bergabung dengan Uber. Grab telah mengambil alih operasi Asia Tenggara Uber & Uber akan mengundurkan diri daripada beroperasi di Asia Tenggara mulai 8 April 2018.

Sebagai balasannya, Uber mendapat 27.5% saham dalam Grab dan CEO Uber akan menjadi ahli lembaga pengarah Grab.

Faham tak apa maksudnya?

Maksudnya bila Uber ada saham dalam Grab, Uber tak perlu la susah payah nak bekerja, buat promosi itu ini, biar je Grab yang fikirkan dan jalankan aktiviti bisnes.

Cukup masa, Uber dapat la dividen dari keuntungan setiap tahun tu. Best ke best?

ADAKAH INI JADI MONOPOLI?

Aku nampak bila Grab dah tak perlu bersaing dengan gergasi macam Uber ni, Grab mestilah happy, kan?

Kalau dulu bila bersaing, harga Grab memang lagi rendah dari Uber. Even kat Ipoh sendiri sangat murah base rate dia.

Itu sebab bersaing, aku risau bila tak bersaing, mungkin rate naik. Dah takde pilihan, terpaksa la juga guna Grab je. Ipoh bukannya ada public transport yang efisien macam di KL. Kalau ambil teksi atau kereta sewa, harga memang double.

Agaknya adakah ini akan beri peluang kepada startup seperti EZcab, MULA, MyCar, Quulo untuk masuk industri ride sharing ni? Tunggu dan lihat. Bukan mudah nak bersaing dengan gergasi.

KESIMPULAN

Servis macam Grab & Uber ni memang bisnes yang takde 10 tahun dahulu. Bisnes ini bisnes yang menggugat industri (disruptive). Masa depan nanti aku nampak memang kalau boleh ada driverless car yang selamat lagi baik. Syarikat kereta sendiri pun risau kalau tak ramai orang beli kereta. Semoga driver di luar sana boleh memberikan khidmat yang terbaik kepada pelanggan anda.

Ni dulu pengalaman aku menggunakan servis Grab & Uber sepanjang 2 tahun ni. Korang suka naik Grab ke Uber? Jom kongsi pengalaman korang di bawah.

(Visited 2,056 times, 1 visits today)

The post Apa Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Servis Grab & Uber di Negeri Perak appeared first on AdlanKhalidi.

]]>
https://adlankhalidi.com/apa-perlu-anda-tahu-servis-grab-uber-perak/feed/ 0 5981
Cara Nak Masukkan Lokasi Premis Anda (Ofis, Kedai, Homestay dll) ke Google Maps & Waze https://adlankhalidi.com/cara-masukkan-lokasi-premis-anda-ofis-kedai-homestay-google-maps-waze/ https://adlankhalidi.com/cara-masukkan-lokasi-premis-anda-ofis-kedai-homestay-google-maps-waze/#respond Fri, 09 Mar 2018 07:35:58 +0000 http://adlankhalidi.com/?p=5953 Kalau anda nak pelanggan, klien atau penyewa senang cari lokasi anda, pastikan lokasi ada di Google Maps dan Waze app.

Kebanyakan customer akan cari produk atau servis yang dekat dengan lokasi mereka.

(Visited 2,302 times, 1 visits today)

The post Cara Nak Masukkan Lokasi Premis Anda (Ofis, Kedai, Homestay dll) ke Google Maps & Waze appeared first on AdlanKhalidi.

]]>
Kalau anda nak pelanggan, klien atau penyewa senang cari lokasi anda, pastikan lokasi ada di Google Maps dan Waze app.

Kebanyakan customer akan cari produk atau servis yang dekat dengan lokasi mereka.

Yang biasa orang cari macam kedai makan, kedai buku, kedai fotostat, workshop kereta, homestay dan sebagainya.

Disebabkan data lokasi dalam Google Maps dan Waze sama, saya nak tunjukkan cara nak masukkan lokasi kedai korang dalam Google Maps.

Pastikan anda dah download app Google Map dulu ya. Pilihan versi: Android & iOS.

  1. Buka apps Google Maps.
  2. Buka menu belah kiri.
  3. Pilih ‘Add a missing place’
  4. ‎Masukkan nama, lokasi dan kategori yang sesuai. Boleh juga masukkan info lain seperti no telefon, waktu operasi, website dan gambar.
  5. Tekan button Send
  6. Pilih ‘Submit Anyway’ jika memang tiada listing yang sama. Google nak elak duplicate listing.

Ni cara paling senang sebab korang boleh buat pakai phone saja.

Tapi lepas dah masuk dalam listing, pastikan korang Claim listing tu. Kalau tak selagi listing tu takde owner, ada orang boleh sailang.

Contohnya dia tukar nombor telefon, letak gambar tak sesuai, review tak best yang akan jejaskan reputasi bisnes korang.

Nanti saya tunjukkan cara nak claim listing ni.

LIKE dan SHARE kat kawan korang yang belum ada listing dlm Google Maps.

Mahu penyewa berebut-rebut menempah homestay anda?
Jutawan Homestay

(Visited 2,302 times, 1 visits today)

The post Cara Nak Masukkan Lokasi Premis Anda (Ofis, Kedai, Homestay dll) ke Google Maps & Waze appeared first on AdlanKhalidi.

]]>
https://adlankhalidi.com/cara-masukkan-lokasi-premis-anda-ofis-kedai-homestay-google-maps-waze/feed/ 0 5953
IpohPrint : Dulu kedai online, sekarang dah jadi kedai fizikal https://adlankhalidi.com/ipohprint-kedai-online-fizikal/ https://adlankhalidi.com/ipohprint-kedai-online-fizikal/#respond Sat, 15 Oct 2016 03:49:33 +0000 http://adlankhalidi.com/?p=5913 IpohPrint merupakan sebuah kedai printing online, yang menguruskan design dan tempahan kepada pelanggan. Setelah 6 bulan beroperasi secara online, kami mahu mengembangkan bisnes IpohPrint ke tahap yang seterusnya.

(Visited 190 times, 1 visits today)

The post IpohPrint : Dulu kedai online, sekarang dah jadi kedai fizikal appeared first on AdlanKhalidi.

]]>
Memulakan sesuatu bisnes bagi aku memang senang. Tetapi nak mengembangkan dan memastikan segala-galanya berjalan lancar, bukan mudah dan banyak cabarannya.

IpohPrint merupakan sebuah kedai printing online, yang menguruskan design dan tempahan kepada pelanggan. IpohPrint asalnya sebuah eksperimen untuk aku mengkaji apakah cara terbaik dalam mengendalikan sebuah bisnes B2C (business to customer). Sebelum ni, bisnes website adalah jenis B2B.

Setelah 6 bulan beroperasi secara online, kami mahu mengembangkan bisnes IpohPrint ke tahap yang seterusnya. Dari kedai online kepada kedai offline fizikal. Istilah ‘offline’ ni nampak macam tak berapa kena. Memang trend kebanyakan kedai online memang akhirnya akan buka kedai fizikal kan?

Cabaran lokasi

Maka, sejak beberapa bulan yang lepas, kami mula mengenalpasti lokasi yang lebih baik, hendaklah terletak di ground floor supaya mudah untuk para pelanggan kami datang ke kedai kami. So itulah cabaran pertama kami. Kadar sewa sebelum ni hanya beberapa ratus RM saja. Anda mesti maklum berapa kos untuk tingkat bawah sekali kan?

Cabaran seterusnya ialah untuk mengumpulkan wang supaya boleh membayar segala jenis deposit, sewa, bil utiliti dan sebagainya. Kenapa pula kena guna wang sendiri?

Cara aku menjalankan bisnes ni ialah cara lean startup. Menggunakan segala sumber yang ada, duit, modal, idea semua dari sendiri. Itu cara untuk memulakan bisnes. Tapi untuk mengembangkan, memang perlukan suntikan modal dari pihak luar.

Alhamdulillah aku dapat menjalinkan kerjasama dengan business partner yang baru. Beliau ada macam-macam jenis mesin untuk menjalankan kedai printing yang buat production sendiri.

Setelah 2-3 bulan bertungkus lumus, barulah aku boleh menarik nafas lega dengan persiapan kedai fasa 1 ni. Baru fasa 1, dah banyak juga wang yang sudah dilaburkan.

New location. New neighborhood. This is our view for the coming days.

A photo posted by Web & mobile app consultant (@myadlan) on

Lokasi terbaru kami terletak di hadapan Zawara Ipoh. Jemput datang ke kedai printing fizikal kami di 20, Jalan Greentown 3, Greentown Nova. Dekat je dengan KWSP, Ariani, KoppeMe dan Bank Rakyat.

Oh sayangnya, Zawara Ipoh baru saja ditutup minggu ni. Kalaulah tahu diorang nak tutup, baik kami tunggu dan pindah masuk ke premis tu. At least da jimat banyak duit renovation.

(Visited 190 times, 1 visits today)

The post IpohPrint : Dulu kedai online, sekarang dah jadi kedai fizikal appeared first on AdlanKhalidi.

]]>
https://adlankhalidi.com/ipohprint-kedai-online-fizikal/feed/ 0 5913