tempah bas

5 Langkah Tempah Tiket Bas Di Hujung Jari

Bas merupakan medium pengangkutan yang menjadi pilihan rakyat Malaysia baik pelajar mahupun mereka yang sudah berkeluarga. Selain selesa dan harga tiket bas yang mesra budget, menaiki bas memberi fleksibiliti kepada penumpang kerana terdapat banyak pilihan masa yang tersedia.

Selain itu,terdapat banyak bas daripada pelbagai jenis syarikat. Mereka menyediakan perkhidmatan yang bukan calang-calang hebatnya. Seperti bas Billion Star, penumpang dapat menikmati kerusi kulit empuk, disertai kaca televisyen mini di setiap kerusi. Yang membuatkan ianya lagi menarik, terdapat butang yang boleh mengaktifkan getaran di kerusi seolah-olah ianya mesin urut.

Terdapat banyak lagi bas yang lain yang tidak kurang hebatnya. Ianya semua terpulang kepada anda untuk memilih bas yang menepati citarasa anda. Selepas tahu serba sedikit tentang syarikat bas dan bas yang tersedia, mari saya ajarkan cara untuk tempah tiket bas hanya di hujung jari.

Satu:Layari platform tempah tiket bas atas talian

Gamba kredit: Semakanmy.com

Ya, sekarang anda tidak lagi perlu ke terminal bas sehari atau dua mahupun 3 jam awal untuk membeli tiket bas. Tidak perlu beratur panjang untuk membeli di kaunter sebaliknya hanya layari sesawang yang tersedia.

Pertama sekali pergi ke online platform untuk menempah bas. Antara platform atas talian yang disediakan untuk menempah tiket bas ialah Easybook, Redbus, CatchThatBus, Delima(untuk bas delima sahaja) malah aplikasi TBS juga turut tersedia secara atas talian.

BACA ARTIKEL:   6 Cara Bina Personal Branding di Twitter dengan Hypefury (2023)

Dua:Pilih tiket bas yang bersesuaian

tiket bas
Isi maklumat dengan betul sebelum anda teruskan carian (Sumber: Easybook.com)

Seterusnya, masukkan destinasi dan tarikh yang tepat. Jika anda membeli tiket sehala, ianya lebih mudah kerana anda hanya memilih satu bas untuk satu masa. Tetapi jika membeli tiket dua-hala pastikan bas yang anda telah pilih mengikut tarikh masing-masing.

Jadi bila anda teruskan, laman sesawang akan menunjukkan bas yang terdapat pada tarikh tersebut. Anda boleh pilih waktu bertolak yang bersesuaian. Jangan lupa pula untuk tengok AM dan PM bagi mengelakkan kekeliruan. Check semula maklumat-maklumat yang dimasukkan sebelum anda memilih tempat duduk dan sebagainya.

Paparan akan menunjukkan waktu tersedia yang boleh anda pilih.(Sumber: Easybook.com)

Tiga: Bayar tiket bas anda dengan transaksi online atau e-wallet.

Setelah berpuas hati dengan pilihan bas dan tempat duduk anda, teruskan dengan pembayaran. Anda akan diminta untuk mengisi nama penuh dan nombor kad pengenalan yang tepat. Waktu ini juga, insurans (tidak lebih dari RM 5) akan ditawarkan jadi anda boleh membuat pilihan untuk membeli insurans bersama tiket bas atau tidak.

Masukkan maklumat anda atau jika membeli untuk orang lain masukkan maklumat orang yang akan menaiki bas.(Sumber: Easybook.com)

Terdapat banyak mod pembayaran yang ditawarkan. Ada credit atau debit card, e-wallet dan juga iPay88. Saya kebiasaannya memilih ipay88 untuk membayar secara online banking.

Antara mod bayaran yang terdapat di Easybook. (Sumber: Easybook.com)

Empat: Tukar tiket bas di kaunter

Setelah selesai bayaran, anda akan menerima emel bukti tempahan. Screenshot atau save emel tersebut kerana anda perlu membawa bukti tempahan tersebut ke kaunter untuk di tukar ke tiket kertas yang mengandungi barcode.

Eh, tadi kata tak perlu ke kaunter? Iya, memang betul. Tetapi kaunter penukaran ialah kaunter khas yang kebiasaannya tidak perlu bersesak untuk beratur. Prosesnya juga lebih mudah dan pantas. Anda boleh menukar tiket ini selewat-lewatnya 10 minit sebelum bas bertolak.

Lima: Cara dapatkan tiket bas dengan harga lebih murah

Siapa sahaja tidak suka diskaun dan barang murah bukan? Jadi untuk mendapatkan diskaun ini, terdapat banyak cara yang boleh anda lakukan. Mari kita lihat pilihan yang ada.

BACA ARTIKEL:   10 Lagu Nasyid Tokoh dalam Sejarah Islam

Diskaun pembelian pertama

Kebanyakan aplikasi memberi sebanyak 50% diskaun untuk pembelian pertama seperti Redbus dan Easyboook Bayangkan tiket bas dari Kuala Lumpur ke Melaka yang kebiasaanya berjuumlah RM 12 akan menjadi RM 6! Sangat murah untuk 2 jam perjalanan.

Jadi pastikan anda menggunakan kelebihan ini jika ianya merupakan kali pertama anda membeli tiket bas secara atas talian.

Tebus mata ganjaran

Dengan setiap kali pembelian tiket bas, anda akan diberi ganjaran mata terkumpul. Mereka yang belajar atau bekerja jauh dari kampung halaman patut menyambar peluang ini kerana dalam tempoh setahun sudah tentu banyak tiket bas yang dibeli dan banyak ganjaran yang boleh dikumpul.

Jangan tidak percaya bahawa dengan hanya jumlah mata ganjaran yang terkumpul mampu untuk menebus satu tiket bas percuma! Beruntung bukan?

Ini adalah dengan syarat anda telah mendaftar di laman sesawang tersebut .Jika anda tidak mendaftar dan hanya membeli sebagai anonymous, maka gajaran tidak diberikan kepada anda.

Gunakan kupon dan kod promo

Kupon dan kod promo banyak diberikan pada musim perayaan dan sebagainya. Namun kebiasaannya, kupon hanyalah terhad untuk 50 atau 1000 orang terawal. Jadi, untuk memastikan anda tidak terlepas, anda boleh menetapkan notifikisai aplikasi tersebut di telefon pintar anda.

Pastikan anda membaca syarat-syarat yang diberikan dengan betul supaya anda dapat menebus kupon dan promo tersebut.

Saya ada berita baik untuk anda! Untuk pengguna Redbus, gunakan kod di bawah untuk menikmati sehingga 10% cashback. Khas untuk pengguna baru.

MYBUS10
TRAVELNOW
CHUPLRT

Anda juga boleh gunakan referral link di bawah. Selepas anda download mobile app Redbus dan berdaftar, anda akan menerima RM20 dalam bentuk kredit Redbus wallet yang boleh digunakan untuk membeli tiket bas.

BACA ARTIKEL:   10 Lagu Nasyid Tokoh dalam Sejarah Islam

www.redbus.com/referral/red0x132344

Kesimpulannya

Tempah tiket bas tidak sepatutnya menjadii sesuatu yang leceh dan rumit. Jadi diharap tutorial ringkas ini akan memudahkan urusan perjalanan anda pada masa hadapan. Jadilah pengguna yang bijak dengan membuat pilihan yang tepat.

Salam maju jaya!

Jika anda berminat untuk mengetahui cara untuk menaiki ETS, sila klik di sini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *