6 Cara Bina Personal Branding di Twitter dengan Hypefury (2023)

Personal branding merupakan strategi yang penting tidak kiralah buat pemilik bisnes,infuencer atau mereka yang ingin membina online presence yang kuat. Selain Instagram dan Facebook, netizen lebih memilih Twitter untuk mendapatkan update terkini dan berinteraksi dengan akaun yang bersesuaian dengan minat mereka. Jadi anda perlu mengoptimumkan penggunaan Twitter jika anda ingin menarik pengikut di platform tersebut.

Anda boleh melakukan ini dengan bantuan aplikasi hebat, Hypefury.

Hypefury merupakan aplikasi pengurusan Twitter yang memberi pelbagai kelebihan kepada para entrepreneur di luar sana. Berikut merupakan cara untuk step up twitter game anda ke peringkat seterusnya dengan Hypefury.

Tingkatkan social presence melalui scheduled tweet

Hypefury membolehkan anda menjadualkan tweet pada masa yang anda mahukan. Kadangkala, kita terlalu sibuk dengan urusan seharian untuk aktif berinteraksi di Twitter. Dengan aplikasi ini anda boleh mengarang tweet yang menarik secara terkumpul di waktu lapang dan siarkan tweet tersebut sepanjang minggu.

Perkara ini bagus kerana kita dapat mengarang tweet berkualiti ketika idea masuk mencurah-curah. Tiada siapa akan tahu tweet itu telah dijadualkan terlebih dahulu kerana Hypefury mempunyai fungsi untuk meneutralkan jadual ciapan anda agar tidak kelihatan terlalu robotik. Semakin kerap Tweet anda lalu di timeline, semakin tinggi capaian kepada pengikut.

Bagi value kepada pengikut melalui thread

Thread atau bebenang di Twitter merupakan trend masa kini yang patut anda ikuti. Disamping memberi nilai kepada pengikut melalui rantaian tweet 140 aksara, anda juga boleh mempromosi servis yang anda lakukan. Maka lebih ramailah mengenali anda dan bisnes yang anda lakukan.

BACA ARTIKEL:   10 Lagu Nasyid Tokoh dalam Sejarah Islam

Namun begitu, membuat thread agak leceh kerana anda perlu berterusan membalas di tweet anda yang sebelumnya. Tetapi dengan Hypefury, anda boleh menulis seperti biasa dan Hypefury akan terus menukar karangan anda kepada bebenang. Anda juga akan dipertontonkan preview bagaimana thread anda akan kelihatan.

Bolehlah selitkan gif, link atau tag akaun yang berkaitan supaya thread anda nampak lebih menarik.

Auto retweet pada masa yang bersesuaian

Tweetstorm concept illustration Free Vector
Kredit: Freepik

Selalunya, tweet kita tidak akan mencapai kesemua pengikut sewaktu pertama kali ianya disiarkan. Jadi, dengan butang auto retweet ini anda berpeluang mendapatkan capaian yang lebih tinggi. Pengikut juga akan bertambah lebih-lebih lagi jika tweet tersebut mendapat Retweet dan perhatian pengikut yang lain.

Idealnya, ulang tweet yang evergreen dan mempunyai banyak interaksi dan diskusi. Anda boleh memilih masa yang bersesuaian seperti selepas 12 jam tweet anda disiarkan atau selepas tweet tersebut mendapat sejumlah retweet seperti gambar di bawah.

Kredit: Hypefury

Siarkan screenshot tweet di platform lain

Ini merupakan salah satu elemen menarik yang terdapat di Hypefury. Sering kita lihat tweet di jadikan content di Facebook dan mendapat pelbagai komen dan reaksi dari pengikut di platform yang lain. Kita juga boleh menggunakan idea yang sama dengan menyiarkan tweet yang popular dari akaun kita ke Instagram dan sebagainya.

hypefury
Contoh insta-shot yang boeh dihasilkan (Kredit: Hypefury)

Tidak semestinya pengikut Facebook dan Instagram sedar akan kewujudan akaun Twitter anda. Jadi dengan berkongsi screenshot ini, anda dapat membina imej dan kepercayaan pengikut-pengikut anda. Peluang untuk pengikut di Twitter bertambah juga meningkat.

Hantar DM secara automatik kepada pengguna Twitter lain

Pengguna boleh hantar Direct Message secara automatik.

Evergreen library menarik followers

Hypefury membolehkan anda menyenaraikan tweet evergreen di dalam sebuah library. Jadi anda sentiasa boleh mengakses tweet tersebut dan siarkan ianya kembali di waktu yang bersesuaian. Tidak perlulah mencari dari ribuan tweet yang ada untuk ciapan yang berpotensi mendapat interaksi.

BACA ARTIKEL:   10 Lagu Nasyid Tokoh dalam Sejarah Islam

Berminat nak cuba?

Hypefury menjadikan pengalaman menggunakan Twitter lebih smooth dan menarik. Dengan melanggan serendah $15 sebulan, anda telah membuat pelaburan jangka masa panjang untuk membina personal branding di platform Twitter. Free trial juga disediakan jadi anda boleh cuba sendiri pengalaman menggunakan Hypefury ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *