Ketua Jurutera, Azlan Othman kongsi misi pengeluar MPV nasional<\/strong><\/p>\nJENAMA Saga, Iswara, Wira hinggalah model terbaru kenderaan pelbagai guna (MPV), Exora – Proton terus memikat dan mencuri perhatian sektor permotoran dengan prestasi hebat model keluarannya dan harga kompetitif. \n \nFaktor rekaan mesra pengguna dan harga mampu milik menjadikan jenama kereta nasional, Proton terus berdaya saing serta relevan di pasaran automotif. Selepas 25 tahun entiti ini dilahirkan, Proton terus matang dan berevolusi.<\/p>\n
Apakah resipi kejayaan Proton hinggakan jenama ini mampu bertahan dalam pasaran kenderaan yang cukup berdaya saing?<\/strong><\/p>\n\u201cFaktor harga serta rekaan yang dekat di hati pengguna adalah antara resipi menjadikan Proton terus relevan serta mendapat sambutan pengguna.<\/p>\n
\u201cJika dilihat pada harga, Proton cukup berdaya saing. Kita bertuah kerana hampir keseluruhan bahan mentah yang digunakan dalam proses pembuatan kereta Proton diperoleh di bumi sendiri.<\/p>\n
REKAAN prototaip MPV Proton sebelum direalisasikan menjadi Proton Exora kebanggaan rakyat Malaysia.<\/figcaption><\/figure> \n\u201cSelain itu, faktor kos tenaga buruh murah membolehkan kita mengeluarkan kereta pada harga berpatutan,\u201d kata Pengurus Rekaan Jurutera Kenderaan, Bahagian Jurutera Proton, Azlan Othman.<\/p>\nAzlan yang juga memikul tanggungjawab sebagai Ketua Jurutera dan Pereka MPV Proton Exora, berkata persekitaran mencabar pasaran kenderaan mendorong Proton membangunkan kenderaan MPV sesuai dengan permintaan pengguna.<\/p>\n
Beliau berkata, pelancaran model Proton Exora memenuhi impian keluarga besar berpendapatan sederhana untuk merasai keselesaan serta kualiti pemanduan kelas terbaik pada harga berpatutan.<\/p>\n
\u201cMPV Proton Exora lahir selepas tempoh penyelidikan 18 bulan termasuk melalui fasa kajian dan pembangunan (R&D). Kita juga mengumpul pendapat umum mengenai kenderaan yang memenuhi cita rasa pengguna. \n \n\u201cSepanjang tempoh itu, banyak model, rekaan serta ujian dikendalikan tenaga kerja Proton sebelum munculnya rekaan MPV Exora seperti yang dilihat sekarang,\u201d kata Azlan.<\/p>\n
Pada harga serendah RM69,998 bagi kategori M-Line serta RM 75,998 untuk kategori H-Line, tiada apa yang lebih membanggakan selain peluang memandu MPV yang menjadi keluarga baru Proton ini.<\/p>\n
Bersama XY – Tanya Pakar minggu ini, Azlan berkongsi misi dan visi Proton untuk terus mengorak langkah menjadi pengeluar kenderaan terkemuka dalam persekitaran pasaran automotif mencabar…<\/p>\n
\nBoleh ceritakan serba sedikit perjalanan karier anda bersama Proton?<\/strong><\/p>\nSaya mula menyertai Proton sebaik saja menamatkan pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 1995 dalam bidang pengkhususan automotif rekaan industri.<\/p>\n
Pengalaman lebih 13 tahun bersama Proton nyata memberi makna besar dalam karier saya. Ini kerana saya berpeluang mempelajari teknologi kejuruteraan Lotus selain bertanggungjawab mereka komponen Proton Waja.<\/p>\n
Saya juga terbabit dalam proses pembangunan model Neo, Persona, Savvy dan terbaru Proton Exora.<\/p>\n
Sebagai ketua jurutera di Proton, apakah agaknya cabaran menghasilkan rekaan yang dapat memenuhi kehendak pasaran?<\/strong><\/p>\nTidak dinafikan pasaran kenderaan makin mencabar. Namun, Proton kian matang dan kami melakukan banyak proses kajian dan tinjauan di kalangan pelbagai lapisan masyarakat.<\/p>\n
Ini dilakukan bagi memastikan setiap model yang dipasarkan memenuhi cita rasa dan aspirasi semua pihak.<\/p>\n
Bermula dengan Proton Saga pada 1985 hinggalah model MPV terbaru, Proton Exora. Apa komen anda mengenai perjalanan 25 tahun Proton dalam segmen pengeluar kenderaan terkemuka hari ini?<\/strong><\/p>\nPerjalanan panjang Proton cukup membanggakan kerana bermula daripada sebuah syarikat kecil, Proton kini menjadi pengeluar kenderaan yang jenamanya mula diperkatakan di seluruh dunia.<\/p>\n
Tidak mahu sekadar menjadi juara di tempat sendiri, Proton mengorak langkah memasarkan model keluarannya ke luar negara. Bagi memastikan jenama 25 tahun ini berdaya saing, setiap model baru perlu mengambil kira cita rasa global. Ini bagi menimbulkan tarikan dan pesona kepada pengguna antarabangsa.<\/p>\n
Boleh anda ceritakan sedikit proses pembangunan model MPV terbaru, Proton Exora?<\/strong><\/p>\nProton Exora sepatutnya menjadi kebanggaan kita. Ini kerana kenderaan pelbagai guna ini dibangunkan dengan 100 peratus kejuruteraan tempatan.<\/p>\n
Daripada banyak rekaan yang diperdebatkan pada peringkat awal sehinggalah dua rekaan prototaip terakhir, Proton Exora dibangunkan melalui proses penilaian dan kajian terperinci. \n \nAdalah menjadi cabaran bagi kami kerana diminta menghasilkan kenderaan yang memenuhi cita rasa, dilengkapi kualiti bertaraf dunia, reka bentuk kompetitif dan mampu dimiliki siapa saja.<\/p>\n
Tidak dapat tidak, anda pasti bimbang mengenai penerimaan awal pengguna terhadap Proton Exora. Boleh kongsi sedikit perasaan anda apabila kenderaan pelbagai guna ini mula dilancarkan?<\/strong><\/p>\nSemestinya (bimbang dengan reaksi pengguna)… Ini tidak boleh dinafikan kerana Proton Exora adalah model MPV pertama keluaran Proton. Sebagai pengeluar kenderaan, Proton perlu mengambil kira banyak perkara termasuk tidak keterlaluan dalam reka bentuk kenderaan hingga hilang tumpuan dan minat pengguna.<\/p>\n
Alhamdulillah, hingga hari ini sebanyak 11,500 tempahan sudah diterima, sekali gus menjadikan pasaran terbaik bagi model keluaran Proton sekarang.<\/p>\n
Anda dan Proton tentu berbangga dengan sambutan baik terhadap Proton Exora ini bukan?<\/strong><\/p>\nSambutan memberangsangkan diterima berdasarkan jumlah tempahan dan reaksi positif pembeli. Pelbagai inisiatif seperti penubuhan unit Customer Active Team (CAT) misalnya dapat menyelesaikan pelbagai masalah dan rungutan pengguna terhadap kenderaan keluaran Proton.<\/p>\n
Apa pandangan anda mengenai Proton Exora?<\/strong><\/p>\nProton Exora adalah kenderaan MPV yang sangat kompetitif, luas dan selesa. Kenderaan ini juga mempunyai kos penyelengaraan yang rendah selain dilengkapi ciri kenderaan mewah dan berteknologi tinggi.<\/p>\n
Tidak ramai tahu, banyak teknologi terkini diaplikasikan pada Proton Exora. Ini membuatkan kenderaan pelbagai guna ini begitu memikat setanding dengan model MPV sekelasnya yang dijual pada harga sehingga RM150,000.<\/p>\n
Bagaimana anda melihat rekod cemerlang Proton selama ini?<\/strong><\/p>\nSejak segala-galanya bermula hingga hari ini, banyak perkara dipelajari Proton terutama soal kehendak dan keperluan kenderaan bagi pengguna.<\/p>\n
Mengambil contoh, model Juara yang pernah dipasarkan di Malaysia dulu. Umum merasakan model ini kurang mendapat sambutan di Malaysia sedangkan kenderaan ini menjadi antara model popular di Jepun ketika itu.<\/p>\n
Cita rasa pemilik kenderaan keluaran Proton berkembang seiring usia syarikat. Bagaimana Proton merangka strategi supaya kekal relevan dalam industri automotif?<\/strong><\/p>\nHala tuju Proton seperti yang anda lihat hari ini mampu memenuhi setiap segmen pelanggan. Kita sudah memiliki rangkaian segmen kereta kecil, sederhana dan sekarang kenderaan MPV yang memenuhi aspirasi keluarga besar.<\/p>\n
Apa yang membanggakan, kita memiliki jenama kenderaan yang kuat, pasaran kukuh serta terus menyokong kepakaran kejuruteraan tempatan.<\/p>\n
Melihat pasaran kenderaan hari ini, tidak terkecuali Proton berdepan saingan jenama lain di pasaran. Bagaimana Proton berdepan dengan cabaran dan persaingan hari ini?<\/strong><\/p>\nIni sesuatu yang kompleks. Sudah pasti sebagai sebuah syarikat nasional, kita perlu bersaing dengan syarikat pembuat kenderaan besar seperti Toyota. Kita lihat julat pasaran kereta Toyota cukup besar berbanding Proton.<\/p>\n
Namun, kreativiti dan strategi yang diterapkan bertujuan menyaingi kualiti dan nilai produk setanding dengan pengeluar kenderaan utama dunia yang lain.<\/p>\n
Apakah strategi untuk membawa jenama Proton di pentas antarabangsa?<\/strong><\/p>\nKita sedar Proton sendiri tidak boleh sekadar memberi tumpuan untuk pasaran kenderaan di Malaysia. Proton sentiasa merangka strategi melebarkan sayap di luar negara di mana ruangnya cukup besar.<\/p>\n
Pasaran negara asing ini termasuklah China, India dan Timur Tengah yang memiliki jumlah penduduk lebih ramai dan pasaran berskala besar.<\/p>\n
Proton juga giat memasarkan jenama seperti Proton Exora yang akan menembusi pasaran rantau Asia Tenggara termasuk Indonesia. <\/p>\n
Credits to Fairuz Zaidan (fairuzaidan@bharian.com.my)<\/p><\/blockquote>\n
Click here <\/a>to read about Proton Exora My Story from Azlano’s blog. \nSome pictures are taken from Azlano’s blog<\/a> too. \n Official Proton Exora minisite<\/a> \nP\/S – two of my lecturers last semester was also Proton designers<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"Salam. I have always wanted to write about the Proton latest MPV, Exora. It was launched during my final project submission. Since there are too many things to blog about, I almost forget to write about it. Before its too late, I would like to congratulate to all Proton designers for the new Exora. I …<\/p>\n
Proton Exora Styling Design<\/span> Read More »<\/a><\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4446,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[145,94,354,355,57,84,59],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/adlankhalidi.com\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1857"}],"collection":[{"href":"https:\/\/adlankhalidi.com\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/adlankhalidi.com\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/adlankhalidi.com\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/adlankhalidi.com\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1857"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/adlankhalidi.com\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1857\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/adlankhalidi.com\/wp-json\/wp\/v2\/media\/4446"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/adlankhalidi.com\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1857"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/adlankhalidi.com\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1857"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/adlankhalidi.com\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1857"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}