broadband malaysia

4 Pelan Broadband Malaysia Yang Berbaloi

Kehidupan pada masa kini amat bergantung dengan penggunaan internet di mana sahaja kita berada tak kira di rumah, di tempat kerja atau di tempat awam. Terdapat banyak syarikat penyedia internet yang boleh anda pilih untuk mendapatkan pelan broadband Malaysia yang bersesuaian dengan kehendak dan keperluan anda.

Artikel ini akan membandingkan beberapa pelan broadband Malaysia yang berbaloi untuk anda langgani.

1. Pelan Broadband Unifi

Unifi dibawah seliaan TM Malaysia cukup terkenal dengan servis internet pantasnya yang menggunakan teknologi gentian optik. Unifi menawarkan 2 pakej broadband iaitu;

  1. Unifi Home Fibre Broadband 500mbps + Plus Box
  2. Unifi Home Fibre Broadband 300mbps + Plus Box

Unifi Home Fibre Broadband 500mbps + Plus Box datang dengan harga RM249 sebulan. Antara kelebihan yang ditawarkan ialah;

  • Harga yang berbaloi dengan kelajuan internet pantas (500mbps) dan pakej TV
  • Tersedia untuk kebanyakan rumah
  • Free-trial selama 30 hari
  • 600 minit panggilan percuma
  • Akses percuma ke rangkaian TV selama 6 bulan

Untuk menikmati rangkaian perkhidmatan internet ini, anda harus akur dengan kontak 24-bulan.

Pakej Unifi Home Fibre Broadband 300mbps + Plus Box pula menawarkan harga yang lebih rendah iaitu RM199 sebulan. Kelebihan yang sama dengan pakej 500mbps dapat dinikmati dengan pelan broadband Malaysia ini namun dengan kelajuan yang sedikit rendah iaitu 300mbps. Namun, dengan kelajuan 300mbps anda masih boleh melayari internet dengan selesa.

Selain itu, Unifi turut menawarkan pakej internet tanpa melibatkan Unifi Plus Box seperti berikut:

  1. Fibre Home 30 Mbps (60GB data/bulan) – RM79
  2. Fibre Home 30 Mbps Unlimited – RM89
  3. Fibre Home 100 Mbps – RM129
Kredit: Unifi

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan pakej Unifi, klik di sini.

BACA ARTIKEL:   10 Lagu Nasyid Tokoh dalam Sejarah Islam

2. Pelan Broadband TIME

TIME merupakan sebuah syarikat penyedia khidmat internet yang terkenal dengan pakej-pakej internet yang berbaloi harganya dan terkenal di kalangan pemain permainan video. Terdapat pelbagai pakej yang boleh anda langgani bersesuaian dengan keinginan anda seperti;

  1. 100 Mbps – RM99 sebulan
  2. 500 Mbps – RM139 sebulan (best-seller)
  3. 1 Gbps – RM189 sebulan
Kredit: TIME

Antara kelebihan yang ditawarkan oleh TIME termasuklah;

  • Salah satu internet terpantas di Malaysia
  • Harga yang sangat berbaloi
  • Pilihan untuk tidak terikat dengan kontrak
  • Kuota penggunaan internet tanpa had

Namun begitu, khidmat internet ini hanya tersedia untuk kawasan perumahan tinggi sahaja seperti kondominium. Jika kawasan anda layak, anda boleh mendaftar broadband TIME di sini.

3. Pelan Broadband Maxis

Maxis merupakan salah satu syarikat penyedia broadband Malaysia yang turut menawarkan khidmat internet menggunakan teknologi gentian optik. Maxis Fibre merupakan pakej gentian optik yang ditawarkan dengan pelbagai pilihan kelajuan internet bersesuain dengan kadar penggunaan harian internet anda. Bermula dengan harga serendah RM89, anda boleh melanggan pakej internet berkelajuan 30mbps. Antara pilihan lain yang tersedia adalah

  1. Maxis Fibre 30 mbps – RM89 sebulan
  2. Maxis Fibre 100 mbps – RM129 sebulan
  3. Maxis Fibre 300 mbps – RM149 sebulan
  4. Maxis Fibre 500 mbps – RM219 sebulan
  5. Maxis Fibre 800 mbps – RM299 sebulan
Kredit: Maxis

Maxis fibre menawarkan pelbagai kelebihan seperti:

  • Kuota internet tanpa had
  • Teknologi gentian optic
  • Kadar panggilan lebih rendah

Namun, infrastruktrur Maxis adalah daripada TM, maka kestabilan dan kelajuan rangkaian adalah bergantung kepada TM. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang broadband Maxis, klik di sini.

4. Pelan Broadband Celcom

Celcom menawarkan 2 jenis pelan broadband Malaysia yang bersesuaian dengan kawasan kediaman dan keperluan pengguna.

BACA ARTIKEL:   Bitcoin Patuh Syariah? 5 Langkah Beli Bitcoin

Antara pelan yang ditawarkan termasuklah;

  • 1. Celcom Home Fibre
  • 2. Celcom Home Wireless

Celcom Home Fibre menawarkan rangkaian internet tanpa had bermula dengan harga RM80 sebulan. Berukut merupakan pakej yang ditawarkan dalam pelan Celcom Home Fibre:

  1. Home Fibre 30 Mbps – RM80 sebulan
  2. Home Fibre 100 Mbps – RM120 sebulan
  3. Home Fibre 300 Mbps – RM119 sebulan dengan rebat RM21 untuk 3 bulan pertama
  4. Home Fibre 500 Mbps – RM279 sebulan dengan rebat RM21 untuk 3 bulan pertama
Kredit: Celcom

Antara kelebihan Celcom Home Fibre adalah:

  • Gentian optik
  • Internet tanpa had

Celcom Home Wireless pula menawarkan pakej internet plug-and-play dan meliputi kawasan non-fibre area kerana ia menggunakan rangkaian 4G.

Antara pakej yang ditawarkan adalah;

  1. Home Wireless M 25GB – RM70
  2. Home Wireless L 50GB – RM100
  3. Home Wireless XL Unlimited – RM150
Kredit: Celcom

Antara kelebihan Celcom Home Wireless adalah:

  • Liputan yang lebih meluas dengan rangkaian 4G
  • Mudah untuk dipasang (plug-and-play)

Namun, internet tanpa had hanya dapat dinikmati dalam pakej Home Wireless XL sahaja manakala pakej lain terikat dengan kuota 25 GB atau 50 GB sahaja. Dapatkan Celcom broadband anda di sini.

Kesimpulannya,

Pemilihan broadband dan pakej internet haruslah bersesuaian dengan keperluan dan bajet masing-masing agar kita dapat menikmati kemudahan internet yang terbaik. Pastikan anda menyemak terlebih dahulu sama ada kawasan anda adalah tersenarai dalam liputan pemasangan khidmat internet tersebut atau tidak.

Baca lebih lanjut tentang cara buat duit dengan sistem affliate di sini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *