Hadiah DIY: 5 Idea Curi Hati Insan Tersayang

Hadiah DIY merupakan trend zaman kini yang sering kita lihat di sosial media. Hadiah DIY sememangnya mempunyai keunikan tersendiri. Walaupun tidak terlalu mahal, ia mampu membawa perasaan nostalgik dan terharu kepada sesiapa yang menerimanya.

Jadi dalam entri kali ini, saya ingin berkongsi idea hadiah DIY yang boleh diberikan kepada insan tersayang. Jika anda sedang tercari-cari hadiah bersesuaian untuk pasangan, keluarga atau sahabat handai teruskan membaca artikel ini.

Surprise box

Terdapat pelbagai jenis surprise box yang boleh anda buat mengikut kesesuaian sambutan ulang tahun. Antaranya ialah explosion box yang mengandungi gambar gambar. Explosion box ini lebih sesuai ketika sambutan ulang tahun percintaan atau perkahwinan.

Sambil membuka setiap peringkat kotak, semakin terimbau kenangan manis yang tersimpan.(Sumber: Pinterest)

Selain itu, terdapat jugak kotak esensial. Anda boleh meletakkan barang-barang keperluan yang anda rasakan bersesuaian untuk pasangan ketika sesuatu peristiwa. Contohnya, jika pasangan bakal menghadapi ujian atau temuduga, letakkan alat tulis, memo tips, fail, pin tudung atau tali leher untuk dipakai di hari penting tersebut. Jika untuk menyambut sesuatu perayaan, contoh, krismas, bolehlah letakkan barang-barang bersesuaian.

Contoh kotak esensial untuk Krismas (Sumber: Pinterest )

Pasti pasangan anda terharu dengan tindakan anda yang sangat mengambil berat.

Surat tulisan tangan

Walaupun surat tulisan tangan agak kolot, tetapi di zaman ini, semakin kurang orang yang menerima surat tulisan tangan. Hal ini menjadikan hadiah ini sesuatu yang istimewa untuk diterima.

Jika dahulu, mak ayah kita sudah puas bertukar surat bertaburkan bedak, apa salahnya jika kita menghidupkan kembali tren tersebut. Luahkan segala perasaan dan penghargaan buat orang yang menerima di dalam surat itu. Barulah nampak romantis. Sekali-sekala, tidak ada salahnya.

BACA ARTIKEL:   10 Lagu Nasyid Tokoh dalam Sejarah Islam

Terrarium

Contoh terrarium (Sumber: Worldmarket )

Indoor plants sudah menjadi ikutan pada hari ini. Jadi tidak salah rasanya jika kita menjadikan terrarium sebagai hadiah DIY. Pokok cactus atau suculent dihias di dalam balang atau mini akuarium dan dihias dengan hiasan seperti batu-batu kecil dan rumput amat cantik dan disukai tidak kira lelaki mahupun wanita.

Bajet yang perlu dikeluarkan juga tidak banyak dan anda boleh menghiasa balang terarrium anda mengikut kreativiti sendiri.

Lilin wangi

Jika anda mempunyai masa untuk diluangkan, membuat lilin wangi sendiri merupakan tindakan yang sangat bijak. Bukan sahaja ianya hadiah DIY yang unik malah penerima hadiah anda juga pasti terharu dengan tindakan anda.

Berbekalkan sumbu,wax dan essential oil anda sudah mampu membuat lilin sendiri dengan wangian pilihan anda. Wah, sudah tentu setiap kali si penerima menyalakan lilin tersebut, mereka akan teringat anda.

Photobook

Anda juga boleh memngumpulkan gambar-gambar kenangan bersama pasangan untuk dijadikan photobook. Walaupun memori tersebut sudah berada di dalam telefon dan Instagram anda, perasaan memegang kepingan gambar fizikal pasti berbeza.

Anda boleh membuat hadiah DIY ini secara manual atau atas talian. Jika secara manual perkara yang anda perlukan ialah gambar, gam, gunting, mounting board atau manila kad. Reben dan manik sebagai hiasan.

Tetapi jika anda ingin jimat masa, lebih baik sekiranya anda membuat photobook secara atas talian. Hanya upload gambar di web dan mereka akan mencetak gambar anda dan terus menghantar photobook anda ke rumah. Ikuti link ini untuk menempah photobook anda di laman Photobook.

Klik gambar untuk ke laman web Photobook Malaysia.

Selain itu Printcious juga popular untuk anda print diy. Pastikan anda check out mereka di sini.

BACA ARTIKEL:   10 Lagu Nasyid Tokoh dalam Sejarah Islam
Klik gambar untuk terus ke laman web Printcious.

Akhir kata,

Hargailah orang disekeliling kita. Berikanlah yang terbaik buat rakan rakan, keluarga mahupun pasangan. Jaga hubungan antara satu sama lain dan teruskanlah silaturrahim hingga ke akhirnya.

Jadikan idea hadiah DIY ini sebagai salah satu cara untuk menghangatkan hubungan yang hambar atau mengikat silaturrahim yang putus. Diharap artikel ini memberi manfaat kepada yang memerlukan.

Baca lebih lanjut tentang tips dekorasi rumah di sini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *