Buat Duit Dengan Menulis? 5 Cara Mudah Untuk Bermula!

Buat duit hanya dengan menulis? Ya, betul. Sudah ramai yang menjadikan minat menulis sebagai punca pendapatan. Jika anda mempunyai minat dan kemahiran menulis yang baik, anda juga mampu untuk menjana pendapatan dengan melakukan perkara yang sama, walaupun baru nak bermula.

Buat Duit Dengan Menulis? 5 Cara Mudah Untuk Bermula!

Terdapat macam-macam cara yang boleh dilakukan untuk menjana pendapatan melalui penulisan. Namun bagi yang baru bermula, 5 cara yang disenaraikan ini adalah langkah yang paling mudah.

1. Buat Duit Dengan Menulis Blog

Jika anda baru memulakan kerjaya dalam bidang penulisan, menulis blog adalah langkah yang paling mudah untuk menjana duit. Menulis blog sangat mudah. Anda daftar akaun blog menggunakan platform pilihan, cari nama domain yang bersesuaian dan mula menulis artikel.

Anda boleh buat duit dengan blog melalui beberapa cara. Antaranya melalui khidmat pengiklanan orang tengah seperti Google Adsense, sponsored post, reviu berbayar, jual produk atau servis sendiri atau yang paling popular adalah affiliate marketing.

2. Tulis Ebook Dan Jual

Ebook adalah buku yang ditulis dalam bentuk digital. Sama seperti buku fizikal, ebook juga mengandungi maklumat yang berkaitan dengan sesuatu topik dalam bentuk teks ataupun gambar. Bezanya, ebook boleh diakses secara online dan dibaca menggunakan komputer ataupun telefon pintar.

Anda boleh menjana duit dengan menulis ebook berdasarkan kemahiran dan pengalaman anda dalam sesuatu bidang. Kemudian, jual ebook tersebut sama ada secara self publish atau menggunakan platform-platform menjual ebook yang sesuai.

3. Tawarkan Servis Copywriting

Semua bisnes memerlukan ayat-ayat iklan untuk mempromosikan produk atau servis mereka. Ambil peluang ini untuk tawarkan khidmat menulis copywriting kepada pemilik bisnes yang sibuk dan tidak sempat untuk membuat ayat iklan sendiri.

Mulakan dengan menulis ayat copywriting untuk servis anda sendiri di media sosial sebagai contoh penulisan. Jika copywriting tersebut mampu menarik minat bakal pelanggan, lebih mudah untuk mereka percaya dengan hasil penulisan anda.

4. Jana Pendapatan Sebagai Penulis Bebas

Penulis bebas adalah penulis yang diupah untuk menulis bagi pihak orang lain. Pelbagai jenis kerja penulisan yang boleh dilakukan oleh seorang penulis bebas termasuklah menulis artikel untuk website serta majalah dan menulis buku.

Sebagai permulaan, sediakan beberapa contoh penulisan artikel yang terbaik. Anda boleh memberikan contoh penulisan yang telah ditulis kepada bakal pelanggan. Jika contoh penulisan anda bagus, mereka akan lebih yakin untuk mengupah anda menulis bagi pihak mereka.

5. Hantar Artikel Ke Media Penerbitan Terpilih

Satu lagi cara yang paling mudah untuk buat duit dengan menulis jika anda baru bermula adalah dengan menghantar artikel ke media penerbitan terpilih. Tapi anda harus pastikan topik artikel yang anda tulis adalah bersesuaian dengan tema media penerbitan tersebut.

Kebiasaanya media penerbitan ada menyediakan bayaran honorarium bagi menghargai usaha para penulis dalam menghasilkan karya mereka. Bayaran honorarium yang disediakan bermula dari serendah RM30 sehinggalah setinggi RM500 mengikut jenis penulisan.

Untuk mendapatkan hasil penulisan yang bagus, skill menulis yang baik perlu ada. Minat menulis sahaja tidak cukup untuk membantu anda terus maju dalam kerjaya menulis. Anda perlu mempunyai kemahiran menulis yang mantap untuk menghasil penulisan yang berkualiti.

Jika anda masih baru dalam bidang ini, tak perlu bimbang. Terdapat banyak panduan buat duit menerusi penulisan yang boleh anda baca di luar sana. Yang penting, anda perlu rajin membaca dan teruskan berlatih menulis dengan baik.

Gambar kredit – Freepik

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *