Proton Exora Styling Design

proton_exora1-medium.jpg
Salam. I have always wanted to write about the Proton latest MPV, Exora. It was launched during my final project submission. Since there are too many things to blog about, I almost forget to write about it. Before its too late, I would like to congratulate to all Proton designers for the new Exora. I love everything about it, the concept, exterior and interior design. I’ve write about Exora spyshot in MRR2 few months ago, and now let’s understand more about Exora design and the designer.

Proton Exora Styling Design

A week after the launching of Exora in May 2009, I’ve visited Proton Showroom in Setiawangsa Business Centre to get up close and personal with Exora. I haven’t test drive it but I really like the spaciousness of the interior. It also has lots of compartments where users can put lots of stuff in any part of the car.
dsc00394-exora-se-prime-prestige.jpg
There’s a slight different of exterior design for high line and medium line. There are also concept Exora, named Prime and Prestige with special bodykit and interior fittings. After two months of the launch, the manual version of Exora also has been launch with price from RM64,548 (solid) to RM64,998 (metallic). It is truly a competitive price since Proton is competing its price with Perodua MPV D46T.

Click here to view the full features about Exora.

Azlan Othman – Proton Styling Designer

I have been reading Azlan Othman blog for awhile. He’s a manager in the Proton R&D for the styling department. From time to time, he also shares interesting information about Proton activities such as Proton Technology Week and development of Exora.

Mr. Exora interview in Berita Harian, XY pullout 20th June 2009

Here’s is the interview taken from Berita Harian website. Mr. Exora which is referring to Azlan Othman, shares about his career and the development of Exora.
mainpix1-mr-exora.jpg
Ketua Jurutera, Azlan Othman kongsi misi pengeluar MPV nasional

JENAMA Saga, Iswara, Wira hinggalah model terbaru kenderaan pelbagai guna (MPV), Exora – Proton terus memikat dan mencuri perhatian sektor permotoran dengan prestasi hebat model keluarannya dan harga kompetitif.

Faktor rekaan mesra pengguna dan harga mampu milik menjadikan jenama kereta nasional, Proton terus berdaya saing serta relevan di pasaran automotif. Selepas 25 tahun entiti ini dilahirkan, Proton terus matang dan berevolusi.

Apakah resipi kejayaan Proton hinggakan jenama ini mampu bertahan dalam pasaran kenderaan yang cukup berdaya saing?

“Faktor harga serta rekaan yang dekat di hati pengguna adalah antara resipi menjadikan Proton terus relevan serta mendapat sambutan pengguna.

“Jika dilihat pada harga, Proton cukup berdaya saing. Kita bertuah kerana hampir keseluruhan bahan mentah yang digunakan dalam proses pembuatan kereta Proton diperoleh di bumi sendiri.

fsf
REKAAN prototaip MPV Proton sebelum direalisasikan menjadi Proton Exora kebanggaan rakyat Malaysia.

“Selain itu, faktor kos tenaga buruh murah membolehkan kita mengeluarkan kereta pada harga berpatutan,” kata Pengurus Rekaan Jurutera Kenderaan, Bahagian Jurutera Proton, Azlan Othman.

Azlan yang juga memikul tanggungjawab sebagai Ketua Jurutera dan Pereka MPV Proton Exora, berkata persekitaran mencabar pasaran kenderaan mendorong Proton membangunkan kenderaan MPV sesuai dengan permintaan pengguna.

Beliau berkata, pelancaran model Proton Exora memenuhi impian keluarga besar berpendapatan sederhana untuk merasai keselesaan serta kualiti pemanduan kelas terbaik pada harga berpatutan.

“MPV Proton Exora lahir selepas tempoh penyelidikan 18 bulan termasuk melalui fasa kajian dan pembangunan (R&D). Kita juga mengumpul pendapat umum mengenai kenderaan yang memenuhi cita rasa pengguna.
mainpix3-mr-exora-proton-design-sketch-studio.jpg
“Sepanjang tempoh itu, banyak model, rekaan serta ujian dikendalikan tenaga kerja Proton sebelum munculnya rekaan MPV Exora seperti yang dilihat sekarang,” kata Azlan.

Pada harga serendah RM69,998 bagi kategori M-Line serta RM 75,998 untuk kategori H-Line, tiada apa yang lebih membanggakan selain peluang memandu MPV yang menjadi keluarga baru Proton ini.

Bersama XY – Tanya Pakar minggu ini, Azlan berkongsi misi dan visi Proton untuk terus mengorak langkah menjadi pengeluar kenderaan terkemuka dalam persekitaran pasaran automotif mencabar…

Boleh ceritakan serba sedikit perjalanan karier anda bersama Proton?

Saya mula menyertai Proton sebaik saja menamatkan pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 1995 dalam bidang pengkhususan automotif rekaan industri.

Pengalaman lebih 13 tahun bersama Proton nyata memberi makna besar dalam karier saya. Ini kerana saya berpeluang mempelajari teknologi kejuruteraan Lotus selain bertanggungjawab mereka komponen Proton Waja.

Saya juga terbabit dalam proses pembangunan model Neo, Persona, Savvy dan terbaru Proton Exora.

Sebagai ketua jurutera di Proton, apakah agaknya cabaran menghasilkan rekaan yang dapat memenuhi kehendak pasaran?

Tidak dinafikan pasaran kenderaan makin mencabar. Namun, Proton kian matang dan kami melakukan banyak proses kajian dan tinjauan di kalangan pelbagai lapisan masyarakat.

Ini dilakukan bagi memastikan setiap model yang dipasarkan memenuhi cita rasa dan aspirasi semua pihak.

Bermula dengan Proton Saga pada 1985 hinggalah model MPV terbaru, Proton Exora. Apa komen anda mengenai perjalanan 25 tahun Proton dalam segmen pengeluar kenderaan terkemuka hari ini?

Perjalanan panjang Proton cukup membanggakan kerana bermula daripada sebuah syarikat kecil, Proton kini menjadi pengeluar kenderaan yang jenamanya mula diperkatakan di seluruh dunia.

Tidak mahu sekadar menjadi juara di tempat sendiri, Proton mengorak langkah memasarkan model keluarannya ke luar negara. Bagi memastikan jenama 25 tahun ini berdaya saing, setiap model baru perlu mengambil kira cita rasa global. Ini bagi menimbulkan tarikan dan pesona kepada pengguna antarabangsa.

Boleh anda ceritakan sedikit proses pembangunan model MPV terbaru, Proton Exora?

Proton Exora sepatutnya menjadi kebanggaan kita. Ini kerana kenderaan pelbagai guna ini dibangunkan dengan 100 peratus kejuruteraan tempatan.

Daripada banyak rekaan yang diperdebatkan pada peringkat awal sehinggalah dua rekaan prototaip terakhir, Proton Exora dibangunkan melalui proses penilaian dan kajian terperinci.
exora-design-review-azlan.jpg
Adalah menjadi cabaran bagi kami kerana diminta menghasilkan kenderaan yang memenuhi cita rasa, dilengkapi kualiti bertaraf dunia, reka bentuk kompetitif dan mampu dimiliki siapa saja.

Tidak dapat tidak, anda pasti bimbang mengenai penerimaan awal pengguna terhadap Proton Exora. Boleh kongsi sedikit perasaan anda apabila kenderaan pelbagai guna ini mula dilancarkan?

Semestinya (bimbang dengan reaksi pengguna)… Ini tidak boleh dinafikan kerana Proton Exora adalah model MPV pertama keluaran Proton. Sebagai pengeluar kenderaan, Proton perlu mengambil kira banyak perkara termasuk tidak keterlaluan dalam reka bentuk kenderaan hingga hilang tumpuan dan minat pengguna.

Alhamdulillah, hingga hari ini sebanyak 11,500 tempahan sudah diterima, sekali gus menjadikan pasaran terbaik bagi model keluaran Proton sekarang.

Anda dan Proton tentu berbangga dengan sambutan baik terhadap Proton Exora ini bukan?

Sambutan memberangsangkan diterima berdasarkan jumlah tempahan dan reaksi positif pembeli. Pelbagai inisiatif seperti penubuhan unit Customer Active Team (CAT) misalnya dapat menyelesaikan pelbagai masalah dan rungutan pengguna terhadap kenderaan keluaran Proton.

Apa pandangan anda mengenai Proton Exora?

Proton Exora adalah kenderaan MPV yang sangat kompetitif, luas dan selesa. Kenderaan ini juga mempunyai kos penyelengaraan yang rendah selain dilengkapi ciri kenderaan mewah dan berteknologi tinggi.

Tidak ramai tahu, banyak teknologi terkini diaplikasikan pada Proton Exora. Ini membuatkan kenderaan pelbagai guna ini begitu memikat setanding dengan model MPV sekelasnya yang dijual pada harga sehingga RM150,000.

Bagaimana anda melihat rekod cemerlang Proton selama ini?

Sejak segala-galanya bermula hingga hari ini, banyak perkara dipelajari Proton terutama soal kehendak dan keperluan kenderaan bagi pengguna.

Mengambil contoh, model Juara yang pernah dipasarkan di Malaysia dulu. Umum merasakan model ini kurang mendapat sambutan di Malaysia sedangkan kenderaan ini menjadi antara model popular di Jepun ketika itu.

Cita rasa pemilik kenderaan keluaran Proton berkembang seiring usia syarikat. Bagaimana Proton merangka strategi supaya kekal relevan dalam industri automotif?

Hala tuju Proton seperti yang anda lihat hari ini mampu memenuhi setiap segmen pelanggan. Kita sudah memiliki rangkaian segmen kereta kecil, sederhana dan sekarang kenderaan MPV yang memenuhi aspirasi keluarga besar.

Apa yang membanggakan, kita memiliki jenama kenderaan yang kuat, pasaran kukuh serta terus menyokong kepakaran kejuruteraan tempatan.

Melihat pasaran kenderaan hari ini, tidak terkecuali Proton berdepan saingan jenama lain di pasaran. Bagaimana Proton berdepan dengan cabaran dan persaingan hari ini?

Ini sesuatu yang kompleks. Sudah pasti sebagai sebuah syarikat nasional, kita perlu bersaing dengan syarikat pembuat kenderaan besar seperti Toyota. Kita lihat julat pasaran kereta Toyota cukup besar berbanding Proton.

Namun, kreativiti dan strategi yang diterapkan bertujuan menyaingi kualiti dan nilai produk setanding dengan pengeluar kenderaan utama dunia yang lain.

Apakah strategi untuk membawa jenama Proton di pentas antarabangsa?

Kita sedar Proton sendiri tidak boleh sekadar memberi tumpuan untuk pasaran kenderaan di Malaysia. Proton sentiasa merangka strategi melebarkan sayap di luar negara di mana ruangnya cukup besar.

Pasaran negara asing ini termasuklah China, India dan Timur Tengah yang memiliki jumlah penduduk lebih ramai dan pasaran berskala besar.

Proton juga giat memasarkan jenama seperti Proton Exora yang akan menembusi pasaran rantau Asia Tenggara termasuk Indonesia.

Credits to Fairuz Zaidan (fairuzaidan@bharian.com.my)

Click here to read about Proton Exora My Story from Azlano’s blog.
Some pictures are taken from Azlano’s blog too.
Official Proton Exora minisite
P/S – two of my lecturers last semester was also Proton designers

9 thoughts on “Proton Exora Styling Design”

  1. congrats for proton, people seems amazed with exora. first malaysian mpv. hope the styling process will be improved from time to time. go malaysia. go!go!

    1. Yeah. that’s the spirit. Always support Proton. After all, if we don’t support Proton, who else right?

  2. congrats for proton, people seems amazed with exora. first malaysian mpv. hope the styling process will be improved from time to time. go malaysia. go!go!

    1. Yeah. that’s the spirit. Always support Proton. After all, if we don’t support Proton, who else right?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *