Tag: android

Akhirnya saya menyesal membeli telefon murah

Sejak mula menjalankan perniagaan, aku lebih cermat dalam perbelanjaan dan keperluan peribadi. Telefon merupakan antara barang yang aku jaga dengan hati-hati. Supaya tidak rosak dan boleh pakai lama.

Raya dah dekat dan aku pun perlu guna telefon yang boleh buat kerja-kerja basic macam call, SMS, Whatsapp, Telegram, ambil gambar tak high-resolution sangat pun tak mengapa. Tapi yang penting bajet bawah RM300.

Sewaktu aku pergi beli barang di Plaza Yik Foong, sementara tunggu kedai dibuka, aku pun buat-buat survey telefon bajet bawah RM300 kat satu kedai ni. Tapi tokey yang jual tu pandai ayat dan akhirnya aku terbeli telefon Admet V10.Continue reading

Filed under: TechnologyTagged with: ,

App permesejan untuk berinteraksi dengan klien

best_messaging_apps

 

Salam.

Apakah app yang selalu digunakan untuk menghantar mesej kepada klien? Antara yang popular ialah email, SMS, Whatsapp, Facebook dan pelbagai lagi.

Entahlah, tapi aku rasa kadang-kadang agak geram bila banyak sangat app ni. Senarionya macam ini.

  1. Peringkat awal projek, klien menghantar email untuk bertanyakan quotation. Nampak profesional.
  2. Kemudian, rasa lambat pula respon guna email, klien mula hantar SMS.
  3. SMS pun lambat reply, klien terus call untuk dapatkan jawapan segera.
  4. Tapi call dan SMS kena caj, klien hantar mesej melalui WhatsApp pula.
  5. Klien rasa nak berkawan di Facebook, sambung bincang pasal projek di Facebook chat.

Anda nampak tak berapa banyak app yang digunakan? Secara puratanya akan ada empat app ataupun medium. Tapi inilah yang merunsingkan aku.

Bila ada banyak medium ni, aku akan lost track, mulalah mencari-cari dalam email, SMS, Whatsapp dan pelbagai lagi bila nak rujuk hasil perbincangan.

Penyelesaiannya..

Ada tiga kaedah penyelesaian kepada masalah tersebut.

  1. Ikut rentak pelanggan. Mungkin itu apa yang aku buat sekarang, balas saja mesej tak kisah app apa pun.
  2. Cuba nasihat klien, supaya menggunakan email saja untuk urusan projek.
  3. Yang ketiga ini sedikit leceh. Aku akan ikut rentak pelanggan, tapi hasil perbincangan aku akan catatkan di dalam Evernote.

Anda pula bagaimana? Silalah berkongsi pengalaman anda menguruskan klien secara efektif.

Filed under: TechnologyTagged with: , ,

Pengalaman menyertai ‘hackathon’ Malaysia Developers’ Day 2013

Salam.

Pada minggu lepas, aku berkesempatan untuk menyertai sebuah program anjuran Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia (SKMM) dan AT&T (dari Amerika Syarikat) iaitu Malaysia Developers’ Day.

Kebetulan aku ada belek akhbar The Star yang memaparkan artikel berkaitan, kalau tak mungkin aku tak berpeluang untuk sertai acara ini.

Antara objektif program ini dianjurkan adalah untuk mencungkil bakat developers di Malaysia untuk membangunkan mobile apps yang menarik dan canggih dalam masa 24 jam. Hadiah tempat pertama ialah USD10,000 diikuti tempat kedua USD3,000 dan tempat ketiga USD1,000.

Program bermula

Aku mendaftar sebagai front-end developer ditemani Ammar, sebagai back-end developer. Selepas sesi ‘Lightning Talk’ oleh En. Marcus Lara, wakil juri dari US, sesi ‘Hackathon’ bermula jam 2pm.

Bermula dari pagi, peserta dianjurkan untuk berkenalan antara satu sama lain disamping membina rangkaian. Khususnya untuk peserta yang datang dengan membawa idea, mereka perlu mencari developer yang boleh realisasikan idea mereka.

Kalau nak ikutkan semangat hackathon sejati, peserta digalakkan untuk berjaga malam dan buat coding sampai siap. Tapi mungkin tidak bagi aku. Mujur rumah dekat, jadi aku pulang ke rumah jam 1230 tengah malam setelah seharian bertungkus lumus di situ. Bagi aku lebih baik dapat rehat yang cukup dan sambung bekerja di awal pagi dalam keadaan yang segar.

hackathon-malaysia-2013Gambar kredit SKMM.

Pemenang

Sekalung tahniah diucapkan kepada para pemenang. Tempat pertama dimenangi oleh pembangun app Perks, yang menggunakan API foursquare untuk mendapatkan tawaran berhampiran.

Tempat kedua, app Speed Pronto yang membolehkan pengguna mengesan kelajuan bas yang dinaiki dan menghantar laporan kepada pihak berwajib. Manakala tempat ketiga, app Shoutout dibangunkan sebagai sebuah platform promosi kedai kepada para pengguna berhampiran.

Pengajaran

Walaupun tak menang, banyak yang telah kami perolehi sepanjang mengikuti program ini. Antaranya ialah :

  • Peluang untuk membina networking dengan individu dalam industri mobile apps
  • Belajar sesuatu yang baru, seperti platform dan teknologi yang boleh digunakan untuk buat app
  • Mengetahui idea app yang kreatif dan berpotensi untuk pergi jauh
  • Kita kena berlapang dada dan menerima pendapat orang lain, jika idea tidak diterima
  • Menikmati makanan hotel yang sedap serta menggunakan internet yang pantas (purata 13Mbps)

Rasanya setakat itu dahulu, nantikan entri berikutnya berkaitan tips dan panduan jika anda ingin menyertai hackathon

Filed under: TechnologyTagged with: , , ,

Bina salasilah keluarga anda dengan app Ancestry

Salam.

Sekarang dah masuk fasa penghujung bulan Syawal tapi secara lazimnya masyarakat di Malaysia masih berhari raya dengan mengadakan rumah terbuka dan amalan berziarah.

Aku rasa terpanggil untuk berkongsi pengalamanku menggunakan app yang baru aku teroka baru-baru ini yang dikenali sebagai Ancestry.

Apa itu Ancestry?

Ancestry asalnya merupakan sebuah perkhidmatan web yang memfokuskan kepada pembinaan salasilah keluarga. Kini mereka juga dah ada app tersendiri yang menggunakan sistem ‘cloud’ untuk menyimpan data pengguna.

ancestry-app-salasilah-keluarga

Melalui app ancestry ni, kita boleh membina salasilah keluarga kembangan kita, termasuklah pakcik makcik, datuk nenek, sepupu dua pupu, mertua, biras besan dan pelbagai lagi dengan mudah dan interaktif.

Setiap orang ada sejarah keturunan dan susur galur keluarga masing-masing. Inilah masanya untuk kita mengeratkan silaturahim di samping mengetahui apakah hubungan mereka.

Aku teringat lagi arwah atuk aku dulu pernah mencatatkan info ringkas setiap ahli keluarga dengan menggunakan mesin taip beliau.

ancestry-salasilah-keluarga-detail

Kenapa perlu tahu?

1. Kenali asal-usul kita dan ahli keluarga
Kita selalu ziarah saudara mara kita ketika hari raya tapi adakah kita tahu apakah hubungan mereka dengan kita? Adakah mereka nenek saudara atau dua pupu kita?

2. Bina networking
Sesetengah saudara-mara kita ada yang menjalankan perniagaan, atau bekerja dalam posisi penting sesebuah organisasi. Inilah masanya untuk merebut peluang seperti mendapatkan tender dalam bidang swasta mahupun kerajaan.

3. Hubungan mahram dan bukan mahram
Bagi aku ini yang paling kritikal. Sebagai orang Islam, kita wajib mengambil tahu status saudara-mara kita kerana kebanyakan mereka yang berlainan jantina dengan kita adalah bukan mahram dan haram kita berjabat tangan dengan mereka.

Sekian dahulu dariku. App Ancestry boleh dimuat turun di App Store dan Google Play. Selamat mencuba.

P/S – sedikit sibuk kejar deadline sepanjang 2 minggu lepas. Baru sempat nak tulis blog.

Filed under: TechnologyTagged with: , ,

[Tips] Manfaatkan fungsi GPS telefon anda untuk tujuan ziarah

Salam.

Amalan ziarah merupakan satu kemestian pada Hari Raya Aidilfitri. Bagaimanakah kita boleh menggunakan teknologi GPS yang ada dalam telefon pintar kita untuk memudahkan mencari rumah untuk diziarahi?

Anda perlu sebuah telefon pintar Android ataupun iPhone dengan apps:

Tahukah anda salah satu fungsi yang menarik dalam app Whatsapp ialah kebolehan untuk menghantar lokasi kepada rakan kita.

Oleh itu, aku ada dua senario untuk kegunaannya.

Dapatkan lokasi rumah untuk dilawati sebelum bertolak

location-whatsapp

  1. Buka app Whatsapp dan mulakan chat dengan saudara, sahabat ataupun tuan rumah
  2. Minta mereka untuk menghantar lokasi mereka. Pastikan mereka mengaktifkan fungsi GPS atau geolocation.
  3. Tunggu sebentar dalam 30 saat sehingga dapat lokasi rumah dengan tepat. Tak semua telefon ada GPS yang tepat. Tekan ‘Refresh’ jika perlu. (Accurate to 10 meters)
  4. Lepas anda dah terima, buka lokasi tersebut dan guna app navigasi pilihan anda seperti Google Maps ataupun Waze.

Bina senarai lokasi anda sendiri

location-list
Bila anda sudah berada di rumah saudara-mara ataupun sahabat anda, anda boleh simpan lokasi untuk kegunaan anda sendiri. Kalau nak simpan alamat pun boleh tapi kadang-kadang leceh nak taip alamat dan kadang-kadang alamat tak dijumpai. Berikut ialah cara aku simpan data lokasi ni.

  1. Gunakan chat Whatsapp dengan isteri anda (ataupun sesiapa yang rapat dengan anda)
  2. Bila berada di lokasi tersebut, hantarkan lokasi yang tepat. Tekan ‘Refresh’ jika perlu.
  3. Hantar chat lokasi tersebut seperti ‘Rumah Pak Ngah’ supaya anda boleh kenalpasti nama lokasi tersebut.
  4. Lain kali, bila anda nak berziarah, anda cuma perlu buka Whatsapp, cari balik senarai lokasi yang telah disimpan dan pilih app navigasi sebelum bertolak.

Jika menggunakan iPhone, anda cuma boleh menggunakan app Maps dari Apple sahaja.

P/S – WeChat juga boleh hantar lokasi tetapi Whatsapp lebih popular dikalangan pengguna. Lokasi dalam WeChat juga boleh diubah secara manual supaya dapat kedudukan paling tepat tanpa bergantung kepada GPS.

Sekian dahulu #lifehack raya dariku.

Taqabballahu minna wa minkum!

Filed under: TutorialTagged with: , , ,