Tag: infographic

Panduan menempah tiket keretapi elektrik ETS secara online

Salam.

Baru-baru ini aku telah berpeluang untuk menaiki keretapi elektrik ETS yang dikendalikan oleh KTMB. Aku bertolak dari Ipoh ke KL Sentral untuk urusan kerja.

Pihak KTMB telah menyediakan sebuah website untuk membolehkan pengguna menempah tiket secara atas talian (online). Aku pun memutuskan untuk mencuba perkhidmatan online ni sebab lebih mudah dan menjimatkan masa berbanding pergi ke stesen KTM Ipoh dan membeli di kaunter.

Website KTMB E-Ticket
(Sila bookmark jika anda juga ingin membeli tiket di masa hadapan)

ktmb-eticket-1

Pendaftaran

Anda perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum boleh menggunakan website tersebut. Anda perlu memasukkan nama, password, email, nombor telefon dan negara (?) untuk mendaftar.

Setelah itu anda boleh login menggunakan akaun anda.

ktmb-eticket-2

Anda boleh melihat Transaction History jika anda pernah menempah tiket sebelum ini. Teruskan dengan menekan butang Reservation di bahagian menu.

Pilih destinasi, tarikh dan train (masa). Di sini mungkin tak jelas sangat pasal train. Mari saya terangkan apa pilihan yang ada.

EG05 – ETS Gold. Harga tiket RM35 sehala.
ES01 – ETS Silver. Harga tiket RM25 sehala.

Selepas pilih Coach, baru anda boleh buat pilihan kerusi (seat).

Pemilihan kerusi

ktmb-eticket-3
Pemilihan kerusi ni yang paling mengelirukan jika anda tidak mengetahui susun atur sebenar di dalam train ETS.

Kalau anda pernah menempah tiket kapal terbang, anda boleh melihat dengan jelas di mana kepala dan ekor kapal terbang serta kedudukan tandas dan pintu keluar. Tapi berlainan dengan ETS yang bagi aku tidak memberikan gambaran yang jelas kepada bakal penumpang.

Oleh itu, di sini aku dah buat diagram secara kasar atau infografik susunan kerusi di dalam ETS berdasarkan pengalaman aku.
ktm-ets-seat-infographic

Satu lagi anda perlu pastikan pilihan kerusi dan arah yang sesuai. Sebab ada sesetengah orang mungkin tak selesa duduk membelakangi arah yang dituju ataupun duduk menghadap ke belakang train. Keliru? Disebabkan susunan kerusinya ada yang menghadap ke arah utara dan ke arah selatan.

Tips: Jika anda membeli online, anda boleh perhatikan kerusi yang paling banyak merah (popular) itu ialah kerusi yang menghadap arah hadapan perjalanan. Kerusi yang biru, yang banyak kekosongan tu menghadap ke belakang.




Tandas dan kafeteria

Setiap koc ada tandas kecuali koc C. Biasanya koc C paling popular. Oleh itu ingat C ingat Cafe.
Koc yang ada tandas: A, B, D, E, F
Koc ada cafe : C

Pembayaran

Pembayaran boleh dibuat menggunakan Maybank2U dan juga kad kredit. Tapi mengikut pengalaman aku, pembayaran dengan Maybank2u tidak boleh dijalankan pada tengah malam 12am ke atas.

Cetak tiket

Pastikan anda mencetak tiket sebelum anda menaiki train ETS. Kalau rajin, anda boleh adjust supaya boleh cetak dalam sehelai A4 dan mudah dibawa dalam poket.

Sekian dahulu, selamat mencuba. Nantikan entri seterusnya mengenai pengalamanku menaiki train ETS.

Anda juga mungkin mencari: cara beli tiket ets online

Filed under: Technology, TravelTagged with: , , ,

[Infographic] Muslim Fasting Duration Around The World in 2013

fastingtime-thumb
Infografik kali ini memaparkan berapa lamakah seseorang Muslim di seluruh dunia berpuasa pada bulan Ramadhan 1434H pada tahun 2013. Dalam infografik ini, tempoh masa dihitung bermula dari masuk waktu Subuh / Fajar sehingga masuk waktu berbuka puasa. Lokasi rujukan ialah ibu negara masing-masing.

How long does a Muslim in other parts of the world fast during Ramadhan 1434H / 2013? This infographic tells us briefly based on the duration between Fajr & Maghrib in some countries. The reference point is the capital city of the countries.

Klik untuk lihat dengan lebih jelas
fastingtime2

Filed under: Design, IslamicTagged with: , ,

Disebalik infografik mengenai Isra Mi’raj

isramiraj-behind

Salam.

Dalam entri yang lepas, aku telah menyiapkan sebuah design infografik Islami yang kedua, selepas infografik mengenai amalan di bulan Zuhijjah pada tahun lepas. Infografik terbaru ini pula mengenai perjalanan Rasulullah ´Ě║ sempena Isra Mi’raj.

Mengapa dalam bahasa Inggeris?

Infografik kali ini menggunakan bahasa Inggeris kerana aku ingin menyampaikan mesej kepada lebih ramai orang di luar sana khususnya masyarakat Muslim di luar Malaysia.

Selain itu, Islamographic pernah menolak infografik Zulhijjah aku kerana mereka tidak faham bahasa Melayu.

Mengapa berbentuk segi empat sama?

Kebanyakan infografik yang penuh dengan maklumat direka dengan panjang dan pengguna perlu scroll dari atas ke bawah.

Infografik ini direka supaya ia dapat mencapai lebih ramai orang dengan mudah khususnya yang menggunakan media sosial seperti Facebook dan Instagram.

infografik-fb-theatre

Di Facebook, apabila infografik itu panjang dan ditonton dalam bentuk ‘Photo Viewer’, tulisan menjadi sangat kecil dan sukar untuk dibaca. Oleh itu, bila rekabentuknya segi empat sama, ia lebih sesuai. Begitu juga jika aku ingin promosi dalam Instagram yang akan mengerat (baca:crop) gambar menjadi segi empat sama.

Masjid Al-Aqsa yang sebenar

Terdapat dua masjid di Al-Aqsa iaitu Dome of the Rock dan Masjid Al-Aqsa. Mengikut pemerhatian aku, ramai orang yang keliru mana satukah Masjid Al-Aqsa yang sebenar. Oleh sebab itu dalam infografik ini, aku membuat illustrasi Masjid Al-Aqsa yang sebenar, supaya masyarakat dapat membezakan antara dua ini.
aqsadomeMedia Barat memang sengaja menipu umat Islam dengan menggambarkan Dome of the Rock sebagai Masjid Al-Aqsa kerana mereka kini berusaha untuk merobohkan masjid tersebut demi membina Solomon’s Temple.

Jika anda sukakan infografik tersebut, sila kongsikan dan sebarkan. Butang Share, Tweet, Pinterest sudah disediakan.

Jika anda ada sebarang cadangan topik untuk aku hasilkan infografik, sila kongsikan di dalam ruangan komen. Kalau boleh, sertakan sekali link URL untuk info tersebut. Terima kasih!

Filed under: Design, IslamicTagged with: ,