bisnes fotografi

5 Mesti Ada Sebelum Memulakan Bisnes Fotografi

Anda yang buka artikel ni mesti suka ambil gambar kan? Lagi-lagi kalau anda merupakan seorang food hunter, seorang yang mempunyai bisnes sendiri, suka ‘ootd’ dan seorang kaki travel. Ke mana sahaja anda pergi mesti penuh gambar di galeri telefon bukan? Minat dan kemahiran anda ini boleh dimanfaatkan untuk anda menjana pendapatan melalui bisnes fotografi.

Hobi anda ini bukan sahaja dapat memenuhi kepuasan hati tetapi juga dapat dijadikan sumber pendapatan menerusi bisnes fotografi. Peluang pekerjaan yang terhad memaksa anda untuk mencari inisiatif membuat bisnes sendiri bagi menampung kehidupan.

Bisnes yang paling seronok adalah berkaitan dengn apa yang kita minat, barulah ada feel dan semangat walaupun berkali-kali jatuh tetap boleh bangkit. Dalam kehidupan bisnes, semangat itu wajib ada dan wajib dicari dari mana puncanya.

Tetapi, anda tidak tahu bagaimana nak memulakan bisnes fotografi. Kemahiran mengambil gambar sahaja tidak mencukupi untuk ada memulakan bisnes fotografi. Setakat menggunakan telefon pintar, semua orang ada telefon dan kamera telefon tidaklah secanggih kamera DSLR. Nak guna kamera DSLR tapi tak tahu pula apa yang diperlukan.

Jadi, mari saya kongsikan 5 perkara penting yang mesti ada untuk pemula bisnes fotografi.

1) Body Kamera asas bisnes fotografi

bisnes fotografi
Sumber: Unsplash

Body kamera merupakan alatan wajib yang mesti seorang phorographer ada, kalau tak ada ini memang tidak boleh langsung nak photoshoot. Persoalannya, kamera apa yang saya boleh beli? Tiada jawapan secara spesifik kerana setiap siri kamera yang dikeluarkan mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.

BACA ARTIKEL:   Ini Apa Yang Aku Dapat Dari Kelas Marketing 'Elite Marketer Genesis Project' (EMGP)

Semua itu bergantung kepada keperluan dan bajet anda. Apa yang penting kamera tersebut haruslah mempunyai mode manual supaya anda dapat belajar tentang exposure, shutter speed, dan aperture untuk menghasilkan efek-efek tertentu. Dari situ anda akan lebih memahami dunia fotografi dengan lebih mendalam.

2) Lensa @ Lens pengukuh Bisnes fotografi

Kebiasaannya, lensa sudah sedia ada bersama body kamera yang dibeli (lens kit). Jadi anda tidak perlu membeli lensa yang lain kerana itu sudah cukup memadai untuk seorang pemula.

Bila anda sudah faham dengan ciri-ciri lensa dan apa yang anda perlukan dari lensa, maka anda boleh upgrade kepada lensa yang lain seperti :

  • Macro Lens – untuk melihat objek dengan lebih dekat
  • Wide Angle Lens – biasanya digunakan dalam architecture dan photojournalism (mempunyai bukaan lebih besar dari 60  darjah sudut pandangan)
  • Zoom Lens – mempunyai pelbagai focal length seperti 70-200mm atau 18-70mm

3) Kad Memori pemudah bisnes fotografi

Terdapat pelbagai variasi harga kad memori bergantung kepada kapisitinya. Kad memori digunakan untuk menyimpan data gambar sebagai ganti kepada ‘filem’ yang digunakan sewaktu dahulu. Antara pilihan yang terbaik adalah dari Sandisk Ultra, Sandisk Extreme dan Lexas Pro.

Sumber: Unsplash

Kelajuan memori kad sangat penting jika anda ingin merakam gambar dengan pantas terutamanya pada mode burst. Kelajuan memori kad ada dua iaitu kelajuan menulis dan membaca data.

Sebagai contoh, kad memori normal atau ‘cap ayam’ Sandisk 64gb yang berharga RM30 mempunyai kelajuan 20mbs manakala kad memori ‘cap dewa’ 2gb yang berharga sama RM30 pula berkelajuan 90mbs.

4) Speedlight Flash jadikan bisnes fotografi lebih profesional

Alatan ini digunakan untuk menghasilkan cahaya pada kawasan kurang cahaya atau ketika cahaya datang dari arah bertentangan. Speedlight flash merupakan cahaya tambahan untuk menerangkan lagi objek yang diambil.

BACA ARTIKEL:   Ini Apa Yang Aku Dapat Dari Kelas Marketing 'Elite Marketer Genesis Project' (EMGP)

5) Laptop dan Software pelengkap bisnes fotografi

Sumber: Unsplash

Menggunakan efek kamera juga sudah mencukupi untuk mendapatkan gambar yang menarik. Tetapi, untuk menghasilkan gambar yang lagi mantap anda perlukan laptop untuk mengedit gambar.

Anda boleh gunakan apa sahaja jenis laptop asalkan dapat support software-software  yang digunakan untuk photo editing seperti Lightroom dan Adobe Photoshop.

Akhir kata

Keperluan asas dalam ini tidak akan lengkap tanpa semangat yang berkobar-kobar untuk memulakan bisnes fotografi anda sendiri. Untuk melengkapkan lagi pengetahuan anda tentang tips dan panduan memulakan bisnes fotografi, anda boleh mendapatkan e-book Panduan Memulakan Bisnes Fotografi di sini.

Klik gambar untuk dapatkan e-book.

SEMOGA BERJAYA DALAM DUNIA FOTOGRAFI !!

Jika berminat untuk baca tentang Tips Freelance Designer, klik di sini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *