sistem affiliate

5 Cara Buat Duit dengan Sistem Affiliate

Ramai yang telah membuat duit dengan melayari internet. Kita mungkin lebih familiar dengan dropship dan agent tetapi sistem affiliate juga merupakan cara mudah untuk mendapatkan duit dengan hanya duduk di hapadan skrin komputer. Berbeza dengan dropship dan agent yang menjual produk direct seperti pakaian dan sebagainya, sistem affiliate memerlukan anda untuk mempromosikan sesuatu link. Dalam kata lain, meningkatkan trafik ke website tersebut. Apabila seseorang membeli produk dari link yang anda sediakan, maka anda akan mendapat komisen dari pembelian tersebut. 

Berikut ialah 5 cara untuk anda buat duit melalui sistem affiliate.

1. Daftar affiliate program

Anda semestinya perlu untuk mendaftar terlebih dahulu sebelum anda boleh mempromosi link tersebut. Terdapat banyak syarikat yang menawarkan program ini, antara yang popular ialah Shopee Affiliate Program, Lazada, Photobook, Adidas dan sebagainya. Setiap syarikat memberi  nilai komisen yang berbeza. Jadi pilihlah syarikat yang menawarkan komisen yang bersesuaian.

Semua yang saya senaraikan ini menggunakan platform Involve Asia. Jadi, penting untuk anda mendaftar di Involve Asia. Cara mendaftar adalah sangat mudah dan anda akan di review dalam 1-3 hari sebelum disahkan sebagai agent affiliate.

Klik gambar untuk mendaftar terus di Involve Asia

2. Cari niche anda

Adalah lebih baik jika anda mempunyai niche tersendiri. Ini bagi membolehkan anda mengumpul follower dalam bidang atau niche yang sama. Selepas mendapat follower dalam niche tersebut, yakinlah lebih senang untuk anda convert sale nanti. Saya galakkan untuk tumpu kepada satu atau dua niche terlebih dahulu.

BACA ARTIKEL:   Ini Apa Yang Aku Dapat Dari Kelas Marketing 'Elite Marketer Genesis Project' (EMGP)

Contohnya, niche berkaitan makanan. Promote dan berikan content berkaitan makanan sahaja untuk mengumpul audience. Ini juga membolehkan anda rank lebih tinggi dalam carian SEO. Jika mahu lebih spesifik kepada sesuatu makananan contohnya sambal sahaja, ini adalah lebih baik. 

3. Buat konten menarik

sistem affiliate
Gambar sekadar hiasan (Kredit: freepik.com)

Sebelum mengharap audiens untuk terpengaruh dengan promosi anda, semestinya anda perlu memberi konten yang menarik. Konten yang menarik bermaksud yang mampu memberi nilai kepada pengikut anda. Ini secara tidak langsung akan meningkatkan engagement. Mereka juga akan lebih percaya kepada anda. 

Contohnya, sebelum anda mempromosi baju-baju cantik di shopee melalui affiliate, anda boleh membuat konten seperti ‘styling tips’, ‘Tips padanan warna’ dan lain-lain. Berikan nilai kepada audiens anda supaya mereka tertarik.   

4. Pilih platform dan dapatkan trafik

Setelah anda memilih niche yang bersesuaian, langkah seterusnya ialah memilih platform untuk anda mula mempromosi link tersebut. Antaranya seperti Instagram, Twitter, Youtube dan Blog. Platform seperti Instagram dan Twitter membolehkan anda mempromosi secara kasual. Tetapi ianya lebih berkesan jika anda telah mempunyai pengikut yang ramai.

Youtube dan blog juga sesuai lebih-lebih lagi jika anda bijak mengoptimisasikan content mengikut SEO. Peluang untuk ranking di Google itu lebih tinggi dan anda boleh mendapatkan trafik yang lebih tinggi

5. Create dan manage affiliate link

Setelah menetapkan perkara yang saya sebutkan di atas, tiba masanya untuk mencipta affiliate link.  Syarikat akan menyediakan link unik kepada setiap affiliate marketer supaya mereka boleh menjejak orang yang telah berjaya mendapat sale.

Manage link tersebut dengan baik. Pastikan link placement anda bersesuaian dengan content. Jangan nampak seperti spam dengan meletakkan link di tempat yang  tidak bersesuaian. Jangan lupa juga untuk call out audiens anda dengan meletakkan gambar atau ayat yang boleh menarik perhatian audiens anda. 

BACA ARTIKEL:   Ini Apa Yang Aku Dapat Dari Kelas Marketing 'Elite Marketer Genesis Project' (EMGP)

Info tambahan untuk anda, salah satu platform affiliate berbaloi yang telah saya cuba ialah Klikjer.

Klik gambar untuk mendaftar di Klikjer

Klikjer mempunyai banyak produk yang mempunyai permintaan yang tinggi. Landing page yang berkualiti dan komisen yang tinggi sememangnya berbaloi untuk anda join affiliate program mereka.

Baca lebih lanjut tentang tips digital marketing di sini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *