Tag: tiny house

Kediaman Kecil dan isunya di Malaysia

Assalam.

Jika anda rajin membaca blog atau website berkaitan rumah & kediaman (Home & Living) anda pasti pernah terserempak dengan trend ‘Tiny House Movement’.

laird-herbert-tiny-house

Sejak tahun lepas lagi aku mengikuti blog bertema sedemikian, contohnya Tiny House Blog dan sebagainya. Tapi itu merupakan trend di Barat, dan bila difikirkan untuk sesuaikan dengan konteks kehidupan di Malaysia, aku dapati ada beberapa isu yang perlu difahami dan boleh difikirkan penyelesaiannya.

solo-bunkie-36

1. Faktor Cuaca
Di Malaysia, umum mengetahui cuaca adalah panas dan lembap sepanjang tahun. Kalau di negara seperti US, Eropah & Australia, dengan cuaca empat musim dan kering, tak menjadi masalah sangat. Kenapa?

Mereka boleh letak tempat tidur dalam ruangan bumbung. Kalau anda pernah naik bumbung rumah anda, anda sendiri tahu betapa hangatnya ruang bumbung tersebut. Kalau nak pasang air-cond, memerlukan tenaga yang sangat banyak di samping tidak mesra alam. Kalau nak berkipas pula, anda perlukan ketinggian siling yang sesuai.
protohaus
Selain itu, mereka juga banyak menggunakan kabin kontena yang terpakai. Kontena ni diperbuat daripada besi. Bayangkan kalau duduk dalam kontena besi tanpa air-cond waktu tengahari, macam duduk dalam oven!

2. Faktor Saiz Keluarga
Kebanyakan contoh ‘Kediaman Kecil’ ini aku dapati rata-rata mempunyai bilangan isi rumah 2 orang sahaja. Boleh jadi pasangan muda yang belum mempunyai anak ataupun mereka yang sudah berusia, anak-anak dah tak tinggal sekali. Kalau ada anak ramai, susah untuk hidup dalam ruangan yang kecil dan sempit. Setiap orang perlukan ruang dan privasi masing-masing.

3. Konsep ‘Kabin Trailer’
Sudah banyak contoh ‘Kediaman Kecil’ ini dibina atau diubahsuai daripada trailer kabin atau kenderaan rekreasi (recreational vehicle atau RV). Di Malaysia trend sebegini belum wujud.

Menurut blog Malaysia Campervan, caravan trailer sebegini dikenakan road tax RM50 setahun. PUSPAKOM juga ada kategori khas untuk caravan/campervan. Untuk mendapatkan kebenaran, perlu menghantar lukisan pelan dan susun atur dalaman (interior layout) kepada JPJ sebelum ubahsuai dibuat.

4. Kos bahan mentah
Disebabkan faktor cuaca dan sumber, banyak juga ‘Kediaman Kecil’ ini dibina menggunakan kayu. Kalau di sini, kayu sangat mahal. Besi dan konkrit lebih murah. Kalau nak pra-fabrikasi (prefabrication) mungkin boleh untuk kurangkan kos.

Solusi

Buat masa sekarang ni, aku masih belum dapat fikirkan solusi yang terbaik. Perlukan orang yang ahli dalam bidang senibina, rekabentuk dalaman, jurutera bahan khususnya agar dapat memberikan buah fikiran dan konsep yang terbaik dalam menangani harga rumah yang semakin meningkat terutamanya di bandar-bandar utama.

  • Pemilihan bahan binaan yang menyejukkan seperti kayu
  • Menggunakan konsep modular supaya rumah-rumah ini boleh disambung untuk menampung bilangan ahli keluarga
  • Meningkatkan kesedaran pergerakan rumah kecil ini. Apabila ada permintaan, mungkin ada pasaran untuk kabin trailer.
  • Kerajaan boleh membantu dengan menggubal undang-undang berkaitan pemilikan trailer / caravan

Itu saja solusi yang aku boleh fikirkan buat masa sekarang ni. Anda pula bagaimana? Mahukah anda tinggal di rumah kecil sebegini? Sila tuliskan di ruangan komen di bawah. Terima kasih.

Filed under: Architecture, DesignTagged with: ,