Kelebihan e-wallet: 5 sebab kenapa anda perlu guna e-wallet

Kini, penggunaan e-wallet atau dompet digital berkembang bak cendawan tumbuh selepas hujan. Ternyata lebih ramai rakyat Malaysia yang memilih untuk melakukan transaksi dengan smartphone mereka daripada membawa wang tunai. Ini selari dengan inisiatif Bank Negara Malaysia untuk melangkah ke Cashless Society pada tahun 2020. Pada hari ini, terdapat lebih 40 e-wallet yang telah diberi lesen oleh Bank Negara Malaysia sama ada kepada bank atau syarikat kewangan bukan bank.

Apa itu e-wallet?

Dalam bahasa mudah, e-wallet atau dompet digital sama sahaja dengan dompet anda. Cumanya, duit berbentuk digital dan dompetnya adalah aplikasi di smartphone anda. E-wallet perlu di topup terlebih dahulu menggunakan kredit kad, debit kad atau pun secara transaksi atas talian.

Senarai e-wallet di Malaysia

  1. Boost
  2. Touch n Go
  3. Grabpay
  4. Razer
  5. ShopeePay
  6. Fave
  7. Zapp

Di mana e-wallet digunakan?

E-wallet boleh didapati di shopping mall, restoran dan juga stesen minyak. Disebabkan penggunaan e-wallet yang meluas sekarang, kelihatan gerai-gerai kecil juga telah mula menggunakan e-wallet.

Jika anda masih lagi belum menggunakan e-wallet, teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui 5 kelebihan e-wallet.

Kelebihan e-wallet

Jejak dan kawal perbelanjaan

Jika ditanya kepada mereka yang menggunakan e-wallet, rata-rata akan menjawab e-wallet memudahkan mereka menjejaki perbelanjaan yang telah dibuat. Anda tidak perlu bersusah-payah memikirkan kemana hilangnya RM 100 yang baru dikeluarkan tetapi hanya perlu melihat history di aplikasi anda. Kelebihan e-wallet yang merekodkan perbelanjaan secara automatik ini agak menarik dan efisien untuk memastikan bajet kewangan tercapai.

BACA ARTIKEL:   10 Lagu Nasyid Tokoh dalam Sejarah Islam

Pantas dan mudah

Proses jual beli tradisional ialah dengan mengira jumlah pembelian, memberi sejumlah wang dan menerima baki dari juruwang. Pertukaran wang ringgit dari tangan ke tangan itu agak melecehkan berbanding e-wallet yang hanya memerlukan juruwang mengimbas kod QR yang tertera di aplikasi e-wallet pembeli. Tiada lagi permasalahan duit syiling yang tidak cukup dan sebagainya. Duit terus ditolak dari aplikasi tersebut dan direkodkan.

Penggunaan yang selamat

Membawa wang tunai dalam jumlah yang banyak mempunyai risikonya lebih-lebih lagi jika kejadian yang tidak diingini berlaku. Jika terdapat kecurian ata diragut, duit digital yang berada di dalam aplikasi anda boleh dikatakan lebih selamat berbanding wang tunai yang sudah tentunya hilang. Hal ini kerana , e-wallet memerlukan kata laluan untuk melakukan apa-apa transaksi mahupun mengubah data di aplikasi terrsebut. Tanpa pengesahan, agak sukar untuk seseorang menceroboh e-wallet anda. Selain itu, kes penipuan matawang tunai juga dapat dielakkan dengan menggunakan e-wallet.

Reward dan cashback

Kelebihan e-wallet yang lain ialah sistem ganjaran dan cashback yang ditawarkan. Ramai pengguna e-wallet lebih memilih untuk menggunakan kaedah pembayaran ini untuk mengumpul mata ganjaran. E-wallet seperti Grab pay, Boost dan Touch n Go merupakan contoh sistem e-wallet yangg menawarkan ganjaran. Antara yang saya dapati menarik, Zapp e-wallet yang menawarkan pulangan tunai RM 5 jika membeli belah di Mydin. Jadi, tunggu apa lagi? Alang-alang membeli barang keperluan, anda berpeluang untuk mendapatkan RM 5.

Berhubung dengan rakan

Bagaimana aplikasi e-wallet boleh dikatakan dapat berhubung dengan rakan? Sebenarnya, kebanyak aplikasi e-wallet membenarkan transaksi wang kepada rakan yang mempunyai e-wallet yang sama. Maknanya, anda boleh memberi angpau kepada rakan atau pekerja dari aplikasi e-wallet.

BACA ARTIKEL:   8 Idea Jana Pendapatan Pasif pada Tahun 2023

Tidak terhad kepada itu sahaja, Zapp e-wallet menawarkan sistem perbualan dengan rakan dalam aplikasi yang sama. Sistem yang dinamakan ZappChat itu membenarkan penghantaran voice message, document dan juga location kepada rakan anda. Sangat menarik!

Bagaimana nak pilih E-wallet?

Saya berpendapat pilihan e-wallet ini bergantung kepada apakah rutin dan aktiviti harian kita.

Hampir kesemua dah boleh membayar bil air dan telefon. Kecuali bil elektrik yang hanya boleh dibayar melalui Touch N Go.

Secara peribadi, saya suka menggunakan GrabPay.

Salah satu sebabnya ialah aktiviti saya yang lebih banyak travel dan menggunakan khidmat e-hailing.

Selain itu saya juga dapat mengumpul mata Grabpoints yang boleh ditukar kepada pelbagai rewards. Malahan points yang terkumpul, boleh juga digunakan semula untuk membayar perjalanan e-hailing.

Tetapi jika anda seorang yang selalu memandu kereta dan perlu melalui lebuhraya di sekitar Lembah Klang dan menggunakan kemudahan parking, maka pilihan yang sesuai ialah menggunakan Touch N Go.

Tetapi yang saya tidak suka dengan Touch N Go ialah baki dalam e-wallet tidak boleh dibawa masuk ke dalam kad fizikal.

Dengan pengenalan kad NFC, saya berharap fungsi e-wallet dan kad fizikal dapat digunakan dengan lebih cekap.

Kesimpulan

Terdapat banyak aplikasi e-wallet yang boleh anda pilih pada hari ini. Nasihat saya, pilihlah aplikasi yang bersesuaian dengan anda dan mempunyai fungsi yang menguntungkan. Jika anda ingin memuat turun aplikasi Zapp yang saya telah sebutkan di dalam artikel, klik gambar di bawah.

kelebihan e-wallet
Klik gambar untuk memuat turun aplikasi Zapp.

Ternyata dunia kita hari ini semakin mengalami digitalisasi. Kita sebaiknya perlulah membiasakan diri dengan norma baharu ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *