Pengalaman guest lecture di Politeknik Ungku Omar

Assalam kepada para pembaca.

Pada bulan September yang lepas, aku telah dijemput untuk memberi syarahan (lecture) mengenai tajuk E-commerce kepada para pelajar Diploma Lanjutan Keusahawanan di Jabatan Perdagangan, Politeknik Ungku Omar (PUO), Ipoh, Perak.

Ini merupakan kali pertama aku menjadi guest lecturer. Sebelum ni aku dah berpengalaman mengajar dalam kursus pendaftaran domain website / blog serta bengkel asas pembinaan website HTML.

lecture-poli-ecommerce

Program yang ditawarkan oleh PUO ini masih baru. Ketika aku memberikan syarahan, hanya ada 4 orang pelajar. Bagus juga tak ramai peserta, senang nak fokus pada setiap orang.

Aku suka buat pembentangan (presentation) dengan cara yang unik. Rasanya kalau buat guna Powerpoint tu, nampak biasa dan mungkin membosankan. Nak guna Keynote, tak ada Mac pula. Akhirnya aku pun cuba menggunakan sebuah website yang boleh menghasilkan slideshow yang berasaskan web sahaja iaitu Slides.

Berikut ialah slideshow yang telah aku hasilkan menggunakan Slides. Hakcipta terpelihara ya. Boleh gunakan sebagai inspirasi dan idea tapi dilarang meniru bulat-bulat untuk tujuan bisnes (buat duit).

Sekian saja kemaskini yang ringkas untuk kali ini. InsyaAllah aku dalam perancangan untuk mengadakan lebih banyak sesi training yang berkaitan website, rekabentuk grafik, penghasilan montaj dan juga pemasaran online mulai tahun 2015.

Jika anda berminat untuk memanggil aku untuk apa-apa sesi latihan seperti disebutkan di atas, sila hubungi menggunakan borang yang disediakan. Terima kasih.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *