mangsa fesyen

Mangsa Fesyen: Elak Lakukan 5 Perkara Ini dalam Bergaya

Mangsa fesyen merupakan orang yang tidak dapat mengenal batasan dalam berfesyen. Sebagai manusia kita tidak lepas dari melakukan kesilapan. Walaupun berfesyen merupakan sesuatu yang menyeronokkan tetapi terdapat beberapa perkara yang boleh kita elakkan untuk tidak menjadi mangsa fesyen.

Baca lebih lanjut perkara yang anda harus tinggalkan dalam berfesyen supaya penampilan anda tampak lagi menarik.

Jangan pakai lebih dari 3 warna

Warna mampu memberi persepsi yang besar terhadap penampilan seseorang. Namun peraturan utama dalam bergaya adalah tidak memakai lebih dari tiga warna. Terdapat beberapa teknik warna yang boleh anda lakukan dalam bergaya contohnya seperti kombinasi warna analogous.

Warna analogous merupakan warna yang terletak bersebelahan dalam bulatan warna. Contohnya jika memakai baju bewarna maroon, anda boleh menggayakan dengan tudung merah jambu. Jika baju berwarna biru pastel, gayakan dengan tudung biru gelap. Warna seperti ini akan nampak sangat ayu jika digayakan.

Teknik ‘colour block’ juga boleh digayakan untuk mereka yang ingin nampak lebih berani dan versetail. Warna yang dipadankan ialah warna komplimentari yang warnanya terletak bertentangan dalam bulatan warna. Contohnya ungu dipadankan dengan kuning dan dan hijau dipadankan dengan oren.

mangsa fesyen
Selena Gomez memakai pakaian color block. Sumber: CRFashionBook

Hati-hati kerana jika terlebih warna yang dipadankan, boleh ternampak macam badut!

Untuk lebih selamat, boleh mencuba fesyen berwarna gelap. Campuran monochrome akan membuatkan anda kelihatan anggun. Warna ini juga sesuai dipakai untik majlis formal.

Pilihan pattern yang tidak sesuai dengan tubuh badan

Dengan kemajuan fesyen hari ini, terdapat banyak corak dan design yang dikeluarkan brand-brand di luar sana. Antara corak yang sering menjadi pilihan ialah corak bunga dan jalur. Namun corak ini perlu mengikut bentuk tubuh badan.

BACA ARTIKEL:   10 Lagu Nasyid Tokoh dalam Sejarah Islam

Untuk orang bertubuh langsing pilih jalur mendatar agar anda tidak kelihatan terlalu kurus. Manakala untuk corak bunga, pilih baju berbunga besar. Sebaliknya, jika anda sedikit berisi, jalur menegak akan menampakkan anda lebih langsing. Begitu juga dengan baju yang bercorak bunga kecil.

Saiz terlebih besar atau kecil

Jangan terlalu ikutkan perasaan dengan membeli baju yang cantik tetapi tidak sesuai saiznya dengan tubuh badan anda. Bergaya perlu mengikut personaliti diri. Jangan menjadi mangsa fesyen dengan mengikut trend terkini yang tidak bersesuaian dengan diri anda.

Pilih saiz yang anda benar-benar selesa. Seeloknya pilih baju yang terletak di tubuh kita atau lebih baik lagi longgar sedikit untuk keselesaan. Ingat, dalam bergaya keyakinan dan keselesaan juga merupakan komponen yang penting.

Memakai aksesori berlebihan

Sumber: Unsplash

Aksesori merupakan pelengkap fesyen anda. Jam tangan, rantai, cincin dan anting-anting boleh dikenakan agar nampak lagi anggun. Tetapi pemakaian akesori haruslah sesuai dengan keadaan. Jika aksesori anda mempunyai banyak benang dan manik, kenakan dengan pakaian yang bertona neutral.

Sedikit tips, lebih baik untuk tidak mengenakan lebih dari 3 aksesori bersaiz besar. Anda boleh menyuaipadankan saiz aksesori yang kecil dan besar agar tidak nampak keterlaluan. Jika anda tidak berapa menggemari aksesori, pemakaian jam sudah memadai untuk menyerlahkan gaya anda.

Ingat, untuk tidak menjadi mangsa fesyen, cubalah berpegang kepada prinsip ‘less is more’.

Suai padan yang janggal

Suai padan yang betul dapat menjadikan anda kelihatan sangat menawan. Namun terdapat garisan halus yang boleh menjadikan suai padan tersebut kelihatan janggal dan tidak sesuai.

Contohnya crop top sesuai dipadankan dengan palazzo dan high waist jeans. Memandangkan palazzo memberi ilusi kaki yang panjang, baju yang labuh tidak sesuai dipadankan dengan palazzo. Jika memakai baju labuh, masukkan baju anda ke dalam palazzo dan gayakan dengan kasut tinggi untuk nampak lebih cheeky.

BACA ARTIKEL:   6 Cara Bina Personal Branding di Twitter dengan Hypefury (2023)

Contoh lain, jika memilih skirt pleated atau kembang yang bercorak bunga, gayakan dengan blaus rekaan ringkas agar nampak lebih trendy. Senang kata, suai padan pakaian ini perlukan pemerhatian yang tinggi dan keberanian untuk bereksperimen. Silap langkah boleh dicop sebagai mangsa fesyen!

Namun,

Jika anda ingin mudah, beli sahaja pakaian yang telah disuai padankan. Contohnya di Poplook. Poplook menyediakan pelbagai stail dan pilihan pakaian cantik dan trendy tanpa perlu anda pening kepala untuk menyuaipadan. Poplook sering mengetengahkan gaya yang menawan disamping mementingkan keselesaan. Boleh tengok di sini pilihan baju yang boleh didapati di Poplook.

Poplook mempunyai beberapa cawangan di sekitar Malaysia dan juga butik atas talian. Klik gambar untuk terus ke laman web Poplook.
Sumber: Poplook

Kesimpulannya, bergayalah dengan bijak. Pilih pakaian yang bersesuaian dengan diri anda. Yang selesa dan paling penting menyerlahkan keyakinan anda. Elakkan menjadi mangsa fesyen dengan terlalu mengejar trend terkini.

Baca lebih lanjut tentang fesyen bundle di sini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *