Pembaca RSS pilihan selepas Google Reader

happy-retirement-grSalam.

Google Reader akhirnya telah ditamatkan perkhidmatannya pada 1 Julai 2013. Aku ingatkan 1 Julai dah tak boleh akses, rupanya masih boleh. Masuk 2 Julai 2013 PST (waktu Pasifik USA), baru tak boleh akses.

Aku ialah seorang pengguna tegar Google Reader. Melalui Google Reader, aku boleh membaca blog-blog dari seluruh internet dengan mudah dan pantas. Bila Google mengumumkan untuk ‘bunuh’ Reader, maka aku pun mula mencari alternatif.

Aku lebih sukai versi web berbanding klien desktop. Aku pun mula mencuba pelbagai klon Reader. Antaranya Inoreader, Commafeed, Digg Reader dan Feedly. Penat juga nak import data dari Reader. Tapi sebelum Reader dimatikan, aku mula mengemas langganan dan menapis blog yang masih relevan dan dikemaskini.

Perbandingan antara beberapa pembaca RSS

Berikut adalah perbandingan ringkas. Aku cuma uji apps ni secara permukaan saja, tak menyentuh secara keseluruhan.

Inoreader UI seperti Google Reader. Cuma tiada sokongan dengan apps lain.
CommaFeed sebuah projek sumber terbuka (open source) yang belum matang dan tiada sokongan apps lain
Digg Reader UI sedikit lain dan agak kurang features seperti Reader. Belum matang.
Feedly banyak features, ada app iOS dan Android dan ada sokongan dengan apps lain.
Flipboard tak boleh belek satu persatu artikel. Tiada versi web.
Kouio Rasa tak berbaloi untuk membayar $5 sebulan. Tiada versi app

Reader pilihanku : Feedly

Satu lagi yang menarik ialah Feedly telah membina sistem cloud mereka. Dulu Feedly hanya bergantung dan synchronise dengan Reader tapi kini mereka sudah boleh berdikari.

Tapi antara yang penting ialah turut mendapat sokongan apps lain seperti gReader dan pelbagai lagi.

feedly-cloud-apps

Apakah pembaca RSS pilihan anda?

Kredit gambar: Feedly Blog

3 thoughts on “Pembaca RSS pilihan selepas Google Reader”

    1. Terima kasih atas info. Dalam entri ni saya cuma berkongsi jenis web app untuk kegunaan desktop. Tapi memang menarik juga jika ada feature offline reading bila travel dengan tablet.

  1. Pingback: altera - Akmal Sehat - Akmal Sehat

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *