Lama dah tak masuk kelas marketing. Kali ni join EMGP.
Join ni sebab ada peluang nak bersama circle marketer dengan misi yang sama.
All these while banyak join yang luar negara macam AdWorld & EcomWorld.
Kelebihan join yang local ni, kita dapat juga konteks pasaran di Malaysia.
Baru dua hari dah belajar banyak benda. Memang kena unlearn, learn and relearn.
Marketing ni pi mai pi mai tang tu juga. Asas nya sama saja.
Beza bila belajar dengan ramai guru ni, dapat belajar tafsiran yang berbeza. Setiap orang ada cara masing2 kan.
Kalau kita sorang je marketer dalam company, serius lonely. Tak best.
Sebab takde geng nak sembang hal2 marketing.
So, aku pun join ni bulan Ogos lepas sebagai batch pertama!
Cabaran lepas habis join kelas marketing atau bisnes ialah untuk digest, faham dan implement dalam bisnes.
Nak tahu apa aku dapat? 👇🏻
Table of Contents / Kandungan
1 – Mindset & knowledge fundamental
Sebelum ni rasa macam dah pakar. Memang boleh belajar sendiri.
Tapi bila masuk kelas, belajar dari pengalaman orang lain, banyak kita boleh ambil dan apply dalam kerja/bisnes kita.
Tak dinafikan, kebanyakan sifu2 lain, jarang rekemen buku apa yang diorang baca.
Ilmu yang dikongsi ialah back to fundamental atau ilmu perdu.
Inilah datangnya mazhab kebenaran.
Aku sendiri tak sempat nak baca buku2 marketing ni.
So dah jimat masa bila dapat belajar ilmu dari buku2 marketing yang best ni.
Tapi memang nak lebih, beli la buku tu baca sendiri 😁
2 – Boleh tengok video rakaman
Walaupun kelas online start 9pm, ada masa tak dapat nak join secara live.
Bila boleh akses rakaman, sangat convenient.
Macam tengok video on-demand. Tapi pasal marketing.
Modul pun memang complete. Teknikal, copywriting, even utk uruskan projek klien sebagai freelance consultant.
Tapi kalau join LIVE lagi best. Boleh interaksi dan dapat instant feedback.
3 – Circle positive & supportive
Ni la grup Whatsapp yang mahal ilmunya. Yang rasa rugi kalau terlepas & tak baca.
Bila kita stuck buat marketing untuk kerja atau untuk klien, iklan tak jadi ke, apa ke, dalam grup ni masing2 boleh tanya.
Kena pandai tanya soalan yang betul. InsyaAllah kalau bukan Tn Rahim Ibrahim sendiri, members pun akan tolong jawabkan.
Kesimpulan – So, berbaloi tak join EMGP ni?
Rasanya memang sangat berbaloi spend duit join ni.
Lebih konfiden nak buat marketing untuk kerja dan klien.
Yuran memang keras sikit, tapi return dia lebih 10x.
Kalau korang ada berminat nak tahu lebih lanjut pasal , boleh join webinar yang seterusnya.
Tarikh webinar preview PERCUMA yang seterusnya:
9 malam, 5 Mei 2023- 9 malam, 23 Jun 2023
- 9 malam, 7 Julai 2023
Klik link ni utk daftar. FREE je. 👇🏻
Gambar kredit Facebook Izzati Syahirah