shopee

4 Permainan Shopee Yang Seller Perlu Tahu Sebelum Menjual

Ramai yang mengambil langkah untuk berniaga online untuk menjana pendapatan sampingan. Lagi-lagi dengan merebaknya wabak Covid-19, bisnes secara online semakin menjadi trend.

Antara platform popular yang peniaga gunakan adalah Shopee.

Selain cara daftar dan berniaga yang tidak serumit seperti membuka kedai fizikal, Shopee dikatakan sebagai tapak panas untuk jana pendapatan. Mana tidaknya, bilangan pelawat dianggarkan lebih 650,00 orang sehari!

Walaupun seramai itu setiap hari, ia tetap bergantung kepada beberapa perkara seperti faktor kedudukan produk anda hasil carian pelanggan di Shopee dan juga psikologi mereka ketika membeli di Shopee.

Inilah permainan yang dimaksudkan. Artikel ini lebih tertumpu kepada psikologi dan behavior pembeli Shopee.

Psikologi Buyer Shopee

Semasa seorang pelanggan Shopee mencari produk, psikologi mereka tertumpu pada 4 point dibawah :

– Harga
– Rating dan Review
– Jumlah Jualan
– Offer-offer tambahan

Harga

Sumber: Unsplash

Yang paling murah, itulah mentaliti masyarakat apabila membeli di Shopee.

Sebaik sahaja keluar hasil carian, mata akan scan harga mana yang berada lebih murah, atau sekurang-kurangnya berada di dalam bajet pembelian mereka.

Jika kita menjual produk yang mempunyai persaingan tinggi, perang harga akan berlaku. Dan ini akan kelihatan pada 2 page pertama sahaja.

Boleh jadi, anda set harga item below market price tapi masih kurang pembeli. Ini kerana produk anda jauh di page belakang. 

Apabila pelanggan susun carian mengikut harga, ada peluang untuk item anda muncul. Tapi masih tertakluk kepada point kedua.

Rating dan comment

Ini yang membezakan anda dengan scammer di dalam Shopee.

Pelanggan sudah semestinya tidak mahu kena tipu. Dan rating adalah garis pemisah antara anda dan juga scammer di Shopee.

Pelanggan yang berhati-hati biasanya akan menghubungi seller menerusi ruang chat dan mula bertanya soalan berkenaan item yang anda jual.

Mungkin apa yang mereka tanya sudah pun terjawab di dalam produk description. Usah mengeluh. Ini adalah langkah buyer untuk memastikan anda bukan scammer.

Maka jawablah chat dengan baik dan pantas untuk close sale.

Jika anda sudah menawarkan harga kompetitif, ia hanya memerlukan satu 5-Star rating dan 1 comment terbaik dari pelanggan sahaja. InsyaAllah, selepas itu roda rezeki akan mula berputar laju.

Namun di Shopee, rating biasanya akan diberikan pelanggan berdasarkan kepantasan process delivery. Kemudian barulah kondisi item yang dijual.

Ini kelihatan kurang adil apabila barang anda mendapat rating kurang memuaskan dek penghantaran yang lambat.

Tapi ingat, antara psikologi umum pembeli di Shopee.

Maka pilihlah syarikat yang terbaik untuk penghantaran.

Jumlah Jualan.

Semakin banyak item anda yang berjaya dijual, semakin anda dipercayai pelanggan. Jumlah item terjual memberi indikasi halus kepada pelanggan yang anda peniaga yang telah matang dan berpengalaman dalam menjual item yang mereka cari

Selain itu, ini juga akan menambah point relevancy pada search engine Shopee. Maka item akan lama-kelamaan muncul lebih awal dalam page carian.

Boleh jadi muncul di page pertama. Tak perlu pakai Shopee ads pun!

Jumlah jualan dan rating saling berkait rapat. Jika kedua-dua poin ini sangat kuat, adakalanya pembeli sanggup membeli dengan anda walaupun ada penjual lain yang menawarkan harga yang lebih murah.

Side offer yang lain.

Jika item anda bersaing rapat dengan item seller yang lain, point ke-4 adalah penentu pilihan pelanggan.

Ada potongan lagi tak?
Ada free shipping ke tak?

Semestinya dengan side offer ini lebih menguntungkan atau menjimatkan duit mereka.
Dengan keempat-empat poin ini dipenuhi, 99% pelanggan akan membeli dengan anda. 

Kesimpulannya

Walaupun Shopee adalah sebuah marketplace yang besar, tapi ia tetap tidak lari dari terikat dengan psikologi pembeli.

Sebagai seller, anda perlu tahu beberapa tips dan teknik sebelum mula menjual di sana.

Perlu diingatkan juga yang Shopee akan mengambil 2% daripada harga porduk anda sebaik sahaja ianya terjual. Jadi letakkan harga yang bersesuaian dengan barang atau item anda.

Sekiranya berminat untuk info lanjut berkaitan perniagaan di Shopee, boleh dapatkan ebook 16 Sebab Anda Perlu Berniaga Di Shopee di sini.

Panduan Berniaga Di Shopee
Klik gambar untuk dapatkan e-book.

Baca lebih lanjut tentang taktitk pemasaran instagram di sini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *