Memang tidak dapat disangkal bahawa rentak ekonomi dunia agak terjejas akibat wabak Covid-19. Ramai yang kehilangan kerja dan terpaksa menggunakan wang simpanan untuk meneruskan kehidupan. Terdapat juga segelintir yang mempunyai wang lebihan yang masih berkira-kira sama ada sekarang adalah waktu yang terbaik atau tidak untuk melabur saham.
Sekiranya anda mempunyai ilmu dan bimbingan yang betul, sudah tentu anda akan tahu masa yang tepat untuk melabur dalam fasa ekonomi global yang kurang stabil ini. Jadi dalam entri kali ini, saya akan terangkan secara ringkas “5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu sebelum Melabur Saham”.
Table of Contents / Kandungan
1. Kenali organisasi yang terlibat dalam pasaran saham
Sebelum melakukan sesuatu yang besar, sudah tentu kita perlu memahami sedikit sebanyak selok belok perkara tersebut. Alangkah untuk menyunting si dara pengarang jantung pun kita perlu tahu siapa yang menjaganya, orang terapat dengannya malah kawan baiknya supaya tidak menempah susah di masa hadapan; Inikan pula saham.
Dalam perdagangan saham, terdapat banyak organisasi yang terlibat yang perlu kita tahu supaya tidak terkeliru dikemudian hari.
Bursa Malaysia
Pertama sekali ialah Bursa Malaysia. Bursa Malaysia ialah syarikat pemegang urusniaga saham di Malaysia. Hal ini bermaksud semua syarikat yang tersenarai dalam pasaran saham di Malaysia hendaklah mematuhi syarat-syarat dan mendapat kelulusan Bursa Malaysia. Jangan risau kerana jika anda sebagai pelabur, anda tidak akan berurusan secara langsung dengan Bursa. Malah, transaksi tersebut berlaku di antara Bursa dan broker.
Broker atau Participating organization
Broker atau Participating organization pula ialah pihak yang bertanggungjawab untuk menguruskan jual beli pihak pelabur. Untuk berdagang saham, pelabur perlu membuka akaun CDS dengan salah satu Participating Organization berlesen seperti Malacca Securities, RHB TradeSmart, dan Jupiter Securities. Setiap broker menawarkan kadar dan ciri yang berlainan jadi pastikan anda membuat ulangkaji terlebih dahulu kadar pembrokeran dan sistem mereka.
Remisier atau ejen pengantara
Jika anda ingin membuka akaun CDS kebiasaaannnya remisier atau ejen pengantara yang telah dilantik syarikat broker inilah yang akan menguruskan borang anda untuk dihantar ke Bursa Malaysia.
2. Saham yang mematuhi syariah
Malaysia antara negara yang terkedepan dalam mempunyai ekonomi Islamik dan pasaran saham yang mesra syariah. Malah padah tahun 2018, Bursa Malaysia telah dinobat sebagai ‘Pasaran Saham Terbaik untuk Penyenaraian Islamik 2018’.
Mengikut sarjana dan penasihat syariah dari pelbagai negara, hukum melabur saham itu sendiri ialah harus. Di Malaysia pelaburan seperti saham dipantau oleh Shariah Advisory Council (SAC) di bawah Securities Commission (SC). Mereka lah yang akan mengeluarkan senarai saham patuh syariah setiap dua kali setahun kerana status ini boleh berubah mengikut keadaan semasa syarikat.
Elemen yang dinilai adalah seperti berikut:
- Perkhidmatan kewangan berdasarkan riba (faedah);
- Perjudian;
- Pembuatan atau penjualan produk bukan halal atau produk berkaitan;
- Insurans konvensional;
- Aktiviti hiburan yang tidak dibenarkan menurut Syariah;
- Pembuatan atau penjualan produk berasaskan tembakau atau produk berkaitan;
- Pembrokeran saham atau perdagangan saham pada sekuriti tidak patuh Syariah, dan
- Aktiviti lain yang dianggap tidak dibenarkan menurut Syariah.
Dengan memilih akaun yang selaras syariah, tiada pembelian saham yang tidak patuh syariah akan berlaku dan pengurusan kewangan anda juga berlandaskan prosedur yang telus. Antara broker yang menawarkan akaun patuh syariah ialah Affin Hwang Investment Bank Berhad, Malacca Securities Sdn Bhd, Maybank Investment Bank Berhad dan MIDF Amanah Investment Bank Berhad.
3. Modal? Go big or go home.
Walau pun anda teruja untuk melakukan pelaburan pertama anda, perlu di ingatkan bahawa tidak semestinya pelaburan tersebut membawa keuntungan. Pemikiran perlu diubah dan niatkan pelaburan pertama anda untuk menimba pengalaman. Modal pertama tidak semestinya besar tetapi cukup untuk mulakan pembelian dan mengakses lebih banyak screener di iSaham.
Modal ini perlu dimasukkan dalam akaun CDS sebelum boleh digunakan dalam platform dagangan. Terdapat dua mod pemindahan wang iaitu manual transfer dan FPX Direct Transfer. Semestinya, FPX direct transfer adalah lebih pantas, tetapi minimum transaksi yang ditetapkan ialah RM1000.
Jadi berapa nilai modal yang bersesuaian? Mari kita buat kira-kira. Bursa Malaysia menetapkan minimum unit pembelian saham sebanyak 100 unit (1 lot). Jika 1 unit saham bernilai RM 0.20, maka 100 unit bernilai RM 20. Jadi boleh tak melabur dengan RM 20?
Sudah tentu! Tetapi keuntungannya tidak signifikan. Bagi pelaburan yang serius, RM 1000 ke atas adalah lebih sesuai. Ingat, modal bukan alasan untuk melabur asalkan mempunyai ilmu yang betul.
4. Fahami status transaksi jual beli
Sebagai pemula, tidak dinafikan bahawa proses pembelian saham kali pertama boleh jadi situasi yang membingungkan. Mata seolah-olah berpinar kerana terlalu banyak saham yang disenaraikan dalam platform trading dan nombornya sentiasa berkelip-kelip menandakan update yang berlaku dalam real-time.
Setelah anda berjaya membeli atau menjual saham, berikut merupakan status yang perlu anda fahami: Tiadalah anda tertanya tanya, sama ada pembelian anda telah berjaya atau tidak.
Status | Maksud |
Confirmed | Input jual beli tadi dah dimasukkan dalam sistem, tetapi transaksi belum berlaku. Caj broker belum dikenakan. Pesanan boleh dibatalkan atau diubah. |
All Matched | Input tadi sudah berjaya diniagakan. Caj broker akan dikenakan. Pesanan tak boleh dibatalkan. |
Partially Matched | Sebahagian jumlah saham berjaya diniagakan. Caj broker akan dikenakan. Baki pesanan boleh dibatalkan. |
Order Expired | Pesanan tidak terpadan sehingga habis hari dagangan pada pukul 5 petang. Tiada caj broker dikenakan. |
Order Removed from queue | Pesanan berjaya dibatalkan. Tiada caj broker dikenakan. |
5.Analisis saham dengan iSaham
Sebagai pelabur, keputusan yang pantas pada waktu yang tepat amat diperlukan Di sini lah iSaham memainkan peranan yang penting. iSaham adalah syarikat yang membuat analisis data untuk syarikat-syarikat yang berdaftar dalam Bursa Malaysia. Mereka menyediakan lebih daripada 150 screener percuma dan premium untuk menapis saham-saham mengikut strategi pelabur.
Sebelum anda melabur di syarikat syarikat besar, sebaiknya anda membuat kajian tentang skor, chart dan trading plan syarikat tersebut. Banyak group telegram dan webinar asas pelaburan saham yang disediakan sesuai dengan pemula yang ingin memahami lebih lanjut konsep pelaburan saham.
Sememangnya..
Menang saham merupakan impian setiap pelabur dan ianya bukan mustahil berbekalkan ilmu dan teknik yang tepat. Jadi, saya ingin mencadangkan pembaca untuk menambah pengetahuan tentang saham yang boleh didapati banyak secara atas talian dalam bentuk blog, telegram mahu pun e-book. Kelas saham yang dianjurkan juga boleh dihadiri bagi menambah pengetahuan berkenaan saham.
Jika anda masih mencari teknik lain untuk menjana pendapatan, anda juga boleh membaca artikel ini dimana anda boleh buat duit dengan hanya menulis. Dalam fasa ekonomi yang agak mengirikan ini, saya berdoa semoga urusan kita dipermudahkan dalam mencari rezeki yang halal.