Pengalaman menyertai ‘hackathon’ Malaysia Developers’ Day 2013

Salam.

Pada minggu lepas, aku berkesempatan untuk menyertai sebuah program anjuran Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia (SKMM) dan AT&T (dari Amerika Syarikat) iaitu Malaysia Developers’ Day.

Kebetulan aku ada belek akhbar The Star yang memaparkan artikel berkaitan, kalau tak mungkin aku tak berpeluang untuk sertai acara ini.

Antara objektif program ini dianjurkan adalah untuk mencungkil bakat developers di Malaysia untuk membangunkan mobile apps yang menarik dan canggih dalam masa 24 jam. Hadiah tempat pertama ialah USD10,000 diikuti tempat kedua USD3,000 dan tempat ketiga USD1,000.

Program bermula

Aku mendaftar sebagai front-end developer ditemani Ammar, sebagai back-end developer. Selepas sesi ‘Lightning Talk’ oleh En. Marcus Lara, wakil juri dari US, sesi ‘Hackathon’ bermula jam 2pm.

Bermula dari pagi, peserta dianjurkan untuk berkenalan antara satu sama lain disamping membina rangkaian. Khususnya untuk peserta yang datang dengan membawa idea, mereka perlu mencari developer yang boleh realisasikan idea mereka.

Kalau nak ikutkan semangat hackathon sejati, peserta digalakkan untuk berjaga malam dan buat coding sampai siap. Tapi mungkin tidak bagi aku. Mujur rumah dekat, jadi aku pulang ke rumah jam 1230 tengah malam setelah seharian bertungkus lumus di situ. Bagi aku lebih baik dapat rehat yang cukup dan sambung bekerja di awal pagi dalam keadaan yang segar.

hackathon-malaysia-2013Gambar kredit SKMM.

Pemenang

Sekalung tahniah diucapkan kepada para pemenang. Tempat pertama dimenangi oleh pembangun app Perks, yang menggunakan API foursquare untuk mendapatkan tawaran berhampiran.

Tempat kedua, app Speed Pronto yang membolehkan pengguna mengesan kelajuan bas yang dinaiki dan menghantar laporan kepada pihak berwajib. Manakala tempat ketiga, app Shoutout dibangunkan sebagai sebuah platform promosi kedai kepada para pengguna berhampiran.

Pengajaran

Walaupun tak menang, banyak yang telah kami perolehi sepanjang mengikuti program ini. Antaranya ialah :

  • Peluang untuk membina networking dengan individu dalam industri mobile apps
  • Belajar sesuatu yang baru, seperti platform dan teknologi yang boleh digunakan untuk buat app
  • Mengetahui idea app yang kreatif dan berpotensi untuk pergi jauh
  • Kita kena berlapang dada dan menerima pendapat orang lain, jika idea tidak diterima
  • Menikmati makanan hotel yang sedap serta menggunakan internet yang pantas (purata 13Mbps)

Rasanya setakat itu dahulu, nantikan entri berikutnya berkaitan tips dan panduan jika anda ingin menyertai hackathon

2 thoughts on “Pengalaman menyertai ‘hackathon’ Malaysia Developers’ Day 2013”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *