kuruskan badan

6 Rahsia Kuruskan Badan

Setelah hampir tiga bulan terpaksa berkurung di rumah akibat wabak Covid-19, semakin ramai yang tidak senang dengan kenaikan berat badan sehingga memberi impak kepada kesihatan fizikal dan juga mental seseorang. Mereka menjadi stres untuk kuruskan badan dengan segera.

Baju mulai ketat, seluar tak muat, nak menimbang berat badan pun takut.

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berlangsung, terlalu banyak masa yang terluang tanpa berbuat apa-apa di rumah. Tambahan pula dengan keinginan untuk mencuba resepi-resepi baharu yang tular di media sosial.

Ada yang tidak bermotivasi langsung untuk melakukan apa-apa aktiviti fizikal disebabkan oleh suasana yang terlalu selesa di rumah.

Oleh itu, entri kali ini akan berkongsi cara kuruskan badan dengan mudah dan tidak membahayakan kesihatan. Anda tidak perlu mengikat perut mahupun makan pil kurus.

1. Pemakanan seimbang bantu kuruskan badan

kuruskan badan
Sumber: KKM

Cara paling berkesan untuk memastikan kita tidak makan lebih yang diperlukan adalah mengikut panduan seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu ‘diet suku, suku, separuh’. Pastikan suku daripada setiap hidangan diisi dengan makanan berprotein, suku lagi dengan makanan berkarbohidrat dan separuhnya diisi dengan buah dan sayur.

2. Makan dengan penuh kesedaran

Kita mesti pernah makan semasa menonton televisyen atau mengunyah snek semasa membaca. Tabiat pemakanan ini membahayakan kerana kita akan menambah kalori yang tidak diperlukan oleh badan tanpa disedari.

Oleh itu, salah satu cara yang berkesan ialah makan dengan kesedaran penuh atau ‘mindful eating’. Maksudnya di sini adalah untuk memastikan minda kita sedar dan fokus semasa makan. Elakkan makan semasa melakukan apa-apa aktiviti. Peruntukkan satu masa tetap untuk kita menikmati setiap hidangan. 

BACA ARTIKEL:   10 Lagu Nasyid Tokoh dalam Sejarah Islam

3. Bersenam untuk kuruskan badan

Sumber: Freepik

Jika ingin mengurangkan berat badan, sememangnya kita tidak dapat lari daripada keperluan untuk bersenam. Lakukan senaman ringan sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Sebaiknya senaman ini dijadikan rutin harian supaya badan kita lebih cepat membakar lemak berlebihan.

Senaman ringan juga boleh dilakukan di rumah seperti tekan tubi, lompat tali dan squat. Senaman ini mampu membina jisim otot seseorang dan seterusnya meningkatkan kadar metabolisme. Metabolisme yang tinggi membantu pembakaran lemak lebih banyak dan kuruskan badan.

4. Tingkatkan aktiviti fizikal

Walaupun duduk di rumah, kita perlu pastikan otot-otot sentiasa bergerak. KKM juga menyatakan bahawa meningkatkan aktiviti fizikal dalam rutin harian mampu membakar kalori dengan pantas. Cara paling mudah adalah dengan melakukan kerja-kerja rumah seperti mencuci pinggan dan mengemop lantai.

Ramai yang tidak mengetahui bahawa kerja rumah sangat membantu dalam mengurangkan berat badan. Aktiviti seperti menyapu dan mengemop mampu membakar sehingga 150 kalori sejam!

5. Minum air kosong

Sumber: Unsplash

Ramai yang memandang enteng terhadap perkara semudah ini tetapi air kosong adalah penting untuk membantu proses untuk kuruskan badan. Air kosong yang mencukupi akan membantu bagi memastikan proses penghadaman dan pencernaan berjalan lancar.

Air kosong juga mempunyai sifar kalori. Jika kita minum minuman manis, kita akan menambah kalori dalam badan. Jadi, jika ingin minum minuman manis, pastikan kita gandingkannya dengan air kosong sekurang-kurangnya seganda lebih banyak.

6. Kuruskan badan dengan tidur yang mencukupi

Tidur juga sangat penting bagi memastikan badan kita rehat secukupnya untuk menjalankan aktiviti fizikal bagi membakar kalori serta minda yang stabil untuk merancang pemakanan kita. Tidur yang lena juga boleh membantu mengurangkan tekanan yang mampu merosakkan pelan menurunkan berat badan anda.

BACA ARTIKEL:   6 Cara Bina Personal Branding di Twitter dengan Hypefury (2023)

Kesimpulan

Sebenarnya tidak susah untuk kuruskan badan. Kita hanya perlu ada keinginan yang membara, kecekalan minda dan disiplin yang tinggi. Akan tetapi, janganlah kita ambil mudah kerana ia melibatkan kesihatan fizikal dan juga mental kita. Proses menguruskan badan ini tidak akan mengambil masa yang singkat dan perlukan konsistensi namun harus diingatkan untuk sentiasa memilih jalan yang sihat berbanding jalan yang cepat tetapi memudaratkan. Sekiranya berminat nak tahu tips dan panduan kurus dengan lebih lanjut, boleh dapatkan ebook Formula Kurus di sini.

klik gambar untuk dapatkan e-book.

Selamat maju jaya!

Jika anda berminat untuk membaca lebih lanjut tentang Kepentingan Penjagaan Kesihatan Lelaki di Malaysia, klik di sini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *