Tips menggunakan tema WordPress percuma

Assalam kepada semua pembaca. Ini adalah entri yang pertama sejak aku menggunakan tema ‘Sorbet‘ di dalam blog ni.
sorbet-theme

Aku dan Tema WordPress

Aku dah lama menulis blog menggunakan platform WordPress, sejak tahun 2008. Awal-awal dulu, aku cuma guna tema sedia ada. Bila tak berkenan aku ubah dan modify sendiri ikut citarasa. Aku juga pernah buat tema sendiri sebab nak nampak unik dan kreatif seperti yang menggunakan nama Binafsha, Binafsha 2 dan Binafsha 3.


Antara sebab aku buat template tu jugak sebab nak nampak blend in dengan iklan Adsense dari Google. Tapi lama-lama, bila dah sibuk dengan hal lain, nak tulis blog pun tak sempat, makin bosan tengok blog dengan tema yang sama je. Lepas tu aku pun nekad untuk kembali kepada penulisan blog yang sejati.

Aku nak kongsikan apa amalan terbaik (baca: best practice) untuk menggunakan tema dan juga supaya anda senang untuk menukar tema blog anda dengan pantas.

1. Fokus kepada penulisan / kandungan blog
Nama pun blog, anda kena tumpukan pada isi kandungan blog. Luangkan masa pada penulisan, bukan pada rupa bentuk blog anda. Isi kandungan itu yang paling utama dalam sesebuah blog. Bila ada isi kandungan yang mantap, setakat nak bertukar tema ni merupakan perkara yang tak akan mengambil masa yang panjang. Tema yang aku tukar ni cuma mengambil kurang 30 minit untuk adjust kedudukan Widget dan link menu.

2. Modify guna Jetpack – Edit CSS
Sejak WordPress memperkenalkan plugin Jetpack, ada satu fungsi yang sangat bermanfaat iaitu Edit CSS. Dulu jika nak ubah, aku akan ubah terus pada stylesheet tema atau gunakan plugin untuk edit CSS. Kelebihannya, jika anda ada perubahan yang sama dari dulu sampai sekarang, ia akan kelihatan konsisten walaupun anda bertukar tema.

Contohnya, aku ada buat selector untuk butang download atau petak highlight seperti di bawah. Dah dua tiga kali tukar blog, rupa bentuk button tu tetap sama. Yang aku suka guna Jetpack ni sebab ia merupakan plugin yang ada semua benda. Kurang pergantungan kepada plugin pihak ketiga.

Ini adalah kotak untuk highlight supaya orang akan fokus

3. Hadkan penggunaan Widget untuk satu Sidebar.
Kebanyakan tema didatangkan dengan satu sidebar yang utama. Walau anda tukar tema apa sekali pun, widget dalam sidebar akan kekal di dalam sidebar, cuma mungkin kedudukan sidebar tu yang berubah.

Data widget ni disimpan di dalam database. Itu sebabnya aku lebih suka tema blog yang ada satu sidebar utama seperti sekarang. Tak perlu memakan masa yang lama untuk setiap kali perubahan.

4. Catatkan apa perubahan pada tema jika ada.
Aku sebenarnya tak buat pun perkara ni. Sebab perubahan yang aku buat adalah sangat minimal dan aku tahu apa yang berubah. Mungkin anda boleh gunakan Evernote untuk mencatat log ubah (baca: change log) yang anda buat pada blog anda.

Kesimpulan

Dengan mengamalkan pengurusan blog yang baik, blog anda akan sentiasa kelihatan moden dan mengikut trend terkini. Anda juga akan bersemangat bila tengok blog anda yang menggunakan tema responsif, kelihatan seperti tahun 2014 (bukan 2005) dan juga mesra pengguna.

Sekian sahaja dariku, selamat mencuba.

2 thoughts on “Tips menggunakan tema WordPress percuma”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *