Tag: ets

Cadangan untuk penambahbaikan perkhidmatan keretapi elektrik ETS

Sejak keretapi elektrik ETS membuka laluan sehingga ke Padang Besar pada bulan Julai yang lepas, blog aku mendapat trafik yang steady sebab aku pernah tulis pasal cara membeli tiket secara online.

Tak menulis panjang, aku cuma nak kongsikan sedikit pengalaman yang aku rasa mungkin berguna untuk panduan bakal penumpang ETS.
Continue reading

Filed under: TravelTagged with: , ,

Panduan menempah tiket keretapi elektrik ETS secara online

Salam.

Baru-baru ini aku telah berpeluang untuk menaiki keretapi elektrik ETS yang dikendalikan oleh KTMB. Aku bertolak dari Ipoh ke KL Sentral untuk urusan kerja.

Pihak KTMB telah menyediakan sebuah website untuk membolehkan pengguna menempah tiket secara atas talian (online). Aku pun memutuskan untuk mencuba perkhidmatan online ni sebab lebih mudah dan menjimatkan masa berbanding pergi ke stesen KTM Ipoh dan membeli di kaunter.

Website KTMB E-Ticket
(Sila bookmark jika anda juga ingin membeli tiket di masa hadapan)

ktmb-eticket-1

Pendaftaran

Anda perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum boleh menggunakan website tersebut. Anda perlu memasukkan nama, password, email, nombor telefon dan negara (?) untuk mendaftar.

Setelah itu anda boleh login menggunakan akaun anda.

ktmb-eticket-2

Anda boleh melihat Transaction History jika anda pernah menempah tiket sebelum ini. Teruskan dengan menekan butang Reservation di bahagian menu.

Pilih destinasi, tarikh dan train (masa). Di sini mungkin tak jelas sangat pasal train. Mari saya terangkan apa pilihan yang ada.

EG05 – ETS Gold. Harga tiket RM35 sehala.
ES01 – ETS Silver. Harga tiket RM25 sehala.

Selepas pilih Coach, baru anda boleh buat pilihan kerusi (seat).

Pemilihan kerusi

ktmb-eticket-3
Pemilihan kerusi ni yang paling mengelirukan jika anda tidak mengetahui susun atur sebenar di dalam train ETS.

Kalau anda pernah menempah tiket kapal terbang, anda boleh melihat dengan jelas di mana kepala dan ekor kapal terbang serta kedudukan tandas dan pintu keluar. Tapi berlainan dengan ETS yang bagi aku tidak memberikan gambaran yang jelas kepada bakal penumpang.

Oleh itu, di sini aku dah buat diagram secara kasar atau infografik susunan kerusi di dalam ETS berdasarkan pengalaman aku.
ktm-ets-seat-infographic

Satu lagi anda perlu pastikan pilihan kerusi dan arah yang sesuai. Sebab ada sesetengah orang mungkin tak selesa duduk membelakangi arah yang dituju ataupun duduk menghadap ke belakang train. Keliru? Disebabkan susunan kerusinya ada yang menghadap ke arah utara dan ke arah selatan.

Tips: Jika anda membeli online, anda boleh perhatikan kerusi yang paling banyak merah (popular) itu ialah kerusi yang menghadap arah hadapan perjalanan. Kerusi yang biru, yang banyak kekosongan tu menghadap ke belakang.




Tandas dan kafeteria

Setiap koc ada tandas kecuali koc C. Biasanya koc C paling popular. Oleh itu ingat C ingat Cafe.
Koc yang ada tandas: A, B, D, E, F
Koc ada cafe : C

Pembayaran

Pembayaran boleh dibuat menggunakan Maybank2U dan juga kad kredit. Tapi mengikut pengalaman aku, pembayaran dengan Maybank2u tidak boleh dijalankan pada tengah malam 12am ke atas.

Cetak tiket

Pastikan anda mencetak tiket sebelum anda menaiki train ETS. Kalau rajin, anda boleh adjust supaya boleh cetak dalam sehelai A4 dan mudah dibawa dalam poket.

Sekian dahulu, selamat mencuba. Nantikan entri seterusnya mengenai pengalamanku menaiki train ETS.

Anda juga mungkin mencari: cara beli tiket ets online

Filed under: Technology, TravelTagged with: , , ,