kesihatan diri

7 Rahsia Kesihatan diri dalam Fasa Pandemik Ini

Kesihatan diri merupakan kunci kebahagiaan diri lebih lebih lagi pada hari ini. Malaysia merupakan negara yang boleh dikatakan berjaya membendung virus Corona pada gelombang pertama. Namun baru-baru ini kes kelihatan tidak kurang dari 500 kes tempatan setiap hari. Walaupun keadaan ini amat mengecewakan, ini bukan masanya untuk kita menunding jari terhadap satu sama lain. Tetapi lebih baik untuk kita lebih peka akan penjagaan kendiri demi menjamin kebahagiaan bersama.

Antara rahsia kesihatan diri yang boleh diamalkan untuk mengelak perkara yang tidak diingini adalah seperti:

Satu: Kesihatan diri dari menjaga kebersihan

Gambar sekadar illustrasi (Sumber: Unsplash)

Menjaga kebersihan bukanlah perkara yang sukar. Kita diingatkan untuk kerap membasuh tangan selepas menyentuh sesuatu permukaan dan sebelum meneruskan aktiviti seharian seperti makan, menyentuh muka dan sebagainya. Jika tiada sumber air berdekatan, hand sanitizer juga mempunyai keberkesanan yang setanding seperti membasuh tangan bersama air dan sabun.

Rasionalnya sangat mudah kerana virus adalah partikel kecil yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Boleh jadi benda yang kita sentuh telah dicemari dengan virus dan ini sekali gus menyebabkan kita terjangkit virus tersebut. Membasuh tangan atau memakai hand sanitizer dapat membasmi kuman dan mengurangkan risiko dari terkena jangkitan.

Dua: Pakai pelitup muka dengan cara yang betul

Dengan undang-undang yang telah dikutkuasakan kerajaan, tiada alasan untuk kita tidak memakai pelitup muka. Tidak kisahlah pelitup muka pakai buang atau pelitup muka kain, keduanya dapat menjadi pelindungan tambahan untuk kita.

BACA ARTIKEL:   10 Lagu Nasyid Tokoh dalam Sejarah Islam

Pemakaian mask atau pelitup muka ini bukan sahaja memberi manfaat kepada mereka yang bergejala(batuk, selsema) tetapi juga memberi perlindungan kepada kita dari semburan cecair badan orang di sekeliling kita. Acap kali di tempat awam, kita tidak mengetahui sejarah perjalanan dan penyakit yang dimiliki sesorang.

Jadi sememangnya ianya bijak untuk mengambil tindakan selamat berbanding menyesal di kemudian hari.

Tiga: Amalkan penjarakan sosial

Gambar untuk illustrasi sahaja (Sumber: Unsplash)

Walaupun PKPD hanya dikenakan di sesetengah kawasan, kita tidak boleh terleka dan terus mengamalkan penjarakan sosial. Aktiviti kehidupan seharian seperti membeli makanan di kedai, berborak dengan rakan di tempat kerja mahupun menaiki pengangkutan awam tidak akan terjejas sekiranya kita menjaga jarak antara individu yang lain. Malah ini lebih menjamin kesihatan diri sendiri dan orang lain.

Amalan bersalaman dan sebagainya boleh dielakkan dalam fasa ini. Perkara ini perlu difahami kerana tidak bersalaman bukan bermaksud tiada adab, tetapi kerana sayang sesama insan dan risau perkara yang boleh memudaratkan. Cukuplah dengan menyapa dan melemparkan senyuman bagi mengganti salam yang melibatkan sentuhan.

Empat: Makan makanan sihat

Brochure boleh didapati di laman web KKM (Sumber: KKM)

Bagi menjamin kesihatan diri, kita juga perlulah makan dalam sukatan yang betul. Contohnya konsep suku suku separuh yang disarankan oleh kementerian Kesihatan Malaysia. Suku untuk protein, suku karbohidrat dan separuh untuk buah dan sayur.

Lebihkan masak di rumah bagi menjamin kebersihan makanan. Kurangkan memesan makanan luar yang belum tentu terjamin kebersihannya. Kontak antara individu juga dapat dikurangkan dengan memasak sendiri di rumah.

Lima: Bersenam dan aktifkan diri

Kita disarankan untuk bersenam 3 ke 5 kali seminggu dengan intensiti sederhana selama 30 minit. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan seperiti joging, berbasikal dan bermain badminton. Badan yang aktif secara tidak langsung memberi kecerdasan minda dan meningkatkan imuniti diri.

BACA ARTIKEL:   6 Cara Bina Personal Branding di Twitter dengan Hypefury (2023)

Terdapat banyak juga senaman yang boleh dilakukan di dalam rumah seperti zumba, senam aerobik dan HIIT yang banyak diajar di youtube. Jangan jadikan pandemik ini sebagai alasan untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat kerana semestinya banyak aktiviti yang boleh kita lakukan berbanding membuang masa di rumah.

Enam: Jaga mental demi kesihatan diri

Fasa ini sememangnya membawa tekanan yang kuat. Dengan pelbagai cabaran yang hadir bersama seperti kehilangan kerja, kesunyian akibat kurang bersosial, masalah rumah tangga dan keluarga boleh mengakibatkan kemurungan. Jadi sentiasa luangkan masa untuk diri sendiri dengan melakukan perkara yang kita suka.

Rapatkan diri dengan Illahi, luahkan masalah dengan orang yang dipercayai dan dapatkan rawatan pakar psikatris jika perlu. Badan yang sihat datang dari minda dan nurani yang bersih. Berehat jika perlu dan ambil satu hari pada satu masa.

Tujuh: Ambil suplemen dalam had yang mencukupi

Gambar untuk illustrasi sahaja (Sumber: Unsplash)

Suplemen hanya perlu untuk orang mempunyai indikasi seperti mereka yang tidak dapat mengamalkan makanan seimbang. Vitamin C dan D, fish oil dan sebagainya boleh didapati dalam sayuran dan buah-buahan. Namun jika anda tidak dapat menjaga pemakanan dengan baik, suplemen boleh diambil dengan nasihat doktor.

Watson mempunyai variasi suplemen dan vitamin yang boleh didapati. Nu-care yang dapat meningkatkan imunisasi diri,Blackmore dan sebagainya boleh dibeli di Watson dan farmasi-farmasi lain. Watson mempunyai promosi yang boleh anda lihat di sini.

Klik gambar untuk terus ke website Watson.

Kesimpulannya

Kesihatan diri amat penting dan lebih berhaga dari wang ringgit. Jagalah diri sendiri agar tidak menyesal di kemudian hari. Baca lebih lanjut tentang tips kesihatan lelaki di sini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *