Kepentingan Penjagaan Kesihatan Di kalangan Lelaki di Malaysia

Baru-baru ini negara kita digemparkan dengan isu wabak Covid-19. Bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia.

Pelbagai langkah telah diambil oleh pihak kerajaan, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuklah para barisan hadapan (frontliners) yang bertugas untuk memastikan wabak ini dapat dibendung dengan baik.

Dari sini juga lah kesedaran mengenai penjagaan kesihatan mula dititikberatkan dalam amalan seharian kita.

Yang paling asas dalam isu ini ialah mengenai kebersihan. Apabila virus ini mudah disebar melalui sentuhan, maka kita hendaklah sentiasa berusaha untuk memastikan tangan dicuci dengan bersih dengan sabun ataupun hand sanitizer. 

Pemakaian pelitup muka dan topeng muka juga dapat membantu untuk mengurangkan risiko penyebaran wabak kali ini.

Sejak 18 Mac 2020 juga, Perintah Kawalan Pergerakan telah dikuat kuasakan di Malaysia. Hampir semua rakyat Malaysia terjejas dengan wabak ini secara langsung dan tidak langsung.

Walaubagaimanapun, sepanjang tempoh PKP ini tidak menghalang bagi pasangan yang sudah merancang untuk mendirikan rumahtangga secara nikah online.

Dalam Islam juga, kita diseru untuk menjaga kesihatan tubuh badan kita.

Kesihatan merupakan satu anugerah dan rezeki yang diberi tuhan. Setiap orang perlu menjaga kesihatan sebagai salah satu konsep bersyukur dalam Islam.

Nikmat kesihatan ini bukan semua orang dapat. Khususnya apabila sudah makin meningkat usia. 

Kalau nak banding usia remaja yang lebih banyak tenaga dan stamina berbanding dengan orang yang sudah berumur 30-an, apatah lagi bila dah masuk 50-an.

Badan ini anugerah dari tuhan. Kalau nak sihat sampai usia tua, kita hendaklah mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Entri kali ini saya nak kongsi pasal kesihatan lelaki. Khususnya golongan suami yang sudah berumah tangga dan juga ketua keluarga.

Kepentingan Penjagaan Kesihatan Suami Menurut Islam

Terdapat beberapa faktor yang perlu difahami kenapa isu kesihatan suami perlu dikekalkan pada tahap yang baik sepanjang masa. Sebab dengan tubuh yang sihat, dapat menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. 

BACA ARTIKEL:   10 Lagu Nasyid Tokoh dalam Sejarah Islam

1. Mencari rezeki untuk keluarga

Zaman sekarang yang mencabar, kedua-dua suami & isteri perlu bekerja untuk mencari rezeki. Komitmen semakin hari semakin meningkat apabila perlukan wang untuk membayar hutang, rumah, kereta, takaful dan sebagainya. 

2. Tanggungjawab sebagai suami

Kaum lelaki juga perlu menjalankan tanggungjawab sebagai suami untuk meringankan bebanan isteri di rumah. Jangan duduk menonton TV atau membelek telefon sahaja. Selain dari nafkah zahir seperti poin sebelum ini, suami yang baik perlu juga memberi nafkah batin kepada isteri. 

3. Tanggungjawab sebagai ayah kepada anak-anak

Setelah dikurniakan dengan zuriat, seorang lelaki perlu memainkan peranan sebagai seorang ayah. Ilmu keibubapaan perlu dipelajari. Nak menguruskan anak ini juga memerlukan tenaga fizikal dan tahap kesihatan mental yang baik. 

4. Berbakti kepada masyarakat

Seterusnya, dengan tubuh yang sihat, tanggungjawab sesama masyarakat di sekeliling kita juga perlu dilaksanakan. Bermula dengan kejiranan, qariah masjid dan juga melalui platform NGO. Pelbagai projek dan aktiviti dapat dibuat untuk menyantuni masyarakat dan membantu mereka yang memerlukan.

Tuntutan Pemberian Nafkah Sebagai Suami

Secara umumnya, nafkah terbahagi kepada dua iaitu nafkah zahir dan nafkah batin. Nafkah zahir terdiri daripada keperluan asasi manusia seperti makan, minum, pakaian dan tempat tinggal. Nafkah ini wajib dipenuhi oleh pihak suami mengikut kadar kemampuan suami tersebut berpandukan kepada syariat yang telah ditetapkan. Ini adalah berdasarkan dari  dalil dari al-Quran dalam surah al-Talak ayat 7:

لِيُنفِقْ ذُو سَعَةٍ مِّن سَعَتِهِ

 Maksudnya : Hendaklah orang Yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya

(Surah al-Talak ayat 7)

Seterusnya berdasarkan kepada hadis Abdullah Ibn Amru nabi SAW telah bersabda:

إن لربك عليك حقا، وإن لبدنك عليك حقا، وإن لأهلك عليك حقا، وإن لزورك عليك حقا، فأعط كل ذي حق حق

Maksudnya : “Sesungguhnya untuk Tuhan kamu terdapatnya hak, dan untuk badan kamu terdapatnya hak, dan untuk keluarga kamu terdapatnya hak, dan untuk isteri kamu terdapatnya hak dan berikanlah setiap yang hak itu haknya.

BACA ARTIKEL:   6 Cara Bina Personal Branding di Twitter dengan Hypefury (2023)

( Riwayat al-Bukhari no 6139 )

Sumber- Website Mufti Wilayah Persekutuan

Kesihatan Seksual

Daripada hubungan suami isteri yang sihat dan kerap, akan membantu untuk melahirkan zuriat dan keluarga yang bahagia. Tahap kesihatan seksual lelaki berkait rapat dengan bagaimana seseorang itu menjaga kesihatan fizikal dan mental.

Kesihatan seksual dan produktif ini bukanlah sekadar menikmati hubungan suami isteri. Janganlah jadikan ia perkara ‘taboo’ dalam masyarakat. Mungkin adat budaya nusantara yang terkenal dengan sifat pemalu. Tak semua orang mempunyai kenalan yang berfikiran terbuka dan boleh bincang hal sebegini.

Mungkin ada yang tak selesa bila bercakap pasal ubat kuat, tahan lama, zakar yang besar dan panjang, ataupun prestasi di kamar. Tetapi itu bukan fokus utama topik ini.

Melalui kesihatan seksual yang baik, suami dapat melaksanakan tanggungjawab memberi nafkah batin. Seterusnya menjalin hubungan yang harmoni dengan isteri. Ia juga merupakan suatu proses bersyukur dengan nikmat rumahtangga yang telah dikurniakan.

Hasil dari perhubungan yang baik, maka lahirlah zuriat yang soleh dan solehah, InsyaAllah dengan syarat ia dibentuk dan dididik oleh ibubapa yang soleh dan solehah.

Tahap Kesuburan Lelaki

Laporan daripada LPPKN menunjukkan tahap kesuburan lelaki dan wanita semakin merosot sejak kebelakangan ini.

Sumber: Berita Harian

Antara faktornya ialah gaya hidup. Dari segi diet pemakanan, stress kerja dan kurang bersenam. Ia juga ditambah dengan faktor kos perkahwinan dan kestabilan kerjaya yang lebih diberi keutamaan.

Kita tak mahu apabila masuk umur 40-an, bermacam penyakit yang timbul dan akan membuatkan kita bergantung kepada ubat-ubatan sahaja. Di Malaysia memang terkenal dengan penyakit 3 serangkai tu, penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan diabetes.

Sehubungan dengan itu ini, saya nak kongsikan mengenai satu portal yang dikenali sebagai SuamiSihat.com.my yang konsisten untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada suami/bakal suami yang prihatin mengenai kesihatan seksual mereka.

BACA ARTIKEL:   10 Lagu Nasyid Tokoh dalam Sejarah Islam

Anda juga boleh follow akaun media sosial mereka di Facebook, Instagram, Youtube, Twitter dan Google Map.

Semoga pembaca semua mendapat manfaat daripada perkongsian kali ini. 

Gambar kredit – RuangMuslimah dan FreeMalaysiaToday

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *